FINAS: Pengenalan (*ihsan dari finas) Sejarah Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan kerajaan pada 26 Julai 1980 untuk merangka cara-cara bagi memajukan perusahaan filem Malaysia. Hasil daripada salah satu cadangannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (atau FINAS), telah ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981 (Akta 244). FINAS mula beroperasi di alamat No. 7 Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur mulai 1 November 1981 dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. FINAS kemudiannya beroperasi di alamat No. 198 Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, pada 19 Disember 1988. Mulai tarikh 27 Disember 2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008. Mu...
Tempat dimana wanita belajar mencintai diri sendiri, berkongsi kisah hidup, kecantikan dan inspirasi setiap hari.