BFF - DEAR DIARY ( Part Three )


Dear diary,

Assalamualaikum to my blogger..



I feel so depress with people nowadays..
so attitude!! tak ada adab langsung..
Aku memang tujukan kepada Cik BEDAH ni yang memang perasan bagus, yang rasa kononnya diri dia kawan yang baik tahap WALI2..daaaa..
Tetiba plak nak hastag2 gitu lepas tu unfriend kat IG dengan FB dah kenapa? sebabnya kerana seseorang punya mulut? Ala actually Cik BEDAH FYI, aku memang tak heran sangat pun sebenarnya.. SEJUJURNYA rasa tak RALAT pun kawan dengan Cik BEDAH ni, Cik BEDAH ni jenis bukan main nampak aku salah lah KONONnya dalam kes ni, tu yang ambik langkah BLOCK or UNFREN or WHATEVER. TETAPI sedar tak DIRI Cik BEDAH actually perangai mulut LASER dan cakap lepas awak sebenar-benarnya banyak bagi orang terasa? Tak pernah jaga PERASAAN orang langsung. Awak ingat kawan-kawan yang KONONnya rapat tak terasa MULUT awak tu? Mereka-mereka tu tak cakap sebab nak jaga hati kawan-kawan. Siapa nak nampak perangai diri sendirikan? Kadang tu aku nampak depan mata BAHASA yang dikeluarkan oleh Cik BEDAH adakalanya sangat-sangat KASAR, ini turut diakui oleh seseorang dekat aku. So please la tak perlu lah nak tunjuk sangat bahawa awak tu KAWAN SEJATI lah kononnya dengan berbuat demikian dekat aku bila tahu GOSSIP MAK JEMAH tu awak la KAWAN TERBAIK di SEMESTA ni. THANK YOU SO DAMN MUCH!
 

Wahai Cik BEDAH, sedar tak?? sedar tak??? Awak tak tahu apa-apa cerita exactly from the BEGINNING yang entah tiada bukti kesahihannya pun tolong zip sikit mulut tu ok.. Tahulah ada geng MAK JEMAH  yang selalu gemar anyam ketupat pasal orang..so awak ingat aku heran??? Aku tahu yang geng-geng korang rasa yang diri masing-masing , tahap LEVEL MULIA macam dewa-dewa, wali-wali, PERFECT n so NAIVE kan.. Cik BEDAH ni baru sahaja join dekat sini and tak kenal aku sangat pun terus Cik BEDAH ni BLOCK aku kat FB and UNFOLLOW aku kat IG just because of that person??.Bagus sungguh perangai Cik BEDAH ni yang tak tahu apa-apa bijik butir cerita , terus BOIKOT orang. Wah terima kasih ek Cik BEDAH, series tak sangka..



Kita mudah nampak salah orang lain, tapi sangat-sangat tak sedar kain sendiri yang koyak rabak.. Ambik or beli cermin panjang, check dulu diri sendiri kita ni bagus ke?? mulut kita baik sangat ke?? Rasanya lagi teruk kot..mulut tu suka je mencarut-carut dekat orang..

Cuci hati sendiri dahulu, Barulah sampai pada hati yang lain #selfreminder

Dalam kita membuat kebaikan, ada juga orang yang selalu perhatikan dan menyukai kita di dalam diam. Dalam kita membuat keburukan, ada juga orang selalu perhatikan dan mengata kita dalam diam. Dalam kehidupan hanya ada dua pilihan didalam hidup kita. Samada nak jadi baik ataupun sebaliknya. Maka buat lah pilihan yang baik dan betul.

Ada jenis type kawan-kawan:

  • Kawan-kawan yang ayu dan bersopan santun, kita pun tahu nak guna laras bahasa pada masa yang sesuai. Bukan main taram tak pandang kiri kanan, depan belakang, siang ke malam. Cakap siang kenalah pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Kan biasa dengar peribahasa tu kan?? 

BIJAK...

  • Ada juga yang mulut manis bagaikan gula tebu. Sayang, hitam pulak disebaliknya. Depan kita punyalah ...ermmmm alahai baik, Tetapi dibelakang kita.. Ya allah kita tak tahu apa yang dicanangnya buruk kita..

YANG INI AL BAHAYA..

Kalau yang macam ini lah muncul dalam kehidupan kita, kita doakanlah Allah bukakan pintu hati dia supaya tidak bukak aib orang. Kadang-kadang kita bukak aib orang, sebenarnya aib kita luas terdedah.



