BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..


This is my first time baby step writing and involve in my blog (2009) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 41 years young this years!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY HUBBY BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MYSELF BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS ELDER SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS SECOND DOTTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 3RD BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Khamis, 23 Jun 2011

BFF-Kamar Suami Isteri-TIPS

Saya jus nak sharing tips ini dengan blog fren saya yang dipetik dalam majalah muslimah keluaran OGOS 2007..saya tertarik dengan petikan dan tips-tips yg diberi..Tips ini juga saya jadikan panduan untuk diri saya juga..

Siti bukan nama sebenar, perasaan bahawa perhubungan dengan suaminya semakin hari semakin renggang..Kemesraan yang cuba ditonjolkan, terasa semakin janggal.Dia tahu semuanya hanya satu lakonan, saat yang paling menyeronokkan baginya ketika suami bertugas luar daerah, terasa dunia ini dia yang punya. Dia tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan penyayang.. Namun ketika bersama suami, dia merasa jiwanya tertekan. Hidupnay seperti robot, yang perjalanannya telah diprogramkan, malah dalam jiwanya kini, semakin berat untuk menamatkan perkahwinan yang telah masuk ke angka 16 itu..

Memendam perasaan!! Itulah masalah yang dihadapi oleh siti sehingga sampai ke peringkat, dia nekad, untuk meminta cerai daripada suami. Walhal dia sedar, suaminya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab, tetapi kalau bahagia mana ada isteri sanggup jika suaminya out-station..

 Masalah yang dihadapi oleh Siti ini bukanlah satu masalah
terpencil ia banyak berlaku dalam sesebuah perkahwinan. Kita dapat lihat pasangan suami isteri yang dikatakan
“loving couple”, tetapi tiba-tiba sahaja bercerai. Ada orang memilih untuk memendamkan perasaan tidak mahu menimbulakn suasana tegangdalam perhubungan suami isteri. Ini kerana pasagnan mereka bukan jenis yang mudah menerima pendapat orang, mudah berkecil hati atau seseoramg yang negative thinking..

Tetapi ada juga orang yang memiliki sifat semulajadi tidak pandai berterus terang. Mereka ini selalunya seorang yang gemar berkhayal, menyendiri dan pendiam.



Luahkan Perasaan Jangan PENDAM..

15 Tips Meluahkan Isi HATI..


1 Pilih waktu sesuai. Banyak pasangan, terutamanya pihak isteri yang gagal mengawal perasaan. Contonhya, sebaik saja suami sampai di rumah, dia terus bertanya atau menghamburkan kemarahannya. Atau lebih buruk lagi, terus saja menghubungi suami di pejabat. Tindakan begini bukan boleh membantu meyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan.

2 Sejukkan perasaan sendiri dahulu. Jika pasangan seorang yang mudah melenting, anda perlulah menyejukkan dahulu perasaan anda dahulu sebelum membuka kata. Ini kerana jika perasaan anda sendiri tidak mampu dikawal, bagaimana anda hendak mengawal dirinya.

3 Kawal nada suara dan patah perkataan. Kata-kata hendaklah dalam bentuk bertanya atau pernyataan, bukannya tuduhan.

4 Sebelum bersuara, urut pasangan secara manja dan romantis. Sambil itu, luahkan apa yang terbuku di hati sebaiknya dengan menggunakan kata-kata yang juga manja.

5  Bagus tapi.. Katakan pada si dia; “idea awak tu, memang bagus. Tapi saya rasa, idea saya ini pun baik juga. Apa kata kali ini, kita gunakan idea saya dulu. Kalau gagal, kita ambil idea awak sebagai plan B.

6 Cuba psiko dia dengan cara merajuk. Apabila dia bertanya mengapa anda merajuk, inilah masa untuk anda meluahkan isi hati. Kemudian katakana kepadanya, anda terasa diri anda seperti robot kerana selama ini terpaksa mengikut kata anda saja. Walaupun ini “taktik lama”, tetapi anda patut mencubanya.

7Jadi lebih optimistic.Jika anda sendiri ysng lrbih suka memendam perasaan, bermakna anda sebenarnya seorang yang ego. Anda tidak suka jika idea atau kata-kata anda tidak diterima.Di sebabkan itu, lebih baik anda memendamkan perasaan daripada kata-kata anda itu kelak tidak diterima. Dalam hal ini, andalah yang patut verubah agar lebih optimistik

8 Jangan berserah sahaja. Jangan sesekali meyerah kepada takdir dan mengharap agar pasangan faham apa yang anda rasakan. Ingat, walaupun bertahun-tahun tidur sebantal, tetapi mimpi berbeza!!!

9 Jelas dan terang. Mungkin cara penyampaian anda yang tidak menarik, menyebabkan si dia tidak pernah mempedulikan tentang perasaan anda. Bercakaplah dengan jelas dan terang, bukannya meleret-leret.

10 Ambil wuduk. Bagi yang sukar untuk meluahkan isi hati, langkah pertama yang diperlakukan ialah dengan mengambil wuduk. Tarik nafas panjang-panjang, perkataan pertama yang perlu diucapkan ialah “saya ingin mengatakan sesuatu..Tolonglah dengar.kalau awak marah, saya minta maaf, tapi..inilah suara hati saya”..

11 Cari orang tengah. Anak atau keluarga terdekat  boleh dijadikan orang tengah.Tetapi pastikan, mereka adalah orang paling rapat atau di hormati oleh pasangan.

12Tulislah!! Pelbagai cara telah anda lakukan, tetapi anda masih tidak mampu untuk melakukannya..Hubungi melalui telefon atau tulis pada sekeping kertas..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan