BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..


This is my first time baby step writing and involve in my blog (2009) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 41 years young this years!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY HUBBY BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MYSELF BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS ELDER SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS SECOND DOTTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 3RD BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Rabu, 22 Jun 2011

BFF-Yoga-

BeFabulousForever with YOGA

                 
Yoga Terapi Fizikal dan minda..
Seni Yoga pikat Kak Oya..    




Minat mendalami seni senaman Yoga mula mencambah dalam diri saya, sejak lebih setahun lalu,  itupun gara-gara ‘prihatin’ dengan keadaan badan saya yang lesu dan lemah kerana training lebih masa. “Seharian training, saya terlalu jarang bersenam, apatah lagi untuk ke gimnasium lagilah tidak pernah. Saya mempelajari yoga di tempat saya training iaitu di
Anggun Timoer Sanctuary selama 6 bulan disana. Dari situlah timbullah minat saya hendak belajar yoga..
Saya belajar bersama mentor saya Puan Feexa Ali. Puan Feexa Ali memang mastery dalam yoga dan memang berpengalaman sejak bertahun-tahun lamanya..Dan dia pernah mengajar Yoga di Astro saluran Astro Prima selama beberapa episode.

Pada mulanya saya kurang berminat kerana saya nampak pergerakan yang agak perlahan membuatkan saya rasa boring..
Walaupun badan saya memang kurus, saya tidak mengamalkan aktiviti bersenam hingga pada satu tahap saya terasa begitu tidak bermaya..
Namun sejak rakan saya Aniza dan kak Shelly memberitahu keberkesanan tentang yoga, dari situ menarik minat saya terhadap yoga..

Saya perhatikan setiap pelajar Puan Feexa dan  
LIUK LENTUK  tubuh seseorang begitu lembut mengikut setiap pergerakan dalam seni meditasi Yoga, bagaikan ranting yang boleh dipatah-patah, begitu jugalah saya menggunakan anggota badan saya - memusingkan badan, mengangkat kaki ke atas, kemudian ke tepi tanpa sebarang masalah...
Lagi satu cara sistem pernafasan pun berbeza dan saya turut dapat merasakan kelainan dalam diri saya, kerana kita bernafas dengan cara yang betul. Yoga mengajar kita bernafas dengan cara yang betul.Ia adalah elemen yang paling selamat dan berkesan untuk memperbaiki sistem perjalanan darah dalam badan kita.


Kebijaksanaan kita bernafas:
Jikalau kita bijak mengawal sistem pernafasan kita, ia akan bertindakbalas dengan baik kepada diri kita dan akan memanjangkan hari kita di atas bumi dengan memberi kecergasan yang meningkat.

Sebaik sahaja anda hidup dan mula lebih sedar dan peka tentang cara pernafasan anda dalam amalan anda, Secara tidak sengaja anda akan praktikkan ia ke dalam diri anda sepanjang hari - cth: apabila anda bekerja dihadapan komputer, menunggu dalam satu barisan semasa membeli barang dll, terperangkap dalam lalu lintas, selama-lamanya. Ini adalah amalan boleh mengubah hari anda.

Sebaik saya mula mengamalkan Yoga selama tiga bulan, saya sudah merasai banyak perubahan terutama menerusi aspek pernafasan, tenaga, kedudukan berdiri tubuh badan dan kesabaran.

“Alasan untuk saya tidak ke gimnasium ialah kerana saya inginkan suatu aktiviti yang sangat disiplin dan masa yang sesuai..


“Kebetulan, saya sudah mempunyai bentuk badan yang ideal, dan tidak inginkan badan yang berotot,” Cheeewah..hehe (perasannya) I love my body.. Yoga banyak mempengaruhi kehidupan seharian saya., ia  juga mendorong menguatkan daya fizikal dan mental.
Jika dulu,senang sangat nak marah dan tekanan, tetapi kini saya melaluinya dengan tenang dan penuh kesabaran.


Kebaikan yoga:
  • Menjadikan tubuh lebih kuat dan fleksibel. Memperbaiki sistem respirasi, tenaga dan ketahanan badan. Membantu mengawal metabolisme yang seimbang dan mendorong sistem imunisasi.
  • Mengurangkan lemak.
  • Meningkatkan perkembangan otot, keanjalan, daya tenaga dan stamina.
  • Memantapkan kesihatan kardiologi dan peredaran darah.
  • Mengurangkan kesakitan.
  • Mental
  • Menenangkan fikiran untuk menghadapi situasi tegang dengan lebih tenang. Meningkatkan keyakinan diri dan bersikap lebih penyabar.
  • Meningkatkan tumpuan dan kreativiti. Melatih bagaimana untuk 'mengosongkan' minda dan fokuskan tenaga anda kepada sesuatu yang hendak dilakukan.
  • Menggalakkan pemikiran positif dan penerimaan diri.
  • Membentuk kesedaran dalam diri mengenai tubuh badan, perasaan, dunia di sekeliling serta keperluan orang lain.
  • Mewujudkan kebergantungan antara minda, tubuh badan dan rohani.
  • Membantu anda untuk hidup dengan konsep 'kesatuan'.
Yoga bersifat universal, sesiapa sahaja boleh melakukannya tidak kira peringkat umur, bangsa dan agama.
Yoga merupakan teknik ‘self-healing’ terbaik yang berbentuk meditasi (renungan), memberi keharmonian jiwa secara semulajadi daripada rasa tertekan (stress) serta dapat mengawal dan membantu menghilangkan pelbagai penyakit berbahaya.

Nota: 

Cuma 30 minit sehari bagi meningkatkan 100% kesihatan anda HEBAT dan BERKESAN”Pelajari kaedah berkesan untuk kesihatan anda bagi mengamalkan cara hidup sihat.

Memperbetulkan persepsi negatif amalan Yoga
Anggapan begini sama sekali tidak benar, kata jurulatih Yoga
Saya Puan Feexa Ali iaitu pengasas Anggun Timoer Sanctuary.

Yoga adalah satu senaman terapi dalaman, kata Puan Feexa. Ia tidak mempunyai kaitan dengan unsur keagamaan sebaliknya pelbagai cabang pergerakan dan diamalkan pelbagai golongan masyarakat serta agama di seluruh dunia.

“Yoga bukan perkara baru. Senaman ini sudah diamalkan sejak turun-temurun oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia,” katanya yang mengenali Yoga sejak beberapa tahun lalu dan serius sebagai jurulatih dua tahun kemudiannya.

Sebagai jurulatih, tugas Puan Feexa bukan sekadar melatih tetapi turut membetulkan pandangan serong masyarakat mengenai amalan Yoga kerana senaman ini sebenarnya merangkumi aspek kesihatan dan bentuk amalan seharian,” kata Puan Feexa yang banyak memasuki Astro TV program.

( Astro Prima ) 


So Befabulousforever with yoga ya!!!
See ya…Sayangi diri anda
by oya Rahman..


Saya tinggalkan anda dengan video klip Anggun..lagu ini sesuai untuk dijadikan background muzik semasa kita buat yoga!! so ENJOY ya!!!

from BFF with Love
~Oya Rahman~

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan