BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..


This is my first time baby step writing and involve in my blog (2009) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 41 years young this years!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY HUBBY BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MYSELF BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS ELDER SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS SECOND DOTTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 3RD BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Sabtu, 12 Disember 2020

BFF - MINDA SEPARA SEDAR

Assalamualaikum 769 warga BFFrians kak oya. Semoga korang happy bersama family cuti-cuti ni walaupun sekarang PKP dah free at certain place tetapi kak oya nasihat kan korang take care of yourself and your loves one ok! If tidak apa-apa just stay at home lebih selamat berbanding dekat luar. Itu my 2 cents of opinion je.

Oklah back to todays topic yang kak oya nak share sikit dengan korang hari ini adalah mengenai MIND.. Subconscious Mind atau lebih dikenali sebagai Minda Separa Sedar. Antara kurniaan yang paling Maha Teragung Allah beri dekat kita sebagai makhluk paling istimewa diatas muka bumi ini.

Korang tahu tak sejak kita daripada umur kita 1 hari sehingga umur 7 tahun apa yang kita dengar, lihat, experience, diajar, dididik dan kita observe itulah diri kita hingga kita dewasa dan tua. Sebab masa itu segala apa yang kita alami kita akan rekod dalam subconscious mind kita, ia akan jadi belief dan kepercayaan kita dan ia akan kekal sampai hari kita tua. Haaaaa macam mana tu kita hendak buat?

If seseorang itu kena pukul dan pernah dimarah ketika kecil tidak mustahil jika bila kita besar,dia akan menjadi panas baran dan pemukul juga base on how kita alami ketika kecil. If dia lahir di dalam keadaan parents asyik gaduh tidak cukup duit, apabila besar, dia akan struggle untuk mendapatkan duit yang lebih sebab dia dah set dalam mind bahawa dia susah hendak cari dan perolehi duit.

However if dia dibesarkan didalam keadaan berkasih sayang, diberi semangat yang positif, diajar  untuk sentiasa menjadi juara, dididik untuk ada sifat berusaha, insya Allah apabila besar dia akan menjadi orang yang positif, penyayang dan sikap orang yang berjaya. Apa juga acuan semasa kita kecik, itulah yang mencorakkan seseorang apabila dia dewasa. Cuma kita tidak boleh menyalahkan mak, ayah dan keluarga kita. Belajar berterima kasih dan senatiasa bersyukur. Kena bersyukur.

Now! bagaimana hendak ubah Subconscious Mind kita? Korang pernah tahu tak tentang Subconscious  Mind ni? Best tak nak tahu? So hari ini kak oya hendak share dengan korang bagaimana kita hendak ubah subconsious mind / minda separa sedar kita. Korang tahu tak apa yang orang berjaya achieve semuanya.
( dengan izin Allah )

Kak oya hendak tanya adakah korang macam kak oya juga tanya kenapa sales saya tidak ada? Saya struggle la hendak dapat income lebih, apabila macam mana rajin pun sales macam itu jugak...Kenapa saya asyik dapat customer yang kata nanti dahulu, hendak fikir dahulu la, susah hendak beli terus dengan saya! Apa pasa; aku buat apa-apa bisnes ke mesti separuh jalan sahaja? KENAPA ITU? KENAPA INI?..sedihkan semua kak oya pernah ada pra sangka sedemikian.

Baru kak oya tahu yang result yang berlaku dalam hidup kita semua berpunca daripada MIND kita, dan Mind kita lah yang control sikap dan tindakan kita seterusnya. Jadi penting tak korang jaga MIND korang??? Jawapannya: Penting sangat-sangatttttttt!!! Bagaimana hendak ubah Subconcius Mind korang? Macam banyak sangat je nak kena ubah? Kak oya baru tahu bahawa senang je nak ubah, contoh korang cuba pilih satu apa sahaja yang korang tidak suka di dalam kehidupan korang.

Contoh: Struggle tentang income, maksudnya Subconscious Mind korang tentang duit kena berubah. Masalah apabila recruit orang, maksudnya Subconscious Mind korang tentang build and bergaul dengan orang,korang kena belajar dan ubah. Ada orang tu jenis tak happy asyik hendak marah dan salahkan orang lain, subconscious mind dia kena ubah maybe daripada kecik, dia selalu kena marah dan jadi mangsa keadaan. Hokay hari ni kak oya nak share apa yang kak oya sudah tahu dan pernah juga praktikkan dan dengan izin Allah juga sudah terbukti berjaya mengubah dan dapat result yang Kak oya idamkan today adalah dengan.....MENULIS!

Menulis! Yessss the power of writing is memang power tau! sebab itu kak oya selalu tekan kan dengan agen-agen lama kak oya dahulu, hendak berjaya, kena rajin MENULIS! So korang nak tahu tak macam mana the power of writing ni? Apa kena mengena menulis plak ni kak oya? Nak ubah minda dan nak achieve  impian kita kena tulis??? Yes betul like i told korang minda kita dah been recorded for a years with our surroundings! Yes! baik atau buruk dah jadi our belief! dan apa yang kita percaya (belief) itulah yang selalu menjadi realiti dalam hidup kita.

Always been my dream, hari pertama kak oya pernah join mana-mana bisnes kan dulu pernah berangan konon-konon nak jadi champion untuk diri kak oya sendiri! Not only that, i want to be the unbeatable champion! Selain daripada berdoa kepada Allah, kak oya menguatkan minda kak oya dengan apa yang kak oya hendak dengan menulis didalam goal book kak oya.

Thank you Ya Allah dengan izinmu i am the unbeatable champion for group team BFF by kak oya.

Alhamdulilah Ya Allah dengan izinmu i earn RM1 Million income easily and effortlessly, Amin..

Syukur Ya Allah,dengan izinmu the best people with the great quality want to join me as an agen/dropship easily and effortlessly.

Apa sahaja impian kak oya, kak oya tulis walaupun hendak beli barang kesukaan kak oya. Pada hari ini, kak oya nak get back balik and nak juga korang juga betulkan minda korang dengan cara menulis! Menulis ini adalah salah satu cara kita hendak tukar minda korang yang mempunyai rekod lama macam kau tak boleh kaya, kau lemah, selama ini parents kau yang tolong kau pun.. keturunan kau tak pernah buat pun bisnes dan tak pernah jadi jutawan, so kau tak akan pernah akan dapat! Jangan Mimpi!

Hmmmmm tak best kan minda kita yang lama??? jahatkan biawak kita yang lama, small little voice yang sering hantui kita selama ini! JADI KITA KENA TUKAR!! Apa sahaja yang korang hendak just tulis, hendak dapat agen/dropship perform, hendak increase income, hendak dapat husband yang baik.hendak ada RM 1 million,hendak senang appointment, hendak sihat, hendak ada body cantik atau apa sahaja yang korang mahukan... cuma korang mesti;

Trust the process and time; dengan menulis sebenarnya korang tengah train otak korang untuk fokus kepada yang korang mahukan sahaja. Apa yang kak oya nak share ni, korang percaya dan buat je tau. A few years back kak oya pernah praktikkan, cuma tula kak oya main-main dan tak commit nak buat..apakah kak oya ni!! but sejujurnya kak oya cakap it's really-really work tau! Sungguh tak tipu!

Ilmu berkaitan dengan minda ini terlalu-lalu besar, cuma kak oya hendak korang buat dahulu apa yang kak oya share kan ni iaitu tulis. Tulis apa yang korang hendakkan! InsyaAllah, semua dengan izin Allah pastinya.

Kalau ada perubahan, please share dengan kak oya dibahagian komen kak oya dibawah ni tau!

Lots Of LOve,

TrulyMadlyDeeply

BeFabulousForever

~by Oya Rahman~

BFF - PERSONAL GROWTH PLAN

Haleeuuuu hi! semua my blogger friends.. Selamat malam semua,semoga hujung minggu korang semua best bersama orang-orang tersayang. Hari ini kak oya just nak share dengan korang semua tentang PERSONAL GROWTH PLAN ataupun PERSONAL DEVELOPMENT GROWTH.

APAKAH ITU PERSONAL GROWTH ( sikap peribadi seseorang )

Istilah ini merujuk kepada pelbagai teknik memperbaiki tabiat, tingkah laku, tindakan dan reaksi seseorang.

Berikut adalah beberapa contoh untuk menjelaskan apa itu personal growth seseorang:

  • Belajar Mengawal Kemarahan
  • Belajar Mengatasi Penundaan
  • Belajar Mengatasi Kemalasan
  • Belajar Untuk Menjadi Lebih Sopan dan Bertimbang Rasa
  • Belajar Untuk Menjadi Orang yang Lebih BertanggungJawab
  • Mengubah Pemikiran Menjadi Lebih Positif
Korang kena follow and be discipline to whatever has been instructed bila korang baru nak adapt ilmu personal growth ini. Korang kena buat during quiet time. How you can develop the drive in yourself so that you can always melawan the challenges that you have in your mental especially in order for you to go about your dream. If you decide to change your life, the only thing yang boleh merubah kehidupan you daripada apa yang korang ada sekarang is to become the leader of your own industries.

Membaca adalah amalan yang paling penting untuk meluaskan pengetahuan. The ingredient to became successful is to READ. You got to read everyday. Nak sustain energy is you kena ada goalby writing in into your goal book dreams. So diri kita sendiri yang tahu apa yang, apa yang kita hendak archieve dan tulis kan ia ke dalam goal dreams book. And tulis apa yang kita hendak and clear apa yang hendak 6 bulan dari sekarang. Jadi kena ada passion what you want in your life.

Did you know that the very act of Writing your GOALS can cause your blood pressure and heart rate to go up. You feel good when you are going after something that inspire you! Sebab itu petua orang-orang Billionare is mendapatkan impian diorang is through WRITING THEIR GOALS. 
EVERYDAY IS A MUST! Kak oya pun sedang dalam proses praktikkan benda writing ni! Setiap kali kak oya menulis impian kak oya, hati kak oya berdebar-debar, semangat berkobar-kobar! And itu yang kak oya bagi last year dekat previous ex agen-agen kesayangan kak oya seorang satu BOOK PLANNER untuk build kan PERSONAL DEVELOPMENT GROWTH! To those big dreamers mesti percayakan dengan THE POWER OF SETTING AND WRITING GOAL.

Almost everyne believes its important to write their goals, but not everyone does it!. DR, Gail Matthews researched goal setting thoroughly and discovered that by simple fact by writing your goals down, it gives you 42% greater probability of achieving the goal. Just by writing them down. Dalam erti kata lain not writing your goals is leading way to fail!

Contoh this Grant Cordon, beliau adalah motivator yang baru, orang tanya beliau soalan. "APAKAH SATU AYAT YANG DIA ADVISED KEPADA KITA SEMUA BASICALLY YANG BOLEHKAN DIA DUDUK DI DALAM SUCCESS MAGAZINE NI DAN MENCERITAKAN TENTANG KEJAYAAN DIRI BELIAU"? Success magazine ini menceritakan tentang kejayaan orang-orang didunia ini yang mana mereka adalah top-top Billionare yang diabad kita sekarang ini one of them is GRANT CORDON,ayatnya adalah FOKUS!

Hendak jadi orang yang berjaya ini kena FOKUS and learn how to say NO! FOCUS!. When it comes to foces impian korang,kan korang ada banyak goal korangkan, so korang apply korang punya goals itu di dalam buku planner/ buku goal korang. Tulis je apa sahaja perkara yang belum terjadi dan paste itdan jadikannya hidup(alive). Tulis la contohkan hendak ada ramai follower 10k, tulis dan paste it impian korang itu dekat dalam buku itu. Keep writing in every single day. Grant Cordon kupaskan yang focus ni beliau kata, "WHEN IT COMES TO GOAL", korang kena tahu apakah priority goal korang juga ok.

Korang hendak banyak impian korang, tetapi korang kena prioritize impian korang satu per satu. Goal utama kak oya is TIME FREEDOM dan MONEY FREEDOM. So apakah benda yang pertama? Contoh if let say korang hendak fokus on financial freedom next year, korang kena learn how to say NO to a lot of things! Contoh, dalam tahun ini korang hendak bayar kad kredit, hutang korang RM100k and korang hendak jadi financial freedom, so contoh; korang kena go to learn how to say NO untuk percutian ke Korea, korat got to learn how to say NO untuk pembelian Handbag. Itu maksudnya korang must learn how to stay focus and focus on your priority. Untuk korang fokus dalam banyak impian korang ada yang korang sudah letakkan di dalam buku planner korang. CLARITY (jelas) on impian korang ok. Now learn how to set which one of you want to achieve first! Sebab dalam pada korang sudah tahu which one that you want to achieve dahulu, so dalam masa yang sama korang drop other impian dahulu didalam buku planner temporary di muka surat yang lain. Itu maksud kak oya, how tlearn stay focus. Contoh if korang ada hutang, hitang kena bayar terlebih dahulu. Hendak berjaya ini jikalau ada hutang, tidak ada commitment it never move you! Korang tidak akan bergerak!

Korang kena ingat, commitment makes you big strong movement! Orang yang tidak ada komitmen dia akan duduk di rumah, dia akan relax! sebab itu cara untuk moves lagi laju, korang kena increase komitment korang as according to korang punya dreams. Contoh dream korang hendak ada rumah besar yang 5 juta rumah banglo , tetapi bagaimana nak move towards to your house? Korang kena buat pinjaman yang betnilai harga rumah korang, yanh bulan-bulan RM30K, bayar bulan-bulan tersebut baru lah korang ada commit 30K hendak bayar bulan-bulan tersebut baru lahkorang bersemangat hendak bekerja mencari 30K sebab apa? Korang semangat sebab at the end of the journey korang dapat rumah banglo korang yang berharga 5 juta. Sometimes investment ini korang kena tahu apa yang korang akan dapat at the end of the day. Jadi korang create hutang investment for your retirement adalah satu goal yang sangat bagus untuk mempercepatkan momentum. Korang jadi kena letak goal tersebut value itu berapa. Tengok buku planner korang, so bila korang tahu hutang korang 5 juta, so korang akan set your priority, aku hendak cari duit 5 juta supaya untuk bayar bank 40 tahun, aku nak settle dalam masa 2 tahun, aku sudah bayar 5 juta, faham tak maksud kak oya.

Untuk korang semua yang ada impian! Kejayaan adalah satu proses dan progress. Kejayaan tidak datang jika tiada matlamat dan tindakan yang komited dan konsisten.

Change & Challenge is the name of the game; game of live! Kita terlalu sibuk hendak hukum dan nilai orang lain sampai lupa hendak nilai diri sendiri. ramai orang berimpian hendak berubah kehidupan termasuk kak oya, tetapi sedikit sangat yang hendak komited dengan tindakan! (reminder to myself)

Buat sampai dapat!
Buat sampai jadi!

Tiada hasil yang ,menghianati usaha!

Result Matter!! Go Kak Oya!

TrulyMadlyDeeply

BeFabulousForever

~by Oya Rahman~


Ahad, 6 Disember 2020

BFF - BOOK PLANNER / GOAL BOOK

Assalamualaikum 769 warga blogger semua. Hari ini kak oya nak menceritakan tentang BOOK PLANNER ataupun GOAL BOOK. Korang dah ada ke buku yang kak oya sebutkan tu? Ok sejujurnya, kak oya sebelum ni memang tak ada goal book ataupun book planner. Tetapi setelah dengar beberapa orang hebat seperti DOC Azizan, Tuan Najib Assadok, Kak Elle Billionare, Puan Tya Arifin selaku boss Mutyara kak oya sekarang ni rata-rata mengatakan benda yang sama, iaitu HABIT MENULIS di dalam buku BOOK PLANNER ataupun GOAL BOOK.

Sebenarnya kan THIS BOOK INDEED RESPONSE to your dream! If you BELIEVE in the PRINCIPLE OF SETTING GOALS you will definitely achieve your dream!
Kak oya panggil buku diari akak PROPHESYING (ramalan) but korang boleh panggil buku JAMPI.

Benda pertama-tama sekali, first of all korang cari la gambar apa benda yamg korang idamkan, gunting cantik-cantik tampal dalam buku ni. Contohkan YOUR DREAM HOUSE. YOUR DREAM CAR or CHEQUE REPLIKA tulis amount berapa korang nak dalam seminggu. YOUR PASSION dan apa sahaja yang korang nak.

Bila korang sudah tampal gambar, your job is..,kita ni kan kadang-kadang bila tengok impian kita, bila kita tengok kita punya goal, tengok rumah besar yang kita nak, ok contoh, kita nak tengok, tiba-tiba income kita nak puluhan juta, ratusan juta, kadang-kadang kita ada satu perasaan yang mana bila kita tengok benda itu, kita rasa macam hmmmmm, kita mengeluh panjang faham tak..huhu.. Kita mengeluh sambil kita ada DOUBT (keraguan) di dalam minda kita and kita berkata-kata macam ni.. Ya Allah boleh ke aku dapat benda ni? Faham tak? korang pernah tak ada perasaan macam tu? Sejujurnya, kak oya memang pernah ada perasaan sedemikian tau.

Kita lagi entertain hati kita. Korang kena ingat hati dan perasaan korang memang telah dijanjikan oleh syaitan untuk mereka bolak-balikkan hati perasaan korang, itu adalah orang kata lambungan hati korang tu dia akan kacau oleh syaitan. Korang kena tahu that's is normal, Your job is basically to aware lambungan hati korang, yang hati korang ini sedang mengeluh, yang hati sedang tidak mempercayai kekuatan or your capabilities (kemampuan) of do wonder in this world. jadi kak oya nak ajar apa yang kak oya tahu dekat korang ok. Setiap kali kalau korang hendak letak gambar goal korang, kalau korang rajin korang letak banyak-banyak gambar goal korang, korang keep on paste it tau. Banyak-banyak goal korang supaya setiap kali korang hendak tulis AFFIRMATIONS, korang nak baca AFFIRMATIONS you, the imej akan sentiasa flash dekat minda korang tau.

So hari ini kak oya nak share dengan korang, korang kena be firm with the word that you are going to manifest (nyata), your dreams, cakap feel it sampai korang meremang. Kak oya nak ajar to utilizes the powerful words to manifest your dreams while you basically by looking at the picture image of your dream dekat dalam buku itu. Contoh apa sahaja: kereta idaman, body goal idaman, asset idaman, bisnes idaman.

Apa benda yang kak oya tulis? Contohnya something that you are grateful, something that you want to see, contoh buku ni kan akak bayangkan i have seen in my eyes of faith. Korang kena ingat orang-orang berjaya ni diorangkan don't see through their fizikal eyes. What the basically ada adalah another side satu lagi penglihatan mereka yang tersangat giler power is the eyes of faith. Dulu susah kak oya hendak bayangkan tau. haaa! ni eyes of faith ni kan benda yang tidak terjadi lagi tetapi mereka sangat giler percaya dengan sangat-sangat kuat bahawa imej itu yang akan mereka nampak regardless (tidak kira) apa yang mereka nampak diluaran. So imej yang mereka nampak dalaman ini sangat kuat sehinggakan imej dalam ini menjadi result ke imej luaran. haaaa!! korang kena tahu tau, kak oya baru juga beberapa tahun lepas tahu tabiat ini, cuma kadang-kadang je tak buat..deeerrr sabo je lah kak oya ni!

Benda yang belum jadi, korang buat sebagai ritual habit dan menjadikan ia sebagai mind magnet. so kak oya punya eyes of faith basically kak oya nampak korang kena buat dengan kesungguhan.

contohkan kak oya tulis:

terima kasih Ya Allah, i see myself sell Mutyara in highly demand in all the media social of Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei. Tulis cantik-cantik so setiap kali bila kak oya nampak buku ni, i have see the Mutyara sold for one million bottle and akan akan cakap setiap kali kak oya nampak, akan manifest ingat the power of your future basically lies under the one secret weapon that is your MOUTH.

korang punya tounge ni ibarat your prophesier(ramalan) over your dream tau. Allah akan dengar apa yang korang hendakkan tau. Jadi kak oya cakap terima kasih Ya Allah i have seen myself sells Mutyara in highly demand in all the media social of Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei. Nampak tak, ingat tau bukan, bukan manusia, bukan bisness yang memberikan korang rezeki ini. Korang kena percaya dan just buat sahaja kerja korang, korang jadi seorang yang sangat disiplin. Korang keep on doing your work. At the end of the day, trust cakap kak oya, try apply the principle of success dan korang kena tahu the principle of success is to attract the money into your bank account, apa benda yang korang buat.

Jadi setiap hari korang sudah ada book planner atau pun goal book, you must upon yourself and look at your dreams alright, while looking at your dream korang kena wajib tulis juga tau. The power of writing down your dreams ok. So every time bila korang rasa korang stuck korang punya goal tu kan, korang buka balik buku korang tu dan korang kena percaya the process. Contohlah kalau tadikan kak oya buat sales but not everyday kak oya dapat sales dan ada pula customer yang hendak beli dengan kak oya, kadang-kadang kan customer ni,janji-janji hendak beli, tetapi tiba-tiba dia delay the process dia, so mesti korang geramkan! Jadi kak oya pun buat sales sama juga macam korang menghadapi rejection itu adalah perkara biasa.

Sejujurnya kadang ia membuatkan kak oya sometimes feel down, sometimes rasa perasaan hendak quit, sometimes rasa hendak buat benda lain. Korang itu adalah normal. Tetapi apa yang kak oya buat adalah,ok tidak mengapa i don't take the challenge, i don't take the NO!, I don't take the rejection too personally, kak oya tidak meletakkannya ke dalam diri kak oya. Ya betul tipulah tidak ada rasa down langsung,norma la tu kan as a human being, tetapi apabila kak oya rasa down tu, apa yang kak oya buat, kak oya cepat-cepat ambil buku goal kak oya and then kak oya terus nampak thank you so much Ya Allah, tiap-tiap yang kak oya nampak goal yang kak oya tulis sebelum ini, kak oya tulis nak 2juta didalam bank akaun Maybank kak oya. Hmmm rasa bestnya, terus automatik switch mindset . Ya Allah bestnya 2 juta di dalam bank Maybank akaun kak oya. I have seen 2 million coming into my maybank account this much May 2021. selepas itu terus kak oya rasa bestnya bila baca goal kak oya tu tau. Ishhh terus tukar tak nak lah give up, terus bersemangat untuk cari customer, posting iklan, blast iklan, follow up customer.

Nampak tak? so jangan sesekali kita jadi manusia yang cepat menyerah kalah, satu ada dua challenges tak mati pun kan. Betul tak? setakat customer reject korang, customer reject, sebab customer tengah complaint dekat korang kata hati mereka, diorang hendak korang sebagai agen willing to listen their problem. Jadi baru lah kita as an agent apply technique of selling. Korang kena masa hendak tulis tu kena penuh kesungguhan, contoh hendak hantar anak ke sekolah bagus, hendak pergi travel and what so ever.

The power of writing down is adalah result of habit. 40% apa yang korang buat pada hari ini adalah result of habit. Dan kita adalah ciptaan Allah yang mana boleh absorb habit. ini adalah something yang kak oya baca, when it's comes into developing habit, successful habit in your life, kajian mengatakan bahawa 40% of your daily activities, 40% apa benda yang kita buat setiap hari adalah habit.

Ini antara waktu pagi-pagi kak oya dapat kak oya akan tulis, contohlah, i carry good news, i easily attract 20 bottles Mutyara closing and commission into my maybank account in December 2020. Thank you Ya Allah that money and rezeki is forever flowing freely into my life. Thank you Ya Allah for your most powerful power that exist in my subconscious mind that can easily attract wonders in this world. Itu kak oya tulis sebabnya kak oya percaya bahawa Allah itu datang dalam subconscious mind kak oya dan kak oya berterima kasih dan bersyukur. Thank you Ya Allah as i am in the favor of you today and all days, all the year. Indeed kak oya extremely happy because there is rezeki will come to me everyday. Korang cuba tau. Semoga Bermanfaat.

TrulyMadlyDeeply

BeFabulousForever

~by Oya Rahman~

 


Rabu, 2 Disember 2020

BFF - MANA PERGI DUIT KITA


Assalamualaikum my bloggers friends...haha macam ada pembaca je kak oya ni..takpe kak oya hantar vibes getaran untuk kawan-kawan sudi baca kak oya tulis.

Topik harini adalah MANA PERGI DUIT KITA??

Kak oya nak membincangkan topic mana pergi duit saya?? Where goes my money? Mana pergi duit kita? Mana pergi duit anda? Topik ini memberi impak dekat diri kak oya sendiri sampai sekarang tertanya-tanya dan beberapa tahun yang lepas yang membuatkan kak oya sendiri bercakap balik dekat diri kak oya ni enough is enough! Cukup-cukuplah! Kita ni..semua orang, kak oya tahu yang korang mesti ada juga pengalaman macam akak beberapa tahun lepas tentang tajuk where goes my money!! Mana perginya duit  kita semua?? Kita nih kan akan ada at one time kita kerja bermati-matian dah cantik dah, dah kerja bagus tapi kadang-kadang even at one time kita mendapat kenaikan gaji yang banyak at one point, income kita dah mula banyak, kehidupan kita dah mula stabil but the question is  MANA PERGI DUIT KITA? Banyak orang akan mengalami masalah tersebut. Persoalannya kalau kak oya pernah mengalami masalah ini. Korang mesti pun pernah mengalami masalah ni.

TAJUK ini basically YANG BANYAK MERUBAH HIDUP KAK OYA..TAJUK YANG menggoncangkan kak oya punya perasaan yang kak oya rasa diri kak oya ini bila kak oya melalui kupasan tajuk tersebut. Kak oya akan bercakap dekat diri kak oya. Cukup-cukup lah hidup macam ini dekat dunia ni faham tak! It makes me I decided untuk kak oya kupas kan tajuk tersebut kak oya rasa macam ok i'm gonna leave, i'm gonna start to wake up very early in the morning , I speak to myself  i'm gonna be very discipline person ok kak oya akan menjadikan anak-anak suami kak oya follow 5 habit of successful people. Ini lah orang kata untuk  yang basically kita meet the reality part itu ok, orang kata kekuatan kita untuk berubah tu datang sangat kuat, apabila kita meet the reality. When we start to meet the reality. Jadi kak oya akan kupaskan tajuk mana perginya wang anda. Kita ni nak berubah. Ada kajian yang mengatakan 95% orang yang menang loteri mereka false for bankruptcy after 5 years. Ingat kita jangan repeat the same mistake  over and over again. Jangan melalui kehidupan kita dengan benda yang sama.

Jikalau kita adapt result yang sama setiap masa. Ingat insanity is about doing the same things but aspect a different result itu kerja orang gila namanya. Kita dah tahu kita tak dapat result yang kita mahu, kita perlu berubah. Apa yang kita perlu ubah. Kita perlu ubah strategi kita. Kita perlu ubah pendengaran kita, so far apa yang kita dapat adalah melalui apa yang kita dengar, apa yang kita lihat,jadi kalau kita nak dapat benda yang belum kita dapat sebelum ini, kita perlu mendengar benda yang baru, lihat benda yang baru dan berubah secepat yang mungkin.

Dalam hidup ini kita jangan sesekali berputus asa, kadang-kadang kita ni, lagi tinggi kejayaan kita, lagi banyak Allah beri kita dugaan. So jangan putus harapan, you must have faith setiap benda yang terjadi kepada kita hari ini. Walaupun dia tak ikut apa yang kita mahukan, kena ada have faith in your dream. Kita kena ada kepercayaan dengan impian anda itu right. Have faith (kepercayaan) in your dream alright. Walaupun banyak dugaan yang sedang korang alami sekarang ini, korang kena ada mata hati percayalah tentang kehidupan korang.

Insyallah, Trust the process.

Lots of Love,

TrulyMadlyDeeply

BeFabulousForever

~by Oya Rahman~

 


BFF - TIPS 2

Dalam dunia berbisnes ini,musuh paling utama adalah diri kita sendiri. Sebab kadang-kadang itu kan kita sendiri yang sabotaj diri kita memang bukan orang lain.

Apabila kita sudah menanam mindset mahu bersaing dengan orang lain, itullah akan mula timbul penyakit-penyakit hati seperti iri hati, hasad dengki tidak boleh langsung tengok orang lain lebih darinya tak boleh tengok orang tu kena dipuji dan sebagainya.

Bisnes ini memang kita akan lalui suatu perjalanan yang panjang journeynya. Jika kita sukar untuk kita uruskan penyakit hati , kita akan mudah terkandas dengan hati yang penuh sakit.

Jadi kita sentiasa teringat termasuk lah diri kak oya juga yang duit itu takkan ada nila, jika duit mula bernilai, kita akan hilang nilai-nilai yang lainnya seperti adik-beradik, ibu bapa kawan-kawan dan pasangan kita.

Lots Of Love,

TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever

~by Oya Rahman~

BFF - TIPS 1

 Hye semua rakan bloggers kak oya, hari ni just nak share tips yang kak oya belajar.

NOTA LEARNING POINT BERJAYA UNTUK DIRI SENDIRI DAN FOLLOWERS KAK OYA:

  • Biar lambat, tetapi jangan sesekali STOP.
  • Biar orang pandang NEGATIVE, tapi jangan sesekali GIVE UP
  • Orang nak kata NO,kita kata sahaja NEXT
  • Sentiasa curi MASA, RUANG dan PELUANG yang ada setiap hari.
  • Dalam berusaha mesti ada KESABARAN
  • Dalam bersabar mesti ada USAHA dan tindakan.
cepat atau lambat pasti sampai ke puncak kejayaan.

Meniaga online ini ibarat macam kita buka kedai "MINI MARKET". Jangan risau jika belum ada rezeki customer hendak membeli dengan kita,mungkin dia belum sedar atau perasan kehadiran kedai "MINI MARKET" kita. Setiap hari kita kena cuba promote untuk tarik perhatian mereka (indirectly).

Bila kita on off promote barang yang kita jual, customer mungkin ragu-ragu hendak membeli. Bila setiap hari kita upkan testimony dan fungsi barangan yang kita jual lambat laun mesti ada yang berminat.

INGAT tau!

Rezeki tak pernah salah alamat, cepat atau lambat mesti akan ada,kita perlu berusaha untuk mencari.

Lots of Love,

TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever


~by Oya Rahman~

Selasa, 1 Disember 2020

BFF - LAW OF ATTRACTION

Assalamualaikum semua, hai haleuuu rakan blogger kak oya. Semoga korang semua sihat dan dimurahkan rezeki seperti air mengalir. Harini kak oya nak share dengan korang semua ilmu yang kak oya ada belajar,rata-rata share benda yang sama dan kalau betul kita praktikkan dengan konsisten insyallah IT REALLY WORKS GAISSS!!!

Setiap benda, setiap action yang kita buat akan pasti ada reaction yang sama yang kita akan dapat, maksudnya tinda balas yabg sama kita akan dapat.

Kita kena ingat the law of becoming rich,law of magnifest our dreams by Thomas Edison is for every action there will always at equal reaction.

Waktu kita kena been locked in di dalam rumah sekarang didalam tempoh 12 hari, kak oya tak nak kita yang sudah tahu the power of magnifestation, basically begins with the power og imagination, kita tidak gunakan imaginasi kita untuk membawa Malaysia ini,tempat tanah tumpah yang kita sayangi ini, kita cintai ini untuk macam mana impian kita yang hebat, impian yang kita tampal dalam buku goal kita hendak jadi kenyataan sekiranya kita tidak selitkan negara tercinta kita Malaysia didalam impian kita betul tak?

Pada tika dan saat ini,kita tak selitkan negara kita yang tercinta Malaysia didalam impian kita. Bagaimana kita hendak realize kan dreams yang kita ada that basically goes to our heart betul tak?

So now onwards pada hari ini kak oya hendak korang semua sebelum korang tidur korang ACTIVATE kan our second mind yang kita boleh pujuk, kita boleh influence kan oleh diri kita apa yang kita hendak jadi.

Kita boleh pujuk especially dengan the power of love yang kita ada.
Kak oya hendak korang use power of imagination apa sahaj benda yang kita boleh nampak lagi yang brkaitan dengan Malaysia yang macam kak oya tulis kan tadi.

CONTOH:

Malaysia and World FREE from Covid 19 by end of December 2020.

Foreign Invester start to invest 100 Billions USD into Malaysia by January 2021! I LOVE MALAYSIA!

Malaysia founds the VAKSIN to kill corona virus by end 31st December 2020.

All Malaysian  and world are FREE to travel all around the world by January 2021.

Malaysia dan seluruh warga Malaysia adalah yang terhebat.

Keep on writing dalam buku goal book korang mulai sekarang. Tuliskan impian you. So kalau korang semua buat macam kak oya insyallah kita mampu menangani isu Covid 19 ini. Petua unyuk key point untuk kita manifest menjadi kepada realiti kepada setiap apa sahaja yang kita fikirkan ini, insyallah. Kita kena da perasaan kasih dan sayang, feeling tu. Contohnya macam perasaan kasih dan sayang dengan rasa layak itu sangat kuat dekat dalam jiwa kita. Jiwa kita sangat yakin. Seyakin mana bagaimana kita breath the oksigen yang Allah beri dekat kita ini. Dia bagi dekat orang kaya, dekat orang kaya, sama rata sama cukup, seperti itu jugaklah keyakinan kita terhadap negara kita Malaysia yang mana Malaysia ini mampu menangani Covid 19 dengan apa yang kita tuliskan itu tadi.

Bagaimana kita nak rasa layak tersebut sekarang korang semua kena tulis 10 benda dekat goal book korang, kenapa korang sayang negara kita Malaysia.

Magnifestkan...
Specifikkan..
Feel it..

Jom beramai-ramai follow kak oya kita tulis doa yang baik-baik, mintak dengan Allah. Bersangka baik kepada Allah.

Allah Maha Mendengar.

TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever


~by Oya Rahman~

Ahad, 29 November 2020

BFF - MANUSIA PILIH BULU

OOhhhh!! kak oya rasa weekends ni adalah hari yang sangat hectic bagi golongan mak-mak macam kak oya ni😂😂😂 ada banyak benda nak perlu settlekan kerja-kerja yang bertangguh contohnya lipat-melipat baju,kemas baju,mendobi, menghousekeeping apa yang patut hari weekends, itulah yang kak oya gunakan waktu sehabis baik. Macam kak oya orang yang buat bisnes online ni, waktu weekends la masa kak oya spend time dengan family.😍

Tajuk kak oya harini kak oya pilih adalah "MANUSIA PILIH BULU" bercakap tentang pilih bulu ni kan korang mesti ada rasa pengalaman yang sama macam kak oya rasa, pengalaman dengan orang yang "PILIH BULU" dalam berkawan.

hari ini nak cerita sikitlah luahan hati, kak oya bukanlah nak kecik hati ke apa, cuma this is my 2 cents of opinion. Kak oya cuma perati dari jauh, ramai sebenarnya yang jadikan FB personal sebagai tempat untuk kita buat bisnes online. Sebab,mudah tak pening kepala nak handle banyak benda macam dekat FB Page, group ke kan. Walaupun Kak oya ada juga FB Page tetapi tetap nak juga post di FB Personal. All in olne gituh! Walaupun ada risisko kena block la, kena delete akaun la,sebab si MARK ni memerhati je content kau tu dan sememangnya jealous sangat dengan kau.tu je. huhuhu sabor aje lah kan..

Sejujurnya lah kak oya sejenis manusia yang tak pernah pilih bulu dalam berkawan. Kak oya jenis kawan dengan sesiapa sahaja tak kisah orang tu siapa. Itu memang kak oya dari dulu,kini dan selamanya still sama.

Macam kak oya lah kan tak kira lah orang tu golongan ada-ada ke, famous ke, cantik ke tidak ke, golongan bawahan ke, cleaner ke sesiapa sahajalah you name it, memang kak oya berkawan memang tak suka create musuh sesama manusia. Tapi sejak umur 41 tahun ni lah kak oya perasan la dekat media socmed ni terutamanya lah manusia pilih bulu untuk like posting kau. sedihkan. 
Nak-nakkawan-kawan yang kau kenal yang memang dalam friendlist kau. Kak oya plak jenis sesiapa sahaja friendlist yang lalu dekat notification kau tengah scroll-scroll tu memang jari kak oya ringan untuk like tanda kita support tak beli pun tak apa, just like pun kira ok dah.

Tetapi tida di media socmed kak oya amnya rata-rata yang like tu orang luar bukan rakan-rakan sekolah, rakan kolej, saudara dan sebagainya (bukan semua)
macam kak oya jenis memang like tak kira kau siapa, memang jenis ringan jari ni untuk like tau. kita like posting tu bukan niat apa-apa if (kawan lelaki) ni gtanda support. Kak oya peratilah zaman sekarang jika kau somebody famous sikit, akay sikit, bertitle sikit, kawan-kawan akan like posting kau (pilih bulu), if kau setakat suri rumah jual online , errrrrmmmm alahai kau siapa nak aku like, akan skip terus kau punya posting walhal rakan di FB kau ramai.

Reminder of myself jugalah, kak oya nak pesan kalau sesiapa sahaj rakan kita yang buat post niaga, walaupun kita tak rasa nak beli ke apa ke, apa salahnya LIKE post dia sebagai tanda support. Bukan kena keluar duit RM10 pun kan. Itu pun nak berkira-kira.. Kalau semua lah orang ada pemikiran nak sedekah LIKE dekat setiap posting niaga friendlist kita tu.. Insya Allah,post niaga kita pun akan sentiasa TRENDING. ( Bukan semua ).

Ini belum masuk lagi bab kawan-kawan rapat, sedara mara, adik beradik yang langsung ingore tak pernah langsung nak LIKE status niaga kita, walaupun kita post hari-hari lalu dekat wall dia. Dia malu ke ada kawan bisnes online macam kita? Dia malu ke ada sedara buat bisness online macam kita? Dia malu ke ada adik-beradik yang buat bisnes online macam kita? Hina ke orang bisnes online kecik-kecik macam kita ni?

Di pilih bulu ni kalau dirujuk kepada kamus dewan bahasa maksudnya dia lebih kurang pilih kasihlah. Dipilih pula maksudnya orang yang dipilih. Kak oya ucapkan ribuan tahniah buat mereka yang telah berjaya dipilih ni. SYABAS! TAHNIAH! korang memang bertuah.

Dan sangat malanglah buat mereka yang dah buat posting content menarik dan best-best dan pakai cantik-cantik tapi langsung tidak terpilihlah untuk di LIKE. Ibarat mereka ni tidak wujud dalam kalangan mereka. KESIAN kan..

Siapalah kita nak pangkah orang sana, pangkah orang sini. Kita tidak layak pun, sebab semuanya Allah yang pegang. Even kita nak makan apa pun Allah dah tahu.

Maka, kita jangan lah berkira nak LIKE page orang lain. Alahhh LIKE je pun bukan suruh beli pun. Kak oya jenis pantang notication LIKE page dan FB personal orang lain naik tak kira sesiapa pun naik, lajuuuu je kak oya LIKE tau. Nak buat orang happy tak semestinya beli barang dia. Just support dia je pun dah buat hati mereka bermunge-mungeeee rau, sebab tengok LIKE mereka bertambah!

Kita tak pernah pun paksa beli pun. Tak pernah pun nak sembang produk kita jual tu dekat dia setiap kali jumpa sebab kita tak nak dia fikir kita suruh dia beli. Tak ada pun tau. Kedekut sangat nak bagi LIKE. Mungkin harga LIKE dia beratus, beribu atau mungkin berjuta. Hmmmm tak apalah kak oya.. Kak oya??? kalau muncul dekat wall kak oya ,memang bagi LIKE 1x.. Kak oya tak boleh bagi LIKE 2x sebab nanti jadi UNLIKE balik....LOLhahahaaaaaa....

Wahai sahabat dan kenalan kak oya, jadilah pemurah LIKE untuk sahabat-sahabat kita yang sama-sama berNIAGA..

SPREAD THE LOVE!

LOT'S OF LOVE!


TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever


~by Oya Rahman~

Rabu, 25 November 2020

BFF - GRATITUDE

Active kan gratitude kita dengan visualise pada 31st March 2020 dengan tarik nafas sedalam-dalamnya, cakap bestnya Ya Allah kita tengok dalam TV kes covid 19 turun kepada 0 cases.Tiada sudah jangkitan. Bestnya Ya Allah kita dapat berita penemuan vaksin telah ditemui. Semua negara-negara kaya datang menghantar bantuan kepada negara kita Malaysia, dan kita dengar market share kita melonjak naik! Dagangan bursa saham bukan sahaja bursa saham KL, bursa Amerika,NSDEC New York Stock Exchange semuanya naik bertalu-talu secara mendadak.
Syukur Ya Allah..
Masa itu kita start tengok semua pedagang asing mula melabur didalam Malaysia to invest 100 Billions USD masuk ke dalam negara kita Malaysia.

Alangkah bestnya kita tengok goal yang kita tulis satu persatu, korang bukak bank korang start to appear yang korang Visualiza tu, bisnes korang mula demand and start bertalu-talu nak membeli dengan korang and a lot of good news happen to you especially to your goals,

This is the time whereby bila kita nak masuk tidur ni kita nampak semua benda yang positif. Kita start kata dekat dalam diri kita alangkah bestnya besok,bila korang bukak news sahaja kita tengok berita TV3 ke, awani ke mula ada kes yang menurun dan dah tak ada dah negative news yang masuk. Kita dah start mula dengar jangkitan sudah mula kurang, vaksin telah ditemui, stock market dah start melonjak naik, duit pun dah start appear dalam bank korang, clients start to come and rushes to you. Korang cakap bestnya Ya Allah.

Kalau kta ada impian nakrumah besar, kereta idaman,dapur idaman korang VISUALISE dalam minda korang dan tulis dan paste it dan buat kan dia jadi hidup.

Insyallah bila kita yakin dengan apa yang Allah berikan dekat kita iaitu minda kita mampu merubah apa yang kita impikan. jangan ingat minda orang lain-lain tau. Minda kita ni, if you utilize it Insyallah,

Masalhnya bukan tentang dunia tidak cukup resouces, masalahnya ,manusia ni stop to think, when you stop to think, you stop activate the wonder in this world. Jadi kita tak nak stop thinking semua ni.

Jadi kak Oya nak korang semua bila kita saat nak tidur ni the final thought yang korang bawa adalah the final thought yang Kak Oya cerita dengan korang sekarang ni. Ini lah yang Final Thought, yang best-best semua tadi tu kan ni lah yang korang bawak regardlrdd dui korang tengah tak ada ke, regardless korang tengah sakit ke, regardless korang tengah di kejar dengan along ke, korang ada final thought yang Kak Oya bagitau tadi. Ya Allah bestnya, Ya Allah bestnya walaupun duit tidak ada dalam akaun, this is your final thought lock in your mind.

Jangan fikir benda lain dah. Fikir benda ni. Allah bersama kita dengan imagination kita, fikirkan benda ni, bawak lah final thought semasa kita hendak tidur dan berdoa sambil korang membaca surah 3 qul dan bawak lah final thought ini bersama - sama korang. Kita kasih kan Malaysia kerana apa kita kasih kan impian kita. Kita semua ada impian, impian kita adalah yang kita tulis dalam buku goal book kita. Macam mana impian hendak jadi realiti, kalau kita tidak kasih kan negara kita Malaysia, kerana dibumi Malaysialah yang mana impian kita akan tercapai. Itu sahaja yang Kak Oya hendak share dengan korang semua. Buatlah hari-hari rutin yang sama. dalam tempoh lock down ini, kita nak combat covid 19 ini dengan menggunakan Mindset kita. Trust your mind. Your mind adalah senjata dan ia adalah the most powerfuk tool that can always shake the world! TRUST ME!


Ni antara yang Kak Oya tulis dan minta;

Malaysia and world free from Covid 19 by end of December 2020

Stock market Malaysia Bursa Saham should up to 2000 point by December 2020

Foreign Investor start to invest 100 billions USD into Malaysia by December 2020! I Love MALAYSIA!

Malaysia founds the vaksin to kill corona virus by end December 2020

All Malaysian and world are free to travel all around the world by December 2020.

Malaysia dan seluruh warga Malaysia adalah yang TERHEBAT!




Lots Of Love,

TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever


~by Oya Rahman~





Khamis, 19 Mac 2020

BFF - KUASA MINDA

PLEASE STOP SEBARKAN KETAKUTAN DAN KERISAUAN!! JOM SEMARAKKAN DAN SEBARKAN AURA KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN!

#positifvibes

JOM KITA CAKAP KALIMAT BAIK-BAIK SEBARKAN GETARAN AURA POSITIF BERAMAI-RAMAI.

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA!
apa yang kita terlampau FOKUS akan menjadi KENYATAAN.

ok memandang kan negara kita hari ni telah dilanda wabak berbahaya iaitu wabak Corona 9 , kita sendiri haruslah bermuhabah diri jangan terlalu-lalu banyak meletakkan kesalahan terjadinya masalah ni dekat orang lain.

Marilah kita semua bermunajat dan bertawaduk untuk mengelakkan diri dari terkena wabak Corona tersebut. Ia adalah makhluk Allah juga. Jakenapa Allah hantar bala tertentera ni semuanya bersebab. 

Jadi marilah kita sebagai manusia ubah cara minda kita fikir ke arah solusi.
Mari kita sama-sama sebarkan aura getaran positif energi didalam diri dan sebarkan getaran kegembiraan, kesyukuran dan kebahagiaan walaupun negara kita tengah dilanda wabak ini.

apa yg kita fokus akan menjadi kenyataan.

Jom sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT dan kita set kan minda kita ini dengan perkataan doa kita setiap bangun pagi dan sebelum kita tidur.

SEGALA MASALAH DALAM NEGARA KITA HARI INI AKAN SELESAI DENGAN SEMPURNA.

ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH..

SEGALA MASALAH DALAM NEGARA KITA HARI INI AKAN SELESAI DENGAN SEMPURNA.

ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH..

SEGALA MASALAH DALAM NEGARA KITA HARI INI AKAN SELESAI DENGAN SEMPURNA.

ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH.. ALHAMDULILAH..

kita ulang dan ulang sebanyak yang mungkin! hantar kan getaran tarikan energi dekat semua, Insyallah Allah mengikut sangkaan hambanya! PERCAYALAH, BERSANGKA BAIKLAH dengan PENCIPTA HEBAT KITA INI.

rasakan! rasakan! rasakan! dalam minda kita
percakapan kita adalah doa..
pandangan kita adalah doa..
pemikiran kita adalah doa..
pendengaran kita adalah doa..

hantar kan energy frekuensi getaran doa ni kepada semua orang,
settingkan dalam otak kita apa yang wujud di alam minda akan terzahir di alam nyata dan apa yang ternyata di alam zahir hakikatnya sudah pun wujud di alam minda

minda kita ibarat magnet, kalau kita fikirkan yang baik, kita akan dapat yang baik. kalau kita fikirkan yang buruk, kita akan dapat yang buruk, maka marilah kita semua fikirkanlah yang baik-baik.


Your Sincerely,


TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever


~by Oya Rahman~

Ahad, 15 Mac 2020

BFF - ORANG YANG FAKE

Haleuuuu semua rakan blogger Kak Oya salam siaran , dah lama Kak Oya tak bersiaran di laman BFF Kak Oya ni kan. Giler kau.. Lama kot ni dah tahun 2020! Last Kak Oya tak berblog tahun 2018 kot! Kesian dah naik berhabuk blog Kak Oya ni guys! Ok topik yang Kak Oya just nak sharing, is tentang pengalaman Kak Oya berhadapan dengan manusia-manusia FAKE!

Hari ini kita lihat sekeliling khususnya di media social, berapa ramai yang jenis berpura-pura dan cuba sehabis baik untuk menonjolkan imej yang baik sahaja dimata pengikut (followers).
Bayangkan hidup yang terlalu mahukan pengiktirafan orang lain. Individu seperti ini boleh mengalami tekanan seperti banyak yang terjadi kepada instafamous atau social influencer. Apabila cantik, elok, manis dipuji melambung. Apabila salah sedikit, habis dicanang, dikecam dan lebih buruk lagi membawa fitnah. Tak dinafikan, golongan yang popular ini kadang kala membawa mesej yang baik. Konten yang bangus dan ilmu yang boleh dipraktikkan untuk menjalani hidup yang lebih baik. namun kita sebagai pengikut atau pembaca boleh membuat penilaian jika individu ini berpura-pura atau memang jujur dalam setiap perkara yang disampaikan. Ruang media social ini membuka banyak peluang untuk berkenalan dengan kawan baru.

Malahan Kak Oya turut mengenali rakan-rakan dari pelbagai bisnes khususnya melalui media social. Kemudian ada diantara mereka menjadi kenalan rapat Kak Oya apabila kami semua pernah bersua muka di alam realiti.

Pengalaman mengajar Kak oya untuk menilai kawan sebenar dan individu yang berpura-pura. Kita boleh lihat personaliti orang yang berpura-pura ini, lama kelamaan akan terserlah walaupun dia cuba menutupnya dengan cerita-cerita baik, sedangkan ia adalah palsu. Sebenarnya Kak Oya dah banyak kali berjumpa dengan manusia-manusia FAKE ni, dimana-mana shaja boleh dikatakan semua tempat memang ada tau. Masa di office Kak Oya bekerja pun ada orang yang macam ni. Tapi Kak Oya jenis tak memilih kawan, kawan kak Oya tak pernah pun pilih bulu. Tapi at the end Kak Oya lah akan jadi mangsa keadaan apabila kita nak avoid untuk menjauhkan diri.
Pengalaman paling latest adalah dalam bisnes online. Kak Oya merasa sangat kecewa dengan ada segelintir pihak yang berperangai FAKE! Giler sangat obvious tau! Pelik sangat terhadap manusia yang boleh berpura-pura tiada apa yang berlaku walhal sebelum ni boleh kutuk orang kaw-kaw tapi lepas pada tu boleh pula berbaik balik dengan alasan kena be A PROFESSIONAL??? dan diatas dasar KEUNTUNGAN SYARIKAT??? OMG this is sound so RIDICULOUS!! INSANE!
Ok Kak oya cerita surface story but make it short sebab panjang sangat ceritanya...sighhh.. Korang bayangkan la, pada mulanya Founder A dan Founder B bergabung bersama untuk menjual satu produk (joint venture), so Kak Oya oklah fine for me memang tak ada masalah at first sebab keduanya Founder Kak Oya suka dan adore. Founder A ni memang kak oya before this memang adore giler dengan ilmu yang dia sharing plus body pun memang la cantik, memang diakui single mum anak 5 pada waktu itu. Kak oya happy sangat la mereka bergabung, sebab tak ada kena mengena pun dengan kak oya kan. Pada mulanya memang semua berjalan dengan lancar. Tetapi ada problem diantara mereka berdua tak sampai berapa bulan je produk ni didalam pasaran boleh plak mereka berdua ni bergaduh, tak pasti la sebab apa! Founder A ni tarik diri tak nak join jadi founder ke atas produk tersebut katanya. Kak oya dengar ok la fine! sebab tak ada kena mengena kan . Kena juga teruskan. Since diorang bergaduh tu produk berjalan seperti biasa. Ada juga yanng tertanya-tanya kenapa, so Founder B ni mulalah bercerita apa alasan semua A to Z dekat WA group. Kak Oya pun sejak itu terpengaruh lah dengan cerita yang ditulis di WA oleh Founder B tentang Founder A ni,.
Memandangkan Kak Oya more rapat dengan Founder B ni so Kak Oya sentiasa support dan akan ada di belakang Founder B masa tu la. Keadaan business tetap berjalan seperti biasa. Ok lepas pada insiden tarik diri tu, ada dalam sebulan ke dua bulan, Founder A macam ada ke tidak puasan hati dengan Founder B, so dia boleh dikatakan ada menaikkan status di IG story dia berdasarkan perli tentang produk Founder B ni. Yang Kak Oya tak suka kan sebab apa tau ada jenis manusia durjana dekat luar sana yang fanatik Founder A suka mengapi-apikan Founder A ni, tolong jadi stalker kepada Founder A ni, tu yang benda ni jadi bertambah-tambah hot story! Apa sahaja benda yang Founder B ni buat, Founder A ni tahu siap akan letak quotes atau story berunsurkan keperlian disebabkan ada TUKANG SAMPAI!! 
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE macam-macam kan!! giler tau tak pernah join jual produk ada kes giler macam ni agen-agen jadi tempias! Untuk side Founder B ni plak sejak kes mereka bergaduh berdua banyak la cerita-cerita keluar dari jari Founder B ni. ( tulis dekat WA group ). Semua cerita buruk Founder A ni di tulis dekat WA group oleh Founder B, kalau tak Kak Oya dan rakan agen yang lain tidak akan tahu apa cerita dalam kain Founder A. Dan ada yang fanatik Founder A atau pun bekas anak murid dia juga telah tawar hati atau pun lebih senang KURENG dengan Founder A. Malah Kak Oya turut serta kureng dengan Founder A. See dasat la kan penangan cerita Kak Oya dengar tentang Founder A tu?? Ramai la saksi dekat dalam group WA tu tau. Kami tidak akan tahu cara hidup Founder A, perihal rumah tangga, pasal produk dia, pasal latar belakang dia, pasal ilmu dia, pendek kata semua lah Founder B tulis dekat WA group tu, kalau tak kami semua tak tahu betul tak??? So oklah fine for Kak Oya, kak Oya kalau jenis dengar tak reti la nak pergi sampai dekat owner badan tu sendiri. Dah kenapa nak kena camtu kan??? ITS NO ME!!! 
Macam kak Oya sebagai manusia yang hina dina ni kan, lama-lama akan terpengaruh juga dengan cerita-cerita yang di tulis oleh Founder B ni, malah ramai la yang ada didalam group tu menag ada yang percaya bulat-bulat dan beralih arah untuk tidak suka dengan Founder A ni, termasuklah Kak Oya sendiri, yang dahulunya bukan main giler adore giler viva tau dekat Founder A ni, kak Oya memang admit! Kak Oya adore giler tau dekat dia sanggup sehinggakan Kak Oya selalu rekod live dia dan share dekat FB Kak Oya memandangkan dia memang tidak ada  FB Kak Oya adore punya pasal sanggup tunggu tengah malam nak tengok live dia semata-mata. Giler kan! Fanatik punya pasal! Kak Oya sampai share dengan mak Kak Oya tau pasal ilmu dia ni, siap cakap kat mak yang ilmu dia bagus, ilmu dia mengangkat kaum wanita dan banyak tolong wanita. So its fine la for me masa tu. Ok korang just imagine la dalam group tu boleh dikatakan kerap jugak la cerita topik hangat tentang Founder A ni, just imagine cerita hal satu-satu terbongkar tau!, Kalau tak macam mana kita semua tahu?? kalau tak ada orang yang cerita betul tak?? So terus lah kita orang semua tahu sejarah dalam kain Founder A ni. Bayang kan yang dulu ada jugak certain yang adore dia juga macam Kak Oya terus jadi KURENG tau sejak dengar satu-satu cerita yang sememangnya semua tak tahu la BACKGROUND HISTORY Founder A ni! Giler kan? termasuklah Kak Oya ni percaya! 
Kita sebagai manusia sedikit sebanyak akan terpengaruh tau! plus Kak Oya plak pengikut Founder B ni, sebab sama jugaklah sebab adore jugak Founder B ni sebab single mum  dedua tu menjadi inspire dekat Kak Oya kononnya masa tu...hmmm sigh!!! but memang pun!! Korang bayangkan lah kadang mereka berperang status, dan mana yang pengikut Founder B ni pun ada jugaklah yang up status, dekat story masing-masing. Means kami banyak baackup Founder B ni lah plus kami jual produk Founder B jugak kan! Of Course lah backup kan!! benda ni berlarutan sehingga penghujung 2019 tau! Macam-macam cerita satu-satu keluar tau! OMG THIS IS SO SICK!! Tak pernah tau join bisness mana-mana sebegini rupa tau! Founder memasing kutuk tapi yang jadi mangsa keadaan adalah AGEN YANG BACKUP FONDER??? WT HECK!!! kak Oya tak pernah join bisness yang dikatakan giler sakit otak melayan tau! Banyak giler negative dalam tu tapi Foundernya tak perasan!! FOUNDER NAK GADUH LANTAK P LA KORANG TAPI BE LA professional LIKE YOU SAID!! Cakap suruh agen professional tapi diri sendiri lupa dulu diri sendiri macam mana?? Professional la sangat!!, cakap tak pernah yang tally dengan perbuatan! i hate this kind of people, lepas tu dalam group u tak admit plak tu! you pun on blame all the problem start from your agen??? giler tak?? kalau dek kerana Founder B ni tak cerita buruk semuanya dimuntahkan dekat dalam  group tu benda ni sikit pun tak akan jadi macam ni tau!! Kami agen semua takkan tahu betul tak?? make a sense tak?? fikir logik ok!!
Buruk Founder A tu semua Founder B yang tulis dekat dalam Wa group tu tau, ada je bukti, tapi kami semua tak sejahat tu!! Korang bayangkan ya sampai nama Kak Oya kena petik dengan Founder A tau, since dorang dah naik berbaik semula tau! ini diceritakan sendiri Founder B tu dekat Kak Oya tau!! sumpah Kak Oya frust!! tapi Founder B cakap dia tak percaya akan cuba bersihkan nama Kak Oya, tapi sampai ke sudah! Wallahualam! bukan tu sahaja dalam banyak-banyak yang join mengata gelak-gelak dalam group Wa tu yang kena 3 orang Founder A tu aim paling utama! giler tak!! my name is in the list ok! Nama Kak Oya kena petik Founder A kata Kak Oya ni BATU API!! jangan percaya kak oya ni!! GILER LAH ENGKAU NI! Founder A! Aku memang tak pernah kacau hidup ko bisness ko tau!! Yang burukkan kau adalah BFF kau jugak tau Founder B kenapa nama Kak Oya dan orang lain Founder A ni kau petik???  Siap Founder A ni nak saman-saman dan gertak dalam IG Story  dia tau! Until one day Founder A ni mengamuk sebab tak tahan sangat sebab katanya ada orang kondem produk dia , ada kutuk dia dan macam-macam lagi la dia sebut masa dia buat live! Rupanya ada penyampai radio buruk bergerak siap screen shot orang yang beritahu Founder A telah kena umpat! Gile tau yang si penyampai ni memang betul-betul giler!! Kak Oya nak tanya korang, dapat apa ek jadi pereport??? memang sampai sekarang Kak Oya tak faham! Masa Founder A buat live mengamuk giler tu, Kak Oya memang tengok live dia, siap suami dan anak pun tengok sebab nak dengar dia sebut tak nama-nama yang umpat dia tu macam dia mentioned kat ig story dia dia kata dia nak reveal nama-nama tu! Tu yang Kak oya nak tengok live dia dan sangat tengok live Founder A ni. Korang bayangkan ya tak semua yang kutuk-kutuk dia kat belakang-belakang berani tampil dan tengok live Founder A tu! padahal dorang pun yang dahulunya adore juga Founder A ni. 
Cakap ya-ya je tahu plak tak nak plak dengar apa yang dia bebel! sakit hati nak suruh Kak Oya on behalf plak dengar then sampaikan dekat dorang! OMG apakah? beza tau bila kita tonton dan dengar sendiri dengan kak Oya yang sampaikan melalui text! ia salah pun dengan akan jadi berbeza - beza interprestasi dan pemahaman tu akan jadi lain tau. Ok sejujurnya kak Oya lepas pada tengok live Founder A tu sampai habis dan Kak Oya sanga-sangat KECEWA GILER-GILER dengan Founder B!!! korang bayangkan dorang ni punya la lama bergaduh dan agen-agen yang backup siap up status smash untuk Founder B ni alih-alih tak ada rebut tak ada petir boleh plak dekat penghujung live tu cakap yang Founder B ni tak ada salah pun dengan Founder A ni! Giler!! Siap tunjuk gambar-gambar yang Founder B ni  simpansiap cakap mana boleh lupakan kawan baik! Siap cakap nama Founder B ni tidak ada dekat mana-mana group WA, group yanh umpat pasal diri Founder A OMG SUCH AN INSANE MAN!!!!! plus siap cakap kat agen-agen jangan up status dekat mana-mana status dimedia social.  Memang ada segelintir yang still up status tentang Founder A ni, mana tak nya agen-agen ni up dan ada perasaan menyampah terhadap Founder A ni disebabkan semua cerita buruk Founder A ni semua Founder B ni cerita, of course semua percaya dengan Founder B ni, sebab kami semua dibelakang Founder B, alih-alih mereka dah berbaik macam tu sahaja?
 siap cakap nak saman tau! Korang bayangkan Founder B ni boleh siap PROVOKE lagi selepas pada Founder A ni habis live! siap cakap tak adanya Founder A ni nak saman. So bayangkan ada juga lah segelintir still lagi up status dekat story, so keadaan jadi rumit dan Founder A tetap nak teruskan saman tu! padahal bayangkan dalam group WA tu hampir semua duk cakap pasal Founder A ni dan gelak-gelak semua tau! Pengakhiran live tu Founder A  cakap dia tak ada masalah dengan Founder B ni, yang bermasalah agen-agen!! Memang giler!!! Sejak dari dengar live tu Kak oya sangat frust dengan Founder B ni tau!!! Wei Kak Oya dan agen-agen lain ada dibelakang kau tau masa ketika ko bergaduh hebat dengan Founder A ni!! Tapi bila jadi macam ni?? kau tak de kena mengena dan tak ada apa-apa the you put on blame semua dekat agen-agen kau??? OMG MEMANG GILER! kalau Founder B ni tak cerita buruk aib Founder A ni tak de semua tahu tau!! siap cakap produk dia itu ini, memang tak akan jadi macam ni tau!! Jujur cakap perkara ni takkan jadi macam ni!  Korang bayangkan masa live tu Founder A cakap yang Founder B ni tak ada langsung dekat semua group yang mengata Founder A ni?? WOW GILER TAK!!?? PENIPU LA KO NI!! untuk selamatkan diri kan!! Dalam semua group tu Founder B ni menag ada! Tapi kami bukan jenis agen yang makan tuannya!! KALAU JAHAT KAN DAH LAMA BAGITAHU CERITA SEBENAR!! DARI SITU YANG kAK OYA TAWAR GILER2 untuk teruskan jual produk Founder B, tapi still bertahan sehinggalah terjadinya lagi satu insiden yang betul nak buat Kak Oya nak undur diri terus dengan Founder B ni! OMG memang giler lah diorang ni!! tak tahu apa agenda mereka!! 
Korang bayangkan yang Founder B ni boleh cakap BE PROFESSIONAL?????? giler la ko ni nak be professional apanya sedangkan kau dulu masa gaduh dengan Founder A tu ko tak act like a professional tak?? KENTUT ko lah!! siap boleh cakap apa tau sejak kes tu sales produk dia menjunam disebabkan agen-agen gaduh dengan Founder A.. Viva tak?? sales tak ada disebabkan kami?? as an agen tak membantu ko  giler tak?? ko gaduh dengan dia ko put on blame dekat agen??? for the starting yang put down your produk yang burukkan produk you is Founder A ok! ko boleh kata begitu??? how could you??? we all dekat belakang you tau masa you gaduh!! siap cakap as a leader sale pun berapa la sangat every month and sejak gaduh tu company Founder B almost jatuh because of us??? OMG KENAPA fOUNDER SENDIRI YANG TAK MENONJOL KAN PRODUK KENAPA NAK HARAPKAN AGEN DAN LEADER WALHAL ORANG TAK TAHU PUN PASAL PRODUK you but you yourself la patut pun an effort untuk show off your produk to media not us!! you got it?? sampai muntah darah la agen up iklan 24/7 sekalipun kalau you tak kedepan, tak buat sesuatu dekat produk you memang hancurlah babe! 
Founder yang patut overshadow dan marketing kaw-kaw barulah orang kenal barang you, for sure orang akan cari agen-agen once barang you rata-rata dah kenal. Ni tak asyik harap 24/7 agen up iklan je mana boleh?? takde marketing giler2. Boleh plak put blame semua sebab agen!! Pengalaman mengajar Kak Oya untuk menilai kawan  sebenar dan individu yang berpura-pura. Kita boleh lihat personaliti orang yang berpura-pura ini, lama-kelamaan akan terserlah walaupun dia cuba menutupnya dengan cerita-cerita baik, sedangkan ia adalah palsu. Cuba kita lihat, adakah individu dengan fake personality ini ada di sekeliling kita? Bukan mudah nak menilai seseoran yang ikhlas atau berpura-pura. Ia bergantung kepada pengalaman dan nilai hidup kita. Kak Oya memilih untuk berkawan dengan orang yang Kak Oya selesa bersama dengan mereka. Kak Oya dapat berbincang hal-hal penting atau santai. Kak Oya tidak rasa direndah-rendahkan apabila berbual atau menyatakan pendapat. Jika kita ada merasakan sikap orang yang berpura-pura ini, sebaiknya kita jauhkan diri. Atau jangan libatkan diri denngan mereyang ilka.Ia untuk meneglakkan kita sakit hati dan menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan. Buat apa bunag nasa dengan orang-orang yang tidak menghargai kita. Lebih baik kita meluangkan masa dengan sahabat ikhlas dan sudi bersama kita dalam keadaan senang mahupun sukar.  Orang yang berpura-pura ini sentiasa mahu menunjukkan sisi baiknya. Dialah yang paling baik hati fan minta kebaikkannya dicanang-canang. Ia berbeza dengan orang yang ikhlas menyebarkan kebaikan. Dalam hal ini, mungkin akan mengambil masa sedikit untuk kita mengenali dirinya yang sebenar. Tapi lama kelamaan akan terdedah juga sikapnya. Tinggalkan orang yang berpura-pura. Kita tidak akan rugi. Fokus pada insan yang penting dalam hidup kita. Fokus pada matlamat dan hala tuju yang mahu kita capai. Supaya hidup kita lebih baik dan tenang. 

Your Sincerely,

TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever

~by Oya Rahman~

Selasa, 28 Mac 2017

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )


Dear diary,

Assalamualaikum to my blogger..



I feel so depress with people nowadays..
so attitude!! tak ada adab langsung..
Aku memang tujukan kepada Cik BEDAH ni yang memang perasan bagus, yang rasa kononnya diri dia kawan yang baik tahap WALI2..daaaa..
Tetiba plak nak hastag2 gitu lepas tu unfriend kat IG dengan FB dah kenapa? sebabnya kerana seseorang punya mulut? Ala actually Cik BEDAH FYI, aku memang tak heran sangat pun sebenarnya.. SEJUJURNYA rasa tak RALAT pun kawan dengan Cik BEDAH ni, Cik BEDAH ni jenis bukan main nampak aku salah lah KONONnya dalam kes ni, tu yang ambik langkah BLOCK or UNFREN or WHATEVER. TETAPI sedar tak DIRI Cik BEDAH actually perangai mulut LASER dan cakap lepas awak sebenar-benarnya banyak bagi orang terasa? Tak pernah jaga PERASAAN orang langsung. Awak ingat kawan-kawan yang KONONnya rapat tak terasa MULUT awak tu? Mereka-mereka tu tak cakap sebab nak jaga hati kawan-kawan. Siapa nak nampak perangai diri sendirikan? Kadang tu aku nampak depan mata BAHASA yang dikeluarkan oleh Cik BEDAH adakalanya sangat-sangat KASAR, ini turut diakui oleh seseorang dekat aku. So please la tak perlu lah nak tunjuk sangat bahawa awak tu KAWAN SEJATI lah kononnya dengan berbuat demikian dekat aku bila tahu GOSSIP MAK JEMAH tu awak la KAWAN TERBAIK di SEMESTA ni. THANK YOU SO DAMN MUCH!
 

Wahai Cik BEDAH, sedar tak?? sedar tak??? Awak tak tahu apa-apa cerita exactly from the BEGINNING yang entah tiada bukti kesahihannya pun tolong zip sikit mulut tu ok.. Tahulah ada geng MAK JEMAH  yang selalu gemar anyam ketupat pasal orang..so awak ingat aku heran??? Aku tahu yang geng-geng korang rasa yang diri masing-masing , tahap LEVEL MULIA macam dewa-dewa, wali-wali, PERFECT n so NAIVE kan.. Cik BEDAH ni baru sahaja join dekat sini and tak kenal aku sangat pun terus Cik BEDAH ni BLOCK aku kat FB and UNFOLLOW aku kat IG just because of that person??.Bagus sungguh perangai Cik BEDAH ni yang tak tahu apa-apa bijik butir cerita , terus BOIKOT orang. Wah terima kasih ek Cik BEDAH, series tak sangka..



Kita mudah nampak salah orang lain, tapi sangat-sangat tak sedar kain sendiri yang koyak rabak.. Ambik or beli cermin panjang, check dulu diri sendiri kita ni bagus ke?? mulut kita baik sangat ke?? Rasanya lagi teruk kot..mulut tu suka je mencarut-carut dekat orang..

Cuci hati sendiri dahulu, Barulah sampai pada hati yang lain #selfreminder

Dalam kita membuat kebaikan, ada juga orang yang selalu perhatikan dan menyukai kita di dalam diam. Dalam kita membuat keburukan, ada juga orang selalu perhatikan dan mengata kita dalam diam. Dalam kehidupan hanya ada dua pilihan didalam hidup kita. Samada nak jadi baik ataupun sebaliknya. Maka buat lah pilihan yang baik dan betul.

Ada jenis type kawan-kawan:

  • Kawan-kawan yang ayu dan bersopan santun, kita pun tahu nak guna laras bahasa pada masa yang sesuai. Bukan main taram tak pandang kiri kanan, depan belakang, siang ke malam. Cakap siang kenalah pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Kan biasa dengar peribahasa tu kan?? 

BIJAK...

  • Ada juga yang mulut manis bagaikan gula tebu. Sayang, hitam pulak disebaliknya. Depan kita punyalah ...ermmmm alahai baik, Tetapi dibelakang kita.. Ya allah kita tak tahu apa yang dicanangnya buruk kita..

YANG INI AL BAHAYA..

Kalau yang macam ini lah muncul dalam kehidupan kita, kita doakanlah Allah bukakan pintu hati dia supaya tidak bukak aib orang. Kadang-kadang kita bukak aib orang, sebenarnya aib kita luas terdedah.



Berkawan biarlah IKHLAS. Bukan sebab berKEPENTINGAN meskipun dah jadi perkara biasa. Berkawan atau rapat dengan seseorang dengan secara TIBA-TIBA dengan tujuan ada motif terTENTU ataupun mahu nampak hebat ada kawan yang hebat or tak pun kerana terPAKSA sebabnya puak yang tinggal makin sedikit, (reason tak masuk akal) so HAVE TOO CLOSE with certain-certain people. Sedangkan a few years back tak pernah LANGSUNG OK rapat pun and kalau boleh warning tak nak bagi aku kawan pun mula-mulanya. " ish mintak simpang nak kawan orang macam tu" bunyi dari seseorang Ya! memang betul setiap manusia boleh berubah, tapi kenapa sekarang ? kenapa tidak sebelum-sebelum tu? Tolong la, Ada mata pandang, ada telinga dengar! Aku cukup pantang manusia-manusia yang cakap tak serupa bikin. Perangai dengan percakapan tidak sama , tidak tally.. so what u guys expect this kind of FRIEND?? BAHAYA gila kawan macam ni! I dun mind if u guys nak close with that FULLAR but please la JUJUR dengan diri sendiri. Aku bukan nak mengata sesiapa TAPI nak terasa go AHEAD, u guys punya salah sendiri tak pernah nak perasan kan?? Tak pernah ada rasa bersalah pun..so aku plak nak kena jaga hati orang?? Hati aku ni berbolak balik juga. Macam sedikit FRUSTRATION..Sedikit sebanyak nak jugak rasa tempiasnya kan..memang terasa sangat kot dengan Si BEDAH ni dan sewaktu denganya. Biasalah manusia. Kita doa lah bersungguh-sungguh Allah pegang hati kita daripada dikotori anasir-anasir jahat.




Nak beritahu dekat sini bagi pendengar-pendengar setia ni, jangan cepat mahu JUDGE orang ya Cik BEDAH dan sewaktu dengannya oii, walaupun si KAWAN ni bercerita macam-macam mengenai aku. Belum tentu  100% betul kan. Sampai mata naik juling sebab rajin menjeling buat muka bila tengah anyam ketupat pasal aku..Whatever.. Daaaaa..! Rasa terkilan sangat pun ada. Sebelum judge , Cik BEDAH kenal dulu rapat-rapat,  dalam-dalam aku ni macam mana sebelum nak band aku camtu je..Aku memang tidak ganggu atau kacau hidup sesiapa pun kan. Jadi fikir-fikirkan lah sebelum nak JUDGE orang ok Cik BEDAH. Orang cakap kerana MULUT dosa kita boleh macam pasir banyaknya sehingga tak terkira.





Aku tak cakap aku ni baik, mulia, aku memang sedar diri, aku banyak dosa thats y la aku tak layak kawan dengan awak ya Cik BEDAH kan..Itu sebab awak block aku kt IG dan unFREN aku ..huh!sekian terima kasih daun keladi Cik BEDAH. Actually i dun give a damn! Tak mati pun tak ada kawan macam Cik BEDAH ni dengan sewaktu dengannya..Sudah tiba masanya aku WAKE UP,  tolong sedar isha, ini bukan kategori kawan-kawan yang baik. Terang dan nyata. Terbukti..That FULLAR adalah penyebab aja dalam cerita ni. Nak menunjukkan who is TRULY friends among myself. See?? Dah nampak, lepas satu-satu Allah tunjuk. Aku punya sabar ada had limitnya dan tahu beza mana baik atau buruk. Jadi sekarang aku rasa macam berdosa sudah semacam menghakimi plak kan..



TETAPI geram sangat-sangat rasanya. HAVE TOO! I want to tell the truth what im feeling right now. Kesabaran manusia kan ada had limit. So Cik BEDAH ni nak pesan kat hang, jangan lupa SCREENSHORT statement aku ini ok..pergi bawak jumpa kawan-kawan Cik BEDAH anyam lagi ketupat banyak-banyak ok pasal aku.. Rasanya kalau aku tak ada kawan seperti Cik BEDAH dan sewaktu dengannya pun memang tidak rugi 1 sen pun. Bukan la nak cakap apa..banyak lagi manusia aku boleh jadikan kawan selain u alls..Serik sangat berkawan dengan orang yang cakap depan lain belakang lain..mulut dengan perangai tak sama..hmmm macam mana tu ek?





Cerita ini bukan untuk orang yang makan cili rasa pedas ..tapi memang ditujukan khas kepada Cik BEDAH. Memang Cik BEDAH lah orangnya. Sebelum nak suruh orang RESPECT dan HORMAT kita..Tolonglah RESPECT dan HORMAT orang lain dahulu ok. SEKADAR untuk perkongsian dan luahan hati aku yang betul-betul kecewa dengan sikap segelintir manusia-manusia yang tidak ada OTAK. Tolong simpan dalam HARDISK OTAK tu , tolong kasi ngam-ngam ya! Banyak anasir-anasir kejam dekat luar sana. Akan ada orang cuba menjatuhkan kita. INGAT!! Tidak semua orang boleh terima cara kita. Walaupun kita nak buat baik.! Orang akan tetap mengutuk dan mengata. Buat jahat apatah lagi. Memang kena kecam la kan..huhu... Jadi, buat lah apa yang anda rasa berbaloi untuk masa depan anda. Hidup ini terlalu singkat.




So penutup bagi my dear diary and moral of the story, jangan menghina dan mengutuk sesama manusia. Selagi kita hidup, kita tetap PENDOSA. Doakan dan ucapkan yang baik-baik sahaja. Jangan sampai amalan kita berpindah milik, kerana asyik mencatit kesalahan orang lain.

Renung-renungkan..
Fikir-fikirkan..
Sunting-suntingkan..
Lesson Learned..


Your Sincerely,


TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever
~by Oya Rahman~