vitamin C BUAH-BUAHAN dan sayur-sayuran mengandungi beri bu-ribu fitokimia yang cenderung untuk saling bertindak dalam pelbagai cara bagi mencegah penyakit di samping meningkatkan kesihatan. Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sa tu-satunya cara terbaik untuk memanfaatkan tindakan kom pleks ini. Hasil pelbagai kajian epidemiologi dan percubaan klinikal turut membuktikan pemakanan yang kaya dengan buah-bua han dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko pe nyakit kronik. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga sumber yang kaya dengan bahan antioksida. Bahan antioksida adalah bahan atau nutrien dalam makanan yang boleh mencegah atau me lambatkan kerosakan pengoksidaan kepada tubuh. Oksigen nutrien paling penting yang diperlukan setiap sel untuk melepaskan tenaga dalam makanan yang menjalankan semua proses badan. Dalam tindak balas biokimia biasa, oksigen boleh menjadi tidak stabil dan mampu ‘mengok sidakan molekul bersebelahan’, yang menyebabkan kero sakan...
Tempat dimana wanita belajar mencintai diri sendiri, berkongsi kisah hidup, kecantikan dan inspirasi setiap hari.