BFF-Penyakit Hati-

Bahaya Budaya Fitnah Dalam Hidup

Salam hari Wilayah kepada rakan blogger yang sedang bercuti..semoga cuti korang, diisi dengan kegiatan yang berfaedah..;)

Di sini BFF ingin berkongsi tentang penyakit yang ada dikalangan masyarakat melayu amnya iaitu “Penyakit Fitnah”…Kenapa fitnah??..kenapa mereka begitu??..Hanya segelintir masyarakat melayu pada hari ini, majoritinya memang suka bawak mulut, tidak kira di mana sahaja..Di Office, disekolah, didalam bas, dimana2 sahaja mereka berada, tidak mengira pangkat atau darjat, umur seseorang memang tidak terlepas dari melakukan fitnah ini..seolah-olah ia sudah menjadi trend pada masa kini..wallahualam..

*ia untuk peringatan diri saya jugak, kerana saya sendiri mengalami pengalaman hebat dalam fitnah ini semasa saya berumahtangga,..until now they still wont stop talking about me..dunno y..terasa macam saya ni artis la plakkan..;) tak tahu kenapa..dengki, irihati maybe..memang bahaya betul penyakit fitnah ini..kerana ia boleh merosakkan hubungan seseorang, dan akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada org yg difitnah..begitu juga dengan diri saya..saya tidak akan melupakankan sampai bila2 dan sangat sukar sekali saya memaafkan orang yang memfitnahkan saya itu..IT hurts me a lot!!!..it ruin my life..Cukup2lah tu!!!Bawa2 lah insaf!! 

Saya harap org itu akan kembali la bertaubat, jgn lah dok suka bwk mulut kesana kemari menjaja cerita orang..jahit dulu kain sendiri sebelum hendak jahit kain org..bagi dorg amat seronok menceritakan hal orang, wah duk sedap menambah perisa utk menyedapkan lagi cerita tu!! Dasat betul org sebegini , ini kerana dah memang rutin dorg..tak akan cukup lengkap hidup dorg, jika satu hari tak menceritakan hal orang..Im sick of tis people!!!..For me it’s a danger virus, lebih bahaya dari cancer kan..hehe..better larikkk jauh2 daripada join orang macam ini..:)
“#harsh..Critical..Provocative..Lies..Envy..Jealousy#”majorproblem..what else should it be?? Are’nt they crazy or what?? * ada aku kisah!!

So Bff pesan kepada orang yang suka fitnah org:

“scar are like memories, and tattoo..when u fall..when ur heartbreaks, and when ur best friend turns her back on u, it leaves a scar that can hurt every-time about it..when u think..It’s a memory that is stuck in ur head..It’s in the past..but it comes back n bites..it’s a tattoo because it’s a memory dat hurts, but doesn’t disappear..It never does, when u see it so vividly, u sometimes regret what led to the scar that is a memory that leaves an imprint in ur life’s history..”


SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.

Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)

Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.

Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
  • Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.

Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.

Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.

Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.

Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”

Last but not least..
So BFF nak berpesan kepada semua :

Always put yourself in the other’s  people shoes..if it hurts..it probably hurts the other too..so mind ur words kay!!..

If u have something to say to someone, jus go tell the person before they hear the remixed version from someone else..

Dan kepada yg kena fitnah pula:

No need for revenge, jus sit back n wait, those who hurts u, will eventually screw up themselves. and if are lucky, god will let u watch..
What comes around goes around kay..no worries..yang paling penting god knows!! So cheer up!!! ;)

From BFF with Love
~ Oya Rahman ~




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI