Langkau ke kandungan utama

BFF-Kebaikan Vitamin C-

vitamin C

BUAH-BUAHAN dan sayur-sayuran mengandungi beri bu-ribu fitokimia yang cenderung untuk saling bertindak dalam pelbagai cara bagi mencegah penyakit di samping meningkatkan kesihatan.
  


Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sa tu-satunya cara terbaik untuk memanfaatkan tindakan kom pleks ini.

Hasil pelbagai kajian epidemiologi dan percubaan klinikal turut membuktikan pemakanan yang kaya dengan buah-bua han dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko pe nyakit kronik.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga sumber yang kaya dengan bahan antioksida. Bahan antioksida adalah bahan atau nutrien dalam makanan yang boleh mencegah atau me lambatkan kerosakan pengoksidaan kepada tubuh.

Oksigen nutrien paling penting yang diperlukan setiap sel untuk melepaskan tenaga dalam makanan yang menjalankan semua proses badan. Dalam tindak balas biokimia biasa, oksigen boleh menjadi tidak stabil dan mampu ‘mengok sidakan molekul bersebelahan’, yang menyebabkan kero sakan sel.

Dikenali sebagai radikal pengoksidaan bebas, sisa tubuh ini perlu dilumpuhkan untuk mengurangkan kerosakan ter babit.

Ahli sains percaya bahan antioksida membantu mencegah dan meredakan tekanan akibat aktiviti radikal bebas.

Bahan antioksida yang utama adalah vitamin A, C dan E serta beta karotena dan flavonoid di samping mineral bahan antioksida seperti zink dan selenium. Ini terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta pelbagai jenis kacang dan bijian.

Kajian meluas menunjukkan pemakanan yang kaya dengan bahan antioksida seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, memberikan perlindungan yang ketara terhadap penyakit berkaitan dengan usia.

 
 
Vitamin C adalah satu nutrien penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, justeru kita perlu makan makanan yang mengandungi vitamin terbabit.

Disebabkan tubuh menguraikan vitamin C dengan cepat dan jumlah yang disimpan agak sedikit, vitamin C perlu diambil secara tetap, seelok-eloknya setiap hari.

Buah-buahan yang padat dengan vitamin C adalah buah anggur hitam, jambu batu, betik, lemon, tembikai, oren dan beri.

Karotenoid dan vitamin A memainkan peranan penting antaranya membabitkan penglihatan, daya ketahanan, ke sihatan kulit dan aktiviti bahan antioksida.

Selain sifat antioksidanya, pengambilan makanan yang kaya dengan flavonoid dalam jumlah yang besar dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular.

Ia lazimnya didapati dalam beri ungu, merah dan biru, anggur merah dan ungu serta epal.

Zink dan selenium pula adalah bahan antioksida yang terkandung dalam kacang seperti badam, kacang tanah serta bijian seperti biji labu dan biji bunga matahari dan makanan laut.

Sejak akhir-akhir ini, superfruit digunakan oleh industri makanan untuk merujuk kepada buah-buahan yang lebih kaya nutrien terutama kandungan vitamin C dan anti oksida.

Antaranya adalah buah anggur hitam, beri biru, manggis, noni, buah delima dan kranberi yang didefinisikan sebagai superfruit.

Anggur hitam atau blackcurrant bukanlah sejenis anggur, tetapi lebih dekat kepada jenis beri seperti beri biru dan strawberi.

Saiznya juga jauh lebih kecil daripada anggur biasa tetapi anggur hitam diakui antara sumber vitamin C semula jadi yang tinggi.



from BFF with Love
~Oya Rahman~

Ulasan

  1. info yg sgt berguna utk masyarakat di sini...hhmm

    BalasPadam
  2. yeke..terima kasih erry..skrg i tgh nak jual produk kecantikan n share bisness kat sebelah kiri blog saya..;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

Saya tertarik dengan topik ini setelah saya menonton rancangan favourite saya iaitu WHI... Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya semua feedback komen-komen yang saya ambil di WHI fb..Majoriti semuanya memang tidak setuju sama sekali tinggal bersama mertua.. Bagi pendapat saya, saya rasa kita perlu duduk asing kerana nanti akan banyak mendatangkan masalah, even perkara yang remeh temeh pun akan menjadi isu...its not easy kerana saya pun mempunyai pengalaman selama 8thn tinggal bersama-sama mertua..sudah tentu ada suka dan duka ketika bersama mertua..Kadang-Kadang masalah bukan datang dari mertua tetapi datang dari pengaruh-pengaruh luar.. Mak abah saya pernah berpesan sebelum berkahwin..."biar duduk rumah pondok sekalipun, jangan tinggal serumah" dengan mertua...bukan apa, dah ada peribahasa "Jauh bau bunga, dekat bau tahi"..tapi rasanya lebih selesa tinggal berasingan supaya ada lebih kebebasan dan privasi bersama suami..nak buat apa2 pun sangat2...

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI

Aku dan Memori di Pulau Langkawi Part One ITTAR Batch 1997-1999 Lepas aje aku habis SPM, aku telah dihantar di kolej ITTAR Langkawi oleh parents aku..aku ambil jurusan Diploma Pengurusan Perhotelan selama 2 tahun..Oleh kerana ketika itu aku agak nakal-nakal manja, dan dapat keputusan SPM boleh la..cukup-cukup makan..heheh..Parents aku mengambil keputusan untuk hantar aku di Langkawi..Pada mulanya memang aku tak nak sangat2 pergi ke Pulau Langkawi tu..Sebab aku terfikir apa yang ada di pulau sekecil itu..Kompom boring giler kot..jauh disudut hati aku n aku memberontak dengan hatiku sendiri..berbelah bahagi..Tapi nak tak nak aku memang kena pergi belajar dekat sana..Aku ambil jurusan Pengurusan Perhotelan..Ala-ala Master Chef la kononnya..tapi dulu takda master chef kot..hahah..Parents aku ingat bila dia hantar aku di Langkawi , maybe aku tak terpengaruh dengan dunia luar..Tu yang dorang nekad hantar aku di sana..Aku bertolak awal dari rumah aku..Tak silap aku dalam pukul 1 ...

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )

Dear diary, Assalamualaikum to my blogger.. I feel so depress with people nowadays.. so attitude!! tak ada adab langsung.. A ku memang tujukan kepada Cik BEDAH ni yang memang perasan bagus, yang rasa kononnya diri dia kawan yang baik tahap WALI2..daaaa.. Tetiba plak nak hastag2 gitu lepas tu unfriend kat IG dengan FB dah ken apa? sebabnya kerana seseorang punya mulut? Ala a ctually Cik B EDAH FYI, aku memang ta k heran sangat p un sebenarnya .. SEJUJURNYA rasa tak RALAT pun kawan dengan Cik BEDA H ni, Cik BEDAH ni jenis b ukan main nampak aku salah l ah KONONnya dalam kes ni, tu yang ambik langkah B LOCK or UN FREN or WHATEVER . TETAPI sedar tak D IRI C ik BEDAH a ctually perangai mulut LASER da n cakap lepas awak seben ar-benarnya ba nyak bagi orang terasa ? Tak pernah jaga PERASAAN orang langsung. Awak ingat kawan-kawan yang KONONnya rapat tak terasa MULUT a wak t u? Mereka-mereka tu tak cakap sebab nak jaga hati kawan-kawan . S iapa nak nampak perangai di ri sendi ...