Berkawan biarlah IKHLAS. Bukan sebab berKEPENTINGAN meskipun dah jadi perkara biasa. Berkawan atau rapat dengan seseorang dengan secara TIBA-TIBA dengan tujuan ada motif terTENTU ataupun mahu nampak hebat ada kawan yang hebat or tak pun kerana terPAKSA sebabnya puak yang tinggal makin sedikit, (reason tak masuk akal) so HAVE TOO CLOSE with certain-certain people. Sedangkan a few years back tak pernah LANGSUNG OK rapat pun and kalau boleh warning tak nak bagi aku kawan pun mula-mulanya. " ish mintak simpang nak kawan orang macam tu" bunyi dari seseorang Ya! memang betul setiap manusia boleh berubah, tapi kenapa sekarang ? kenapa tidak sebelum-sebelum tu? Tolong la, Ada mata pandang, ada telinga dengar! Aku cukup pantang manusia-manusia yang cakap tak serupa bikin. Perangai dengan percakapan tidak sama , tidak tally.. so what u guys expect this kind of FRIEND?? BAHAYA gila kawan macam ni! I dun mind if u guys nak close with that FULLAR but please la JUJUR dengan diri sendiri. Aku bukan nak mengata sesiapa TAPI nak terasa go AHEAD, u guys punya salah sendiri tak pernah nak perasan kan?? Tak pernah ada rasa bersalah pun..so aku plak nak kena jaga hati orang?? Hati aku ni berbolak balik juga. Macam sedikit FRUSTRATION..Sedikit sebanyak nak jugak rasa tempiasnya kan..memang terasa sangat kot dengan Si BEDAH ni dan sewaktu denganya. Biasalah manusia. Kita doa lah bersungguh-sungguh Allah pegang hati kita daripada dikotori anasir-anasir jahat.




Nak beritahu dekat sini bagi pendengar-pendengar setia ni, jangan cepat mahu JUDGE orang ya Cik BEDAH dan sewaktu dengannya oii, walaupun si KAWAN ni bercerita macam-macam mengenai aku. Belum tentu  100% betul kan. Sampai mata naik juling sebab rajin menjeling buat muka bila tengah anyam ketupat pasal aku..Whatever.. Daaaaa..! Rasa terkilan sangat pun ada. Sebelum judge , Cik BEDAH kenal dulu rapat-rapat,  dalam-dalam aku ni macam mana sebelum nak band aku camtu je..Aku memang tidak ganggu atau kacau hidup sesiapa pun kan. Jadi fikir-fikirkan lah sebelum nak JUDGE orang ok Cik BEDAH. Orang cakap kerana MULUT dosa kita boleh macam pasir banyaknya sehingga tak terkira.





Aku tak cakap aku ni baik, mulia, aku memang sedar diri, aku banyak dosa thats y la aku tak layak kawan dengan awak ya Cik BEDAH kan..Itu sebab awak block aku kt IG dan unFREN aku ..huh!sekian terima kasih daun keladi Cik BEDAH. Actually i dun give a damn! Tak mati pun tak ada kawan macam Cik BEDAH ni dengan sewaktu dengannya..Sudah tiba masanya aku WAKE UP,  tolong sedar isha, ini bukan kategori kawan-kawan yang baik. Terang dan nyata. Terbukti..That FULLAR adalah penyebab aja dalam cerita ni. Nak menunjukkan who is TRULY friends among myself. See?? Dah nampak, lepas satu-satu Allah tunjuk. Aku punya sabar ada had limitnya dan tahu beza mana baik atau buruk. Jadi sekarang aku rasa macam berdosa sudah semacam menghakimi plak kan..



TETAPI geram sangat-sangat rasanya. HAVE TOO! I want to tell the truth what im feeling right now. Kesabaran manusia kan ada had limit. So Cik BEDAH ni nak pesan kat hang, jangan lupa SCREENSHORT statement aku ini ok..pergi bawak jumpa kawan-kawan Cik BEDAH anyam lagi ketupat banyak-banyak ok pasal aku.. Rasanya kalau aku tak ada kawan seperti Cik BEDAH dan sewaktu dengannya pun memang tidak rugi 1 sen pun. Bukan la nak cakap apa..banyak lagi manusia aku boleh jadikan kawan selain u alls..Serik sangat berkawan dengan orang yang cakap depan lain belakang lain..mulut dengan perangai tak sama..hmmm macam mana tu ek?





Cerita ini bukan untuk orang yang makan cili rasa pedas ..tapi memang ditujukan khas kepada Cik BEDAH. Memang Cik BEDAH lah orangnya. Sebelum nak suruh orang RESPECT dan HORMAT kita..Tolonglah RESPECT dan HORMAT orang lain dahulu ok. SEKADAR untuk perkongsian dan luahan hati aku yang betul-betul kecewa dengan sikap segelintir manusia-manusia yang tidak ada OTAK. Tolong simpan dalam HARDISK OTAK tu , tolong kasi ngam-ngam ya! Banyak anasir-anasir kejam dekat luar sana. Akan ada orang cuba menjatuhkan kita. INGAT!! Tidak semua orang boleh terima cara kita. Walaupun kita nak buat baik.! Orang akan tetap mengutuk dan mengata. Buat jahat apatah lagi. Memang kena kecam la kan..huhu... Jadi, buat lah apa yang anda rasa berbaloi untuk masa depan anda. Hidup ini terlalu singkat.




So penutup bagi my dear diary and moral of the story, jangan menghina dan mengutuk sesama manusia. Selagi kita hidup, kita tetap PENDOSA. Doakan dan ucapkan yang baik-baik sahaja. Jangan sampai amalan kita berpindah milik, kerana asyik mencatit kesalahan orang lain.

Renung-renungkan..
Fikir-fikirkan..
Sunting-suntingkan..
Lesson Learned..


Your Sincerely,


TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever
~by Oya Rahman~





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI