BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..

This is my first time baby step writing and involve in my blog (2011) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 32 years young this month!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BFF - MY PRECIOUS SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - My PRECIOUS DOTTER

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sabtu, 4 Februari 2012

BFF-My Luv Kate Olsen dan My Luv Ashley Olsen-

Wah!! Im impress!!..saloute betul kat dorang ni.. tabik spring sama adik beradik kembar nih,..Ashley Olsen dan  Kate Olsen..memang terkenal dan mengagumkan!!!…tersenarai jugalah diantara jutawan2 muda..bakat mereka digilap ketika mereka masih bayi lagi sudah membintangi sitcom Full House danTwo of a kind..Mereka Sangat terkenal dan kaya raya ketika muda..Just imagine, sejak bayi lagi dorang dah kaya..ish2..Sungguh bertuah kan!!!Rezeki mereka..;) Aku memang diantara peminat yg tidak akan miss dengan drama tersebut..masa tu pasangan kembar tu memang kiut miut sangat2!! .Tak silap aku waktu tu umur aku 12 tahun, dan citer ini di tayangkan pada pukul 7 malam di TV3..:)

Suka kan fesyen mereka,.. very up to date..very stylo mylo..rambut pun ala2 mcm tak sikat, tapi harus diingat rambut sebegitu mmg cantik tetapi kenala ikut majlis kan..hehe..:) gaya itu untuk masa santai..yang paling aku suka sekali!!double triple my fav tentang dorang ni ialah cara dorang makeup mata!! Smokey look!!..cantik sangat2..like an arabian..Mmg smart giler..aku mmg gemarkan makeup simple macam gitu..fokus dekat mata saja..done!! dah complete terus..yg lain takyah nak over sgt..mata tu aset yang paling penting..”dari kerana mata ia jatuh ke,hati..cheeewah!!!…bagi ,aku,.. aku mmg sgt tekan kan makeup dibahagian mata, itu dah memadai..aku mmg tak suka sgt pakai2 foundation bagai..mmg tak la kan!! kompom punyer!! its not me!! natural look in a nice way..;)

Bak kata Tengku Rozidar founder 1901 Hotdog,kepada aku semasa mengikuti  well groom class ,biar simple tapi nice look..Janganla sampai tak make-up langsung..mmg melampau..nak2 org yg dah berkahwin kan..memang wajib melawa sentiasa..kalau tak..hmmm faham2 jer la..sendiri makan pengat, sendiri mau ingat..bak kata nabil lu pikirla sendiri..haha..men outhere kan byk alasan utk complaint..ini adalah salah satu reason kay..so ladies!! wake up kay!! always look presentable n wangi all d time kay..:) we have to look ready all the time..especially "Career women"..plus to all women!!! sesuai dengan my trademark BFF stands for "BEFABULOUSFOREVER" kay,,cukup sekadar mata dan lip gloss sahaja dititik beratkan..bak kata pepatah “less is more”..aku dari dulu lagi mmg suka sgt pasangan kembar punye style..superb gourgeous waima dorang ni still young, tapi dorang bijak memainkan style mereka dengan tema,warna yang sepadan dengan umur serta fizikal mereka..;) good job Ashley n Kate!!

 nice smokey eyes look ;) im in love!!

Pada usia 20 tahun Mary Kate & Ashley Olsen adalah kembar terkaya di dunia dengan memimpin kerajaan ritel kembar Dualstar Entertainment Group. Didirikan pada tahun 1993, harganya $1 Million atau senilai barang dagangan di seluruh dunia setahun.Jumlah kekayaan mereka ditafsir $40 juta, dalam usia mereka masih 20an.. Mereka berbagai peranan di acara TV Full House serta Two of a kind. Sejak saat itu, Mary Kate dan Ashley melanjutkan untuk menciptakan kerajaan remaja, dengan jenama pakaian sendiri, buku , perfume, kasut, anak patung sendiri..
 
Pasangan kembar itu yang kini berumur 22 tahun bukan sahaja menjual koleksi pakaian mereka tetapi menjadi ikon fesyen tersendiri.

Koleksi pakaian terbaru pasangan itu, Elizabeth & James mula dijual di pasar raya Selfridges terkenal di London, Britain pada bulan lalu.

 
Koleksi pakaian pertama Mary-Kate dan Ashley yang dilancarkan di Britain pada Mac lalu mencatatkan jualan yang memberangsangkan dan pasangan itu menandatangani perjanjian untuk menghasilkan kasut.
Bagaimanapun, menurut sebuah akhbar yang dipetik.., teknik perniagaan yang dipelopor pasangan tersebut kini menjadi ikutan beberapa selebriti dan aktres muda terkenal.

Bintang realiti popular, Lauren Conrad, 21, melancarkan koleksi pakaiannya, The Lauren Conrad Collection pada tahun dan kini ia dijual di lebih 500 pasar raya di Amerika Syarikat (AS).

Selebriti terkenal, Peaches Geldof, 19, bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen terkenal untuk koleksi pakaiannya sendiri yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Aktres popular, Mischa Barton, 22, juga sedang mencari pereka fesyen terkenal untuk mencipta koleksi beg tangan dan cekak rambut. – Agensi


Di puncak populariti drama itu, pasangan kembar ini dikatakan mengikuti jejak aktor Bill Cosby yang popular pada usia remaja.
Sejak itu, pasangan kembar ini ditawarkan peluang merakam album Brother For Sale, muzik video, Our First Video dan muncul dengan tiga drama TV untuk tiga tahun berturut-turut, To Grandmother's House We Go (1992), Double, Double, Toil And Trouble (1993) dan How The West Was Fun (1994). 
  
Malah pada yang sama mereka mencipta fenomena sendiri apabila menghasilkan drama bersiri, The Adventures Of Mary-Kate And Ashley, membawa watak detektif yang mampu menyelesai segala kes jenayah.
Bagaikan pasangan kembar yang tidak boleh dipisahkan, rata-rata tawaran yang diterima mesti menggabungkan mereka berdua. Pada 1995, pasangan ini juga mencipta nama menerusi filem It Takes Two yang kemudian disambung sekual dalam versi drama bersiri. Tiga tahun selepas itu, mereka kembali semula dengan drama bersiri, Two Of A Kind dan So Little Time (2001).

Pernah muncul bersama menerusi filem Charlie's Angels: Full Throttle (2003), pasangan berusia 22 tahun ini banyak menerima tawaran berlakon drama berbanding filem. 

 
Bagaimanapun, selepas filem itu pasangan ini berpisah seketika apabila masing-masing menerima tawaran berbeza. Berbeza dengan Ashley, Mary-Kate lebih banyak menerima tawaran lakon.

 
Mary-Kate menerima tawaran membintangi Factory Girl (2006), drama TV, Weeds dan filem komedi terbaru pada tahun ini, The Wackness. Selain itu, pelakon ini muncul sebagai pelakon undangan untuk drama bersiri baru, Samantha Who? bergandingan bersama Christina Applegate.
  

Menerusi drama itu, Mary-Kate diminta melakonkan watak remaja bermasalah yang dikenakan hukuman melakukan kerja amal. Sungguhpun watak itu menyerlah sikap negatif tetapi dia berani berlakon berseorangan tanpa Ashley.

Mengenai kisah peribadi, Mary-Kate pernah dimasukkan ke pusat pemulihan selama dua bulan pada Jun 2004 akibat penyakit Anorexia dan bersedih dengan kematian rakan karibnya, Heath Ledger akibat dadah pada awal tahun ini. Namun, memberi semangat baru pada dirinya, baru-baru ini Mary-Kate bersama kembarnya melancarkan buku biografi mereka berjudul Influence.

 
cantikkan smokey eyes dia..;)
Kata Mary-Kate, buku berkenaan bukan hanya menceritakan pengalaman hidup mereka berdua tetapi sebagai penghargaan pada individu yang banyak memberi inspirasi pada mereka seperti artis, pereka fesyen dan tenaga kreatif dalam produksi. Di kalangan peminat, pasangan ini turut dikenali ikon fesyen yang menjadi kegemaran pereka fesyen seperti Michael Kors dan Diane Von Furstenberg.


Sesuai dengan judulnya, pasangan ini menyelitkan bahan temubual bersama pereka fesyen lain seperti Von Furstenberg, Karl Lagerfeld, Francisco Costa, Richard Prince dan Lauren Hutton. Dalam temubual itu, pereka fesyen ini memberikan pendapat gaya pasangan ini sebagai selebriti.

 
"Kami berharap buku ini mempengaruhi sesiapa saja tanpa mengira umur yang mahu melakukan sesuatu mengikut minat mereka sendiri," katanya.

Pada 2006, Ashley melancarkan jenama sendiri, The Row sebelum setahun selepas itu, mereka berdua menghasilkan jenama Elizabeth And James. Minat pasangan ini terhadap perniagaan pakaian mula serius sejak berusia 18 tahun. Pengarah Fesyen, majalah Lucky, Hope Greenberg berkata fesyen pasangan ini disifatkan urban, jalanan, mahal tetapi masih menarik untuk dipakai.

Mary-Kate yang kelihatan berisi sejak kebelakangan ini diajukan soalan sama ada dia mengandung. Namun, tanggapan itu meleset apabila pelakon itu sengaja mahu menambah berat badan kerana tidak mahu menanggung derita dengan penyakit lama, Anorexia.

  Ashley pula yang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Justin Bartha yang popular menerusi filem National Treasure, kelihatan gembira dengan kehidupan yang dilalui kini. Baru-baru ini, Ashely menafikan dia bersama pasangannya bertunang.

 
Berbanding Mary-Kate, Ashley lebih teruja untuk mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata. Kata Ashley, walaupun dia merancang untuk berkahwin tetapi hubungan akrab antara mereka akan terus kekal seperti dulu.

"Kami senang berkerja berdua sejak dulu lagi. Walau apapun yang berlaku, kami tetap bersama. Mungkin selepas berkahwin nanti, kami masih boleh tinggal bersama dan menjalankan kehidupan macam dulu," katanya.








 nice hair and smokey eyes :)














Im in love betul dengan pasangan kembar ni..Kita harus contohi mereka dalam bidang bisness!! Sejak kecil lagi sudah ada empayar bisness sendiri!! Dorang memang kreatif, menggunakan idea mereka sendiri untuk design their own branding n trademark..;) walaupun dorang stil remaja, tak salah kalau aku jadikan dorg ni sumber inspirasikan??..walaupun jarak umur aku begitu berbeza utk aku jadikan mereka sumber inpirasi..but y not?? notting wrong.. so mereka adalah sumber inspirasi aku..dun take negative ting about them, follow the positive attitude yang dorang ada..dun prejudge anything kay....

From BFF with Love
~ Oya Rahman ~

4 ulasan:

  1. haaa.....suka tgok twin ni masa dia kecik2 dulu....keletah dia kiut miut..hehe..skrg dh besor pjg .... kecik2 lg dh kaya twin ni

    BalasPadam
  2. This post is genuinely a good one it assists new web visitors, who are wishing for blogging.


    Look into my web page Splendyr And Levela

    BalasPadam