BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..

This is my first time baby step writing and involve in my blog (2011) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 32 years young this month!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BFF - MY PRECIOUS SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - My PRECIOUS DOTTER

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

BFF CLOCK

BFF-Business Oppurtunity Share-(Pelaburan Emas)


 BFF-Mengupas Pelaburan Emas Malaysia
             (GOLD  INVESTMENT)

 

Bijak Wang – Apa kata Datuk Salleh Majid 

 

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.
Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.
Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.
Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.
Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.
Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.
Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.
Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.
Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.
Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).
Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.
Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.
Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.
Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.
Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

 

Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal

Saya cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada di dalam pelaburan dan simpanan emas fizikal, secara jujurnya, apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas???  Saya pernah jumpa pelanggan dari Kelang yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Pahang membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan,  
"emas hanya logam"
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai"
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)"
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"
Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya...maka antara 


30 kelebihan melabur didalam emas adalah:

1.     Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2.     Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
3.     Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
4.     Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
5.     Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
6.     Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
7.     Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008) 
8.     Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
9.     Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
11.  Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang    menarik
13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
18.Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
21.Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
25.  Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
28.  Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
31. Hantaran kahwin!! Sapa kahwin tak beli emas. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi.. 

32.  Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi...bergantung pada individu...

P/s: Sesiapa rakan blogger yang berminat nak invest or just nak dengar pasal pelaburan ini, anda dialu2kan untuk pm ke dalam inbox saya diemel saya ikramarissa@yahoo.com


 from BFF with Love
~Oya Rahman~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan