Langkau ke kandungan utama

Me Myself and My Lil Princess Marissa Shoraya

My Perfect Day...2011 
Part Three.. 

My Precious Princess..



Marissa adalah anak perempuan kedua saya..

Dilahirkan pada 10hb Jun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Selangor pada jam 08.30 malam, ketika itu saya berumur 27 tahun..

hmm kali ini saya tidak kekok lagi..heheh..pengalaman lalu mengajar saya, jadi saya telah bersedia ....

Memang saya sudah jangka kan bahawa anak kedua saya adalah seorang perempuan.., kerana naluri saya kuat mengatakan saya akan lahirkan anak perempuan..Jadi saya siap shopping membeli baju-baju berwarna pink!! Warna yang wajib bagi baby gegerl..hehe

Tapi tidak pada zaman sekarang, warna tidak lagi memainkan jantina seseorang bayi!!zaman sekarang zaman millennium!!

Ciri-ciri untuk dapatkan anak perempuan itu dah saya nampak bak kata orang tua-tua sebagai contoh:

  • Kalau anak perempuan tengok keadaan perut ibu , jikalau keadaan perut itu kelihatan membunjul kehadapan (kalau tak silap saya dengar ia adalah anak perempuan).So memang perut saya membunjul kehadapan..
  • Saya sering berhias dan hendak kelihatan cantik n presentable all the time..hehe
  • Saya rajin dan tak reti duduk diam macam lipas kudung..pantang tengok messy, mesti nak kemas!!!
  • Melihat keadaan pusat ibu, pusat saya kelihatan sedikit tersembul keluar.

Terpulang la pada diri kita..ini adalah kepercayaan nenek moyang kita semata-mata.wallahualam..

Nak kata saya percaya, tidaklah..Cuma suka-suka aja!!..hehe

Saya menyusukan kedua-dua anak saya dengan menyusu badan sehingga 2 tahun setengah..

Pengalaman pertama saya mengandungkan Marissa tidak dapat saya lupakan kerana 2 kali saya admit ke dalam hospital kerana asma. Yang kali ke 2 adalah paling teruk sekali kerana saya admit hampir 2 minggu duduk dalam hospital..Saya  tak tahu nak gambarkan..setengah mati rasanya..memang suffer..

Pengalaman kedua pula, masa kandungan sudah mencecah 7 bulan dia dah songsang..dah bermacam-macam cara saya cuba untuk turunkan menjadi normal, but still balik songsang..Entah Marissa memang selesa kot duduk macam tuh.. hehe..

Sampailah tiba masa untuk melahirkan..dia still stay put macam tu juga…hmm saya bertawakal dan berdoa kepada dia, dan ex husband saya pada ketika itu memang dah bagi saya minum air selusuh pada malam sebelumnya..Petang tu saya dah merasakan contraction setiap setengah jam..Apalagi, kelam-kabut ex saya hantar saya ke Hospital Banting, but hospital tu tak boleh incharge if baby songsang, so kami di refer ke Hospital Ampuan Rahimah Klang..but keadaan menjadi sangat cemas kerana contraction setiap 5 minit then saya terpaksa  naik ambulan sebabnya nak jalan pintas untuk cepat sampai..Ex saya dan Adam datang kemudian..jadi merasa lah saya naik ambulan..tapi saya takkan lagi naik ambulan kerana sangat Horrible!! Nightmare!! Serius..itu last!!hehe..

Then bila sampai mengong!! betul nurse-nurse kat situ, dah la tengah sakit bukan kepalang lagi nak tanya soalan macam-macam..barula nak tunggu samada kena operate ker tak?? Kalau ada rezeki pergila Hospital swasta..hmmm

Nurse tu bagi saya ubat tahan sakit, tapi  saya bagitau dekat nurse tu saya dah tak tahan lagi, dengan keadaan yang mamai tu saya jus buat one push sahaja, kelam kabut nurse2 tuh, nasib baik kebetulan ada doctor cina yang hemsem lalu, kalau tidak..kesian Marissa..Inilah kuasa Allah SWT, saya tetap lahirkan Marissa Shoraya dalam keadaan songsang, saya rasa bersyukur kerana tangan dia straight apabila saya push dia..Doktor semua terperanjat sebabnya kaki dia keluar dulu..hehe BERSYUKUR..

Dengan sedikit air mata gembira , saya terdengar suara Marissa Shoraya menangis dan terus doctor bagi saya dakap dia.terharu betul saya. .Kuat betul suara dia..hehe..

Baru saya tahu bagaimana payahnya mak saya mengandungkan saya dan mengendong saya selama 9 bulan 10 hari.. Terima kasih mak!!

Terima Kasih Ya Allah sebab saya dikurniakan baby yg sangat comel seberat 2.5 kg sahaja.. saya bersyukur kerana Marissa Shoraya selamat dilahirkan…

Hingga sekarang Marissa Shoraya sudah pun mencecah umur 5 tahun..saya takkan lupakan saat-saat manis bersama dia..


IBU SAYANG ADIK SO SO MUCH!!! <3  FOREVER


Marissa 1 hari..

 



Marissa 2 minggu

 

Marissa varieties




From BFF with Love

~Oya Rahman~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

Saya tertarik dengan topik ini setelah saya menonton rancangan favourite saya iaitu WHI... Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya semua feedback komen-komen yang saya ambil di WHI fb..Majoriti semuanya memang tidak setuju sama sekali tinggal bersama mertua.. Bagi pendapat saya, saya rasa kita perlu duduk asing kerana nanti akan banyak mendatangkan masalah, even perkara yang remeh temeh pun akan menjadi isu...its not easy kerana saya pun mempunyai pengalaman selama 8thn tinggal bersama-sama mertua..sudah tentu ada suka dan duka ketika bersama mertua..Kadang-Kadang masalah bukan datang dari mertua tetapi datang dari pengaruh-pengaruh luar.. Mak abah saya pernah berpesan sebelum berkahwin..."biar duduk rumah pondok sekalipun, jangan tinggal serumah" dengan mertua...bukan apa, dah ada peribahasa "Jauh bau bunga, dekat bau tahi"..tapi rasanya lebih selesa tinggal berasingan supaya ada lebih kebebasan dan privasi bersama suami..nak buat apa2 pun sangat2...

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI

Aku dan Memori di Pulau Langkawi Part One ITTAR Batch 1997-1999 Lepas aje aku habis SPM, aku telah dihantar di kolej ITTAR Langkawi oleh parents aku..aku ambil jurusan Diploma Pengurusan Perhotelan selama 2 tahun..Oleh kerana ketika itu aku agak nakal-nakal manja, dan dapat keputusan SPM boleh la..cukup-cukup makan..heheh..Parents aku mengambil keputusan untuk hantar aku di Langkawi..Pada mulanya memang aku tak nak sangat2 pergi ke Pulau Langkawi tu..Sebab aku terfikir apa yang ada di pulau sekecil itu..Kompom boring giler kot..jauh disudut hati aku n aku memberontak dengan hatiku sendiri..berbelah bahagi..Tapi nak tak nak aku memang kena pergi belajar dekat sana..Aku ambil jurusan Pengurusan Perhotelan..Ala-ala Master Chef la kononnya..tapi dulu takda master chef kot..hahah..Parents aku ingat bila dia hantar aku di Langkawi , maybe aku tak terpengaruh dengan dunia luar..Tu yang dorang nekad hantar aku di sana..Aku bertolak awal dari rumah aku..Tak silap aku dalam pukul 1 ...

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )

Dear diary, Assalamualaikum to my blogger.. I feel so depress with people nowadays.. so attitude!! tak ada adab langsung.. A ku memang tujukan kepada Cik BEDAH ni yang memang perasan bagus, yang rasa kononnya diri dia kawan yang baik tahap WALI2..daaaa.. Tetiba plak nak hastag2 gitu lepas tu unfriend kat IG dengan FB dah ken apa? sebabnya kerana seseorang punya mulut? Ala a ctually Cik B EDAH FYI, aku memang ta k heran sangat p un sebenarnya .. SEJUJURNYA rasa tak RALAT pun kawan dengan Cik BEDA H ni, Cik BEDAH ni jenis b ukan main nampak aku salah l ah KONONnya dalam kes ni, tu yang ambik langkah B LOCK or UN FREN or WHATEVER . TETAPI sedar tak D IRI C ik BEDAH a ctually perangai mulut LASER da n cakap lepas awak seben ar-benarnya ba nyak bagi orang terasa ? Tak pernah jaga PERASAAN orang langsung. Awak ingat kawan-kawan yang KONONnya rapat tak terasa MULUT a wak t u? Mereka-mereka tu tak cakap sebab nak jaga hati kawan-kawan . S iapa nak nampak perangai di ri sendi ...