BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..

This is my first time baby step writing and involve in my blog (2011) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 32 years young this month!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BFF - MY PRECIOUS SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - My PRECIOUS DOTTER

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rabu, 29 Jun 2011

BFF-Sikap-

CINTAILAH DIRI ANDA SEBELUM MENYINTAI DIRI ORANG LAIN


Topik yang sangat menarik BFF paparkan untuk para pembaca blog saya dan untuk diri saya juga..Bagi saya, tidak akan wujud di dunia ini, kerana cintanya kepada insan, kerana cinta Adam dan Hawa jugalah maka insan didunia ini berkembang biak..Tidak kenal maka tidak cinta!!hmmm itula pepatah yang seringkali kita guna kepada orang yang sedang dilamun cinta.., begitu  juga bila kita tidak berkenalan dengan seseorang maka kita tidak boleh menjamin persahabatan..Dari persahabatanlah timbulnya keakraban dan kasih sayang terutamanya jika yang kita kenal tu jantina yang berlainan jenis dengan diri kita, maka persahabatan tadi akan boleh menimbulkan perasaan CINTA..

Kadang-kadang kita terleka kerana cinta buta , cinta tidak kenal siapa diri kita sebenarnya maka kita begitu mudah untuk jatuh cinta..Cinta memang membawa seribu erti bagi mereka yang mengalaminya, kadang-kadang kerana cinta kita sanggup berbuat apa sahaja.Memang benar ada kata-kata tersurat yang mengatakan cinta itu adalah pengorbanan. Cinta  itu memang menuntut pengorbanan yang begitu besar. Tetapi kadang-kadang kita tidak sedar kerana cinta membuatkan seseorang itu lupa diri. Oleh itu kita harus meneliti diri sendiri sebelum menaruh rasa cinta kepada seseorang.

Disini saya ingin berkongsi satu kisah menarik dengan u all tentang isu "sikap"  yg boleh kita jadikan panduan untuk diri kita sendiri..

Kassim seorang pekerja kilang, telah jatuh hati kepada Maria anak seorang tauke minyak. Hubungan mereka telah berlangsung selama setahun. Maria begitu tertarik dengan sikap Kassim yang begitu lemah-lembut dan penyanyang. Walaupun telah mendapat tentangan dari ibu bapa, Maria tetap berdegil juga, dia masih tetap menyintai Kassim dan sering bertemu dengan Kassim.

Demi cinta Maria terhadap Kassim, dia sanggup berbuat apa sahaj. Larangan dan teguran dari ibu bapanya tidak pernah dihiraukan. Apa yang menyedihkan, Maria sanggup meyara hidup Kassim yang sentiasa kekurangan wang.

Cinta mereka semakin membara, mereka meyatakan hasrat untuk berkahwin, tetapi malangnya kehendak mereka telah ditentang keras oleh ibubapa Maria.Maria yang bersikap degil itu tetap dengan pendiriannya. Kerana menurutkan perasaan Maria rela mengikut kehendak Kassim untuk berkahwin lari. Mereka terus membentuk hidup baru, tanpa memikirkan masalah-masalah yang meninpa mereka.

Satu demi satu masalah timbul, dari masalah menyewa rumah hingga perbelanjaan bulanan yang selalu tidak mencukupi. Kerana masalah rumah tangga yang kian meruncing, maka timbullah perasaan ketidakpuasan hati Maria dan perasaan kesal mula bercambah dihatinya yang masih tidak tahan dengan cabaran hidup.

Mereka sering bertengkar kerana masalah ekonomi yang kian menekan. Maria mula terasa impiannya tidak seindah kenyataan, lantas dia mula terkenang akan ayah dan ibunya yang telah ditinggalkan demi menurutkan rasa cintanya yang tidak bertepi.

Seribu kali kesal pun mungkin sudah tidak ada gunanya lagi. Dia terus meniti hidup dengan penuh kekesalan dan rasa bersalah terhadap orang tuanya.Keadaan semakin meruncing bila kilang tempat kassim kerja telah tutup. Masalah mereka bertambah besar sehingga menimbulkan kekecohan lebih besar lagi. Kerana tidak tahan Maria kembali kerumah ibu dan ayahnya. Dia bernasib baik kerana ibu dan ayahnya masih sudi menerimanya.

Kisah diatas menunjukkan betapa besarnya akibat kerana menurutkan perasaan tanpa pertimbangan yang waras. Memang kadangkala apabila telah terjadi sesuatu kesilapan itu baru timbul rasa insaf dalam diri seseorang. Oleh itu mengenal diri dan menyintai diri sendiri terlebih dahulu adalah lebih penting daripada menyintai orang membuta tuli tanpa usul periksa lagi..

Dalam masalah ini setiap individu harus meneliti dirinya sebelum menerima cinta kasih seseorang, (jangan main tangkap muat aje ye), jika kita ada rasa bahawa apa yang kita lakukan itu benar mengapa ada orang yang tentang?? Dari sikap orang sekeliling kita akan mengerti apa yang kita lakukan itu tidak seharusnya terjadi. Kadang-kadang kerana dek runtunan perasaan kitalah, kita tidak pernah memikirkan siapa diri kita sebenarnya, maka kita terjerumus ke lembah cinta kasih yang tidak berpijak dibumi nyata..Oleh itu kita harus meneliti beberapa masalah, sebelum kita menjerumuskan diri ke lembah masalah yang lebih besar..Saya nasihatkan disini, sebelum kita hendak berkawan dengan seseorang dan niatnya akan berakhiri hingga ke jinjang pelamin, kita haruslah berfikir sebaiknya dan always get ready dari semua aspek seperti rohani,minda, fizikal, mental, duit.., sebabnya perkara ni its not game n gamble n berserah sahaja, kita nak berkawin bukannya sebulan dua tetapi kalau boleh biarlah sampai ke akhir hayat seperti orang dulu2...,especially kaum lelaki, kerana mereka perlu bersiap sedia dan get ready untuk menjadi seorang suami yang betul-betul berkualiti.Kerana peranan suami adalah sangat besar, ia merupakan umpama Nakhoda sesebuah kapal, bagaimana dia nak mencorakkan dan mengemudi kapal itu dengan jayanya dengan mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan melanda. 


from BFF with Love
~Oya Rahman~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan