BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..

This is my first time baby step writing and involve in my blog (2011) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 32 years young this month!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BFF - MY PRECIOUS SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - My PRECIOUS DOTTER

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

BFF CLOCK

Khamis, 23 Jun 2011

BFF-Tips untuk Wanita- LELAKI



BFFINILAHLELAKI

Berkata  tentang lelaki memang tidak berpenghujung..
Ada sahaja subjek menarik yang menjadi kupasan dan cakapan hangat umum terutama sekali WANITA..Ooopss..bercakap dan bicara memang seronok sekali bukan?? Seperti satu ketagihan apatah lagi jika kenalan baru seorang jejaka bujang banyak yang anda ingin tahu tentangnya, peribadinya dan apa sahaja subjek menarik tentang sidia..;)

Entah mana silapnya, tuturkata yang terucap tiba-tiba mengeruhkan suasana..Senyum ceria pudar meluntur, bicara hangat merancak dingin membeku..Suasana menjadi pegun dan kaku..(silent mood)..Selesai bertemu anda menjadi keliru..terdiam sendiri mencari jawapan dalam termanggu..Dalam hati berteka-teki..Apakah bicara dan tutur kata menyakitkan hati???..hmmm?? sehingga ghairah bicara sunyi dan mati…

Mungkin keghairahan anda berbual tanpa sedar memadamkan kobar dan nyalanya perasaan sijejaka untuk terus gembira disamping anda..Elakkan situasi serupa berulang kembali kerana BFF!! Berikan 10 perkara yang menjadi kesalahan paling besar tatkala bertemu dan berbual dengan jejaka anda!!!


Kepada semua teman-teman gadis pembaca BFF, jadikan tips ini sebahagian petua dan maklumat berguna dalam kita memelihara perhubungan bersama jejaka anda kay...



1 Jangan ceritakan tentang lelaki lain yang meminati anda dalam diam, apatah lagi jika lelaki tersebut adalam teman lama anda lebih-lebih lagi teman si dia..

2 Turut membenci ibunya. Cukup sekadar menyimpan perasaan itu didalam hati anda. Meski si dia yang membuka keburukan tentang ibunya sendiri, jangan sesekali menokok nambah, mengiyakan atau memberi sebarang reaksi seolah-olah anda berpihak kepadanya dan turut setuju dengan tingkah lakunya..

3 Jangan sesekali menceritakan kisah kecurangan yang pernah anda lakukan tanpa pengetahuannya. Perihal ini akan meruntuhkan kepercayaan kepada diri anda. Jangan sesekali mengungkit atau memanjangkan perihal kecurangan kepada anda. Nescaya si dia akan kembali mengulanginya semula..

4 Selaras dengan peningkatan usia, “keperkasaan” si dia tentu akan mengalami kemerosotan. Jangan sesekali membuat perbandingan kualiti dirinya di masa lalu atau lebih teruk lagi anda mula mempersoalkan prestasinya tidak lagi sekencang jejaka lebih muda belia..

5 Kisah sahabat atau teman-teman anda mencurangi pasangan antara perkara yang menjadi kesilapan yang besar untuk dibincangkan dengan lelaki. Tahukah anda bahawa anda bakal mencontohi perilaku tersebut lantas mula meragui kesetiaan anda?? Jangan salahkan si dia jika mula mengongkong atas dasar memelihara ikatan anda dengan si dia..

6 Jangan sesekali mematahkan semangatnya dalam bidang kerjaya. Jika si dia mula memperkatankan masalahnya dengan majikan, anda harus berpihak kepada si dia. Berikan sokongan moral dan cuba membantu dalam mencari jalan mencampuri urusan dan permasalahan tersebut dengan bersungguh. Cukuplah sekadar mendengar dan meluahkan pendapat.

7 Berpisah atau bercerai adalah perkataan yang paling anda harus hindari biarpun anda benar-benar saying mahukan si dia terus kekal bersama anda, buangkan dua perkataan berbisa ini daripada kamus hidup anda..

8 Jangan sesekali mencetuskan cabaran ego si dia dengan topic pendapatan anda yang lebih mewah berbanding si dia. Elakkan juga tercetusnya pertengkaran lantaran sikap tidak puas hati anda atas kekurangan kemampuan pasangan.

9 Keghairahan hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan teman lama atau teman baru yang Berjaya membuka pintu hati anda kepada subjek kehidupan yang baru. Jangan sesekali menceritakan perihal ini kepada pasangan anda. Berikan saja perkara itu berlaku dan nikmatinya denga syarat tidak melampaui batas atau tatasusila. Paling penting, anda merosakkan hubungan dengan pasangan hanya kerana mengejar keseronokan bersifat sementara.

10Elakkan berkaitan dengan sikap dan perilaku lelaki sambil melonjakkan kualiti peribadi terbaik wanita dengan si dia. Perbincangan ini bukan saja membuatkan si dia merasa terhina, malah egonya juga tercabar dan tidak mustahil boleh mencetuskan kemarahan.



from BFF with Love
~Oya Rahman~

2 ulasan:

  1. Satu soalan:
    Sepuluh perkara di atas merupakan pengalaman diri sendiri atau dari rujukan mana mana sumber tertentu? Terima kasih kerana ia amat berguna suatu hari nanti:)

    BalasPadam