BFF-Love-

I Love U, Saya Sayang Awak, Saranghaeyo, 
Wo Ai Nee…
(itulah perkataan acapkali kita dengar dari pasangan masing2 dengan apa jua bahasa yg digunakan tetapi maknanya kalau dtranslatekan tetap sama)

- CHENTA -
Cinta..cinta..cinta..
 

Cinta itu
Belum lagi cinta
Selagi belum
DI LAFAZKAN..

Apa yang saya tahu mengenai CINTA.. 
Cinta adalah universal.., kerana itulah saya pilih tema mengenai cinta didalam blog saya..Khususnya ditujukan untuk anda yang pernah mengalami rasa kecewa hingga menyebabkan sampai ke tahap FOBIA dan TAKUT untuk mencuba..

Cinta ada dimana-mana diruang dunia ini. Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira  dan sedih.          

Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya..

Bagi saya CINTA adalah suatu perasaan yang lengkap..Tanpa cinta manusia akan menjadi buta hatinya. Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau mungkin juga berkali-kali.. Terpulang;ah bagaimana kita menikmatinya dan mencorakkannya..yang paling penting sekali kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai..



Hmmm.....

Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi. Dalam konteks falsafah cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Cinta adalah satu perkataan yang mengandungi makna perasaan yang rumit. Semua orang boleh mengalaminya tanpa ada perasaan dipaksa-paksa..Perkataan cinta senang dilafazkan oleh setiap orang tetapi  keikhlasan hati adalah sukar ditafsirkan.. Sifat cinta dalam pengertian sekarang mungkin berbeza daripada  zaman dulu... Ungkapan cinta mungkin digunakan untuk meluahkan perasaan seperti berikut:
  • Perasaan terhadap keluarga
  • Perasaan terhadap kawan-kawan
  • Perasaan yang romantik atau juga disebut asmara
  • Perasaan yang hanya merupakan kemahuan, keinginan hawa nafsu atau cinta
  • Perasaan sesama atau juga disebut kasih sayang
  • Perasaan  terhadap dirinya sendiri
  • Perasaan terhadap negaranya
  • Perasaan terhadap bangsa 

Definisi CINTA Dalam Al Qur’an

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama iaitu menyukai, senang, menyayangi.


Imam Ibnu Qayyim mengatakan, "Tidak
ada batasan cinta yang lebih jelas
daripada kata cinta itu sendiri;
membatasinya justru hanya akan menambah
kabur dan kering maknanya. Maka ba-
tasan dan penjelasan cinta tersebut
tidak bisa dilukiskan hakikatnya
secara jelas, kecuali dengan kata
cinta itu sendiri.

Kebanyakan orang hanya memberikan penjelasan dalam hal sebab-musabab, konsekuensi, tanda-tanda, penguat-penguat dan buah dari cinta serta hukum-hukumnya. Maka batasan dan gambaran cinta yang mereka berikan berputar pada enam hal di atas walaupun masing-masing berbeda dalam pendefinisiannya, tergantung kepada pengetahuan,kedudukan, keadaan dan penguasaannya terhadap masalah ini.
(Madarijus-Salikin 3/11)




Beberapa definisi cinta:  

- Kecenderungan seluruh hati yang terus-menerus (kepada yang dicintai). 
- Kesediaan hati menerima segala keinginan orang yang dicintainya. 
- Kecenderungan sepenuh hati untuk lebih mengutamakan dia daripada diri dan   harta sendiri, seia sekata dengannya baik dengan sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, kemudian merasa bahawa cinta tersebut masih kurang. 
- Mengembaranya hati kerana mencari yang dicintai sementara lisan senantiasa menyebut-nyebut namanya. 
- Menyibukkan diri untuk mengenang yang dicintainya dan menghinakan diri kepadanya.

Di sini saya jus nak share satu story bertajuk "FOBIA CINTA" yg diambil dalam majalah keluaran EH! pada bulan Dis 2008 cover depan Farah A4..Harap2 u all semua dapat jadikan cerita ini sebagai satu pengalaman baru..
Saya tertarik dengan hasil penulisan ini, tu sebab saya nak share dengan pembaca blog saya..Bagi saya cerita dibawah ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan diri saya sendiri..Kadang-Kadang CINTA ini merumitkan..Saya rasa saya redha jikalau saya tidak ditemukan dengan cinta sejati....Kadang-kadang saya pun rasa fobia pada cinta..BARANGKALI????



 FOBIA CINTA





(*source taken from eh magazine)

Kita mulakan dengan satu soalan dengan jawapan yang berakhir dengan patah perkataan yang sedikit kasar dan tidak sedap didengari..
Mengapa aku fobia dengan cinta???
Cinta dengan sifat universalnya yang suci dan natural dengan mengambil si pelakunya bersifat keterbukaan terhadap pasangan, termasuklah tolak ansur, faham-memahami, percaya-mempercayai, dan yang paling penting sayang-menyayangi..Tidak ada norma-norma cemburu, cepat naik angin dan cepat panas baran-, kalau ada pun mungkin pada kadar neutral pH 7.0, sekadar drama kecil untuk mengeratkan lagi keintiman..

Cinta wujud pada paksi yang pelbagai. Ada yang percaya pada cinta pandang pertama. Ada yang percaya kerukunan yang akan berkembang selepas penyatuan dua jiwa. Juga ada yang percaya pada serendipiti melalui panahan cupid selepas melalui episod-episod normal yang secara kebetulan atau secara tiba-tiba membuahkan bibit-bibit perasaan dan lantas menghasilkan episod-episod baru yang abnormal. Sepanjang hidup aku, aku cuma merasa nikmat cinta hanya sekali..Maksud aku, cinta dengan satu individu asing dalam hidup aku-yang aku jumpa dan aku pilih dalam ramai-ramai kelompok manusia yang lain.
Label dan panggilan sebagai orang yang tamak dan haloba, kerana ini ialah satu kenyataan bahawa kisah cinta aku lahir daripada tiga dimensi yang sama yang aku sebutkan diatas.
Cinta pandang pertama, cinta serendipiti dan cinta yang perlahan-lahan berkembang padu hingga ke harini..Tiga elemen tersebut yang menghasilkan kisah cinta aku.Cuma bezanya, cinta pertama ini sangat tragis pengakhirannya..
Tragis kerana-daripada tahun 1988 hingga 2008, 10 tahun lamanya, Bermula dengan awal perkenalan, dan diikuti dengan siri-siri pertemuan sulit di Kompleks Sogo dan Taman Tasik Titiwangsa, dan kemudian diikuti dengan beberapa aksi cemas termasuk melarikan diri begitu sahaja sewaktu dalam percutian sebab merajuk disertai dengan aksi kejar-mengejar dan kemudian berbaik kembali dan lama kelamaan rasa cinta itu hambar dan tawar dan jalan terbaik ialah menjadi sepasang teman biasa..NOKTAH!!..
Sepuluh tahun untuk satu tempoh yang lama namun tidak membuahkan apa-apa hasil..Satu pelaburan yang sia-sia dan merugikan kalau mengikut bahasa korporat.
sejak dari itu aku agak fobia dengan cinta!!
Kerana aku takut pengakhirannya akan menjadi sama seperti kisah cinta pertama itu. Tidak terhasil apa-apa.Nil! zero!..
Bila aku sudah bertemu cinta, aku takut, aku rasa gila tapi aku rasa teruja juga..Serta sedikit rasa adrenalin yang memuncak. Yang selalu tergambar dalam imej-imej lima saat dikepalaku bahawa aku benar-benar sudah memilikinya.Yakin benar bahawa dia yang satu.. Yang akan kekal dalam hidup aku..sampai ke liang lahad mudah-mudahan..Hanya dia..DIA,.. DIA.. dan DIA. Yang perlu ditelefon selang lima minit, yang perlu diberitahu apa yang aku lakukan sehari-harian..Yang perlu diberitahu yang aku sudah atau belum makan, aku sedang sakit kepala, dan aku telah kentut barangkali juga..hehe
Mungkin sesetengah orang, itu adalah momen-momen indah..Momen-momen yang mesti dikecap dan dirasai sekurang-kurangnya ketika usia masih muda.Momen-momen yang boleh dikenang dengan asyik bila dah tua.Itupun, jika pengakhirannya berakhir dengan baik dan sempurna..
Tapi bagaimanapun jika pengakhirannya tidak seindah yang kamu draftkan?? yang kamu impi dan kamu fantasikan??
saat itu kamu rasa sakit hati..Marah..Bengang..Sia-sia, atau melalui pendekatan yang lebih diam dan intorvert...Bermurung...Tidak Bermaya... Sunyi... Gelap... Dan berakhir dengan tragedi yang lebih menyayat hati mungkin. Telan sepapan panadol?? Terjun bangunan 10 tingkat??
Jadi, aku mengambil satu pendekatan yang terbaik..Buat masa sekarang ini. Berhenti mengharap.. Ikut ritma dan rentak.. Penghalusi lagi jalinan dan ikatan sama ada ia bergerak secara biasa atau istimewa..Jika ia menampakkan ciri-ciri yang berlainan, perlahan-lahan kamu bajai dengan nilai-nilai yang menuju ke arah matlamat. Kenal hati-budi. dan yang penting, kawal perasaan..
Kawan-kawan aku kata, aku begitu selektif. Entah. Benar juga barangkali. aku bergerak secara perlahan. tidak menampakkan apa yang harus dinampakkan. Aku tidak gigih mencari. Tipu jika aku kata, hati aku tidak terdetik atau tercalit sedikit perasaan suka untuk dimiliki dan memiliki..Benar... Aku juga manusia biasa..Namun, aku cuba untuk mengawal perasaan itu..bagi aku, ia tidak perlu dikejar dan digali.. Sebabnya, dia akan datang sendiri, secara semulajadi..
Mungkin juga aku sudah idak percaya pada cinta..
Bagi aku cinta itu hanya sepatah perkataan..Tidak ada apa-apa makna.. Cinta itu hanya satu kelangsungan adat dan naluri.. Yang langsung tidak melibatkan cause  effect.. Yang tidak memerlukan metafor-metafor dan simbolik-simbolik indah..Yang tidak melibatkan analogi-analogi kalau aku menjadi malam, kau harus menjadi bintangku..ENTAHLAH LABU..
Sampai masa, aku akan rasa give-up..Aku meyerah bulat-bulat pada takdir.. Aku menjadi manuisa yang tidak punyai perasaan..Lantas berselubung di balik kain gebar merah jambu memikirkan jalan-jalan akhir yang dirasakan terbaik sebagai penyelesaian..Kemudian aku akan menyumpah seranah dan terus bingkas bangun mengambil koleksi-koleksi CD kompilasi lagu-lagu syahdu bertemakan cinta yang mebuai-buai indah penuh melankoli..
Selepas itu, aku akan pasang kuat-kuat dan menjerit sekuat hati.."Bodohnya perasaan ini"..
dan kemudian, aku akan diam..tarik nafas..renung dinding..Sebab dinding bilik aku, aku sudah tulis siap-siap bait-bait ayat aku kembali ke paras normal..Buat hati aku tenang.. 
"LOVE IS NOT ALWAYS A GREAT THING..LOVE IS NOT ALWAYS TWO BECOME ONE" 
Itu ayat magis aku.. Yang buat aku kembali semula menjadi manusia..
Mengapakah cinta tidak mempunyai formula e bersamaan dengan mc kuasa dua?? bodoh punya Einstein!!.. TAMAT


P/S:
Khusus untuk adik-beradik tersayang, mak abah tersayang, juga my precious kids Marissa dan Adam..Buat teman-teman yang sering memberi semangat dan untuk teman istimewa saya yang lama saya tk ketemu..Terima kasih kerana kasih sayang dan cinta anda semua kay..appreciate sangat2...


saya tinggalkan anda dengan lagu ini...ENJOY..

from BFF with Love
~Oya Rahman~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI