BFF - My PETUA

BFF Petua Kecantikan..
Assalamualaikum everyone  to my blogger friends..Aku sudah sekian lama tidak mengHUPDATE blog aku..huaaaaa...Kesian kat my bestie BFF ku…series pity her rite..lama tak refresh dia, tak tukar background baru, tak tukar music background,bagi my ikan2 makan..mesti dorg lapar kan..ni pun dah lama tak hupdate langsung dah masuk Tahun Baru, tahun 2013 pun,dah bulan June 2013 pun baru nak update blog ni…sian2..sabar ek my sayang my intan my payung, my bucuk BFF,  aku mesti hupdate new BFF blog utk mengelakkan my blogger friends boring plak nanti….eh perasan plak..ada  penggemar  ke blog aku ni?..ish2 perasan sungguh..hehe..pretend macam ada je..so today’s topic is PETUA KECANTIKAN..
Memandang kan blog aku ni mmg banyak aku share kan tip-tip kecantikan, harini aku jus nak share mengenai petua2 yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu..
Menurut kamus dewan, istilah "petua" boleh didefinisikan sebagai nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan.
Hmmm sapa yang tidak suka cantik..betul tak? Semua orang suka melihat benda2 yang cantik2 sahaja..itu sudah lumrah alam..ia tidak mengira usia, anak dara, budak kecil sehingga kan warga veteran..semua ingin kelihatan cantik mengikut faktor usia masing-masing.Sehingga kini kaum lelaki pun sudah pandai menjaga tata rias untuk kelihatan segak dan maskulin..Tapi cantik sahaja tidak mencukupi, ia merangkumi aspek kesihatan sekali..yang paling penting sekali ialah cantik dalaman dahulu, secara automatically ia akan terpancar dengan sendirinya..betul tak???ikut la petua apa sekali pun..tempeklah apa jua sekali pun..jika kita tidak mempunyai dalaman n hati yang baik..memang sia2 sahaja kita mengamalkannya..
Tiada perempuan yang tidak suka bila di puji cantik. Anak-anak dara diajar dari kecil untuk sentiasa menjaga penampilan dan tatatertib diri. Tapi dimana yang dikatakan cantik? Wajah? Tubuh Badan? Hati budi? ....orang ramai yang selalu runsing bila melihat si suami atau boyfriend kacak bergaya tetapi si isteri/girlfriend hanya nampak sederhana, tak cantik tapi manis. Mereka akan berkata padan ker pasangan tuh? mesti ada udang sebalik batu? ..tak cantik di mata orang ramai jadi dimana cantik nya 'yang si suami nampak? ....

Definasi kecantikan bukan hanya terletak pada paras muka tapi keperibadian dan tingkah laku. Kenapa mesti sampai melakukan pembedahan plastic dan menyuntik botox semata-mata ingin dikatakan cantik. Orang selalu mengejar untuk mendapat perhatian dari orang ramai sampai ada yang masuk bakul angkat sendiri. Sampai ada yang kata 'Siapa lagi nak puji kita selain diri sendiri' ...ermm percaya la masih ada yang akan memuji anda walau bagaimana pun wajah anda...tak percaya? cuba tanya pada mak anda cantik tak saya! dan anda pasti tahu jawapan nya. Itu adalah jawapan paling bererti dan ikhlas dari seorang ibu...betulkan
Sebenarnya cantik itu subjektif. Ada yang menganggap, cantik itu kemungkinan bila dia menyarungkan baju polos yang boleh menampakkan bentuk badan yang seksi. Ada juga mengatakan apabila seseorang itu memakai tudung litup dan berpurdah adalah wanita paling cantik didunia. Jadi apakah definisi cantik sebenarnya dari seluruh dunia termasuk Jepun, Burma, India, Iran, Brazil Dan Malaysia sendiri?

Jepun
Di Jepun, kulit itu adalah kunci dari kecantikan. Wanita di Jepun mempunyai kulit lembut & cantik tanpa bekas, terutama di wajah mereka. Hal ini disebabkan karena mereka suka mengkonsumsi makanan & minuman yang mengandung collagen. Di Jepun, collagen sangat mudah ditemukan di supermarket, bahkan sudah banyak restaurant yang menyediakan makanan yang mengandung collagen. Tujuan mereka mengkonsumsi collagen adalah agar kulit mereka tetap halus, kerana collagen adalah protein utama yang menyusun 75% kawasan kulit dan berfungsi memberikan kekuatan dan kehalusan pada kulit.
Oleh kerana itu, kulit yang sehat sangat dipengaruhi oleh kadar kolagen yang mencukupi. Rosaknya kolagen mahupun penurunan produksinya mengakibatkan timbulnya kedutan dan munculnya kulit tua.Kulit wanita di Jepun memang halus, tapi masih belum terasa lengkap tanpa rambut yang lurus, karena rambut lurus di Jepun juga dianggap cantik, dan kebanyakan rambut-rambut wanita Jepun itu memang lurus-lurus.
Kulit yang cantik dan rambut yang lurus memang cantik di Jepun, tapi tidak semuanya sependapat, kerana masing-masing wanita dari negara lainnya mempunyai kriterianya tersendiri. Di National Geographic channel’s show Taboo, ada erti kecantikan yang mungkin sangat ekstrim bagi kita semua.

Burma
Di Burma dan Thailand, anggota dari suku kayan memulai ritual kecantikan mereka dari waktu muda. Pada saat umur 5 tahun, mereka sudah memakai gelang berbentuk melingkar di sekitar lehernya. Gelang leher tersebut terus ditambahkan seiring dengan pertumbuhan mereka, dan hal tersebut membuat leher mereka semakin panjang seperti layaknya leher zirafah. Bagi mereka, leher yang panjang dengan gelang yang bersinar adalah tanda kedudukan dan keagungan mereka. Berat gelang leher tersebut bisa mencapai 22 pounds atau sekitar 10,5 kilo.

India
Wanita di India mencampur kunyit, limau, dan madu untuk disapu ke kulit mereka, pada hari-hari perayaan seperti pernikahan atau acara keluarga. Mereka selalu memakai perhiasan, dan baju yang berwarna terang serta tanda merah di dahi mereka pada saat-saat tertentu. Tanda merah di dahi mereka biasa disebut kumkum dan mereka berpikir hal tersebut membuat mereka semakin menarik.
Hampir di seluruh dunia tahu, bahawa wanita di India memiliki kulit & rambut yang indah, dan hal tersebut telah membantu para wanita di AS(Amerika) yang ingin memanjangkan rambut mereka dengan teknik cantum rambut. Apa hubungannya rambut indah di India dengan para wanita di AS? Sekitar 25% rambut palsu di AS didatangkan dari hasil pengorbanan wanita-wanita di India.Para wanita di India mengorbankan rambut mereka untuk upacara keagamaan Hindu, dan mereka percaya bahwa dewa mereka sangat suka rambut.
Kuil Hindu tersebut selalunya akan ada banyak rambut, dan untuk apa semua rambut tersebut? Sememangnya rambut tersebut mereka jual ke pasaran, dan mengaut keuntungan sebanyak 18 juta dollar per tahun (1 $ = Rp 10.340). Selain cara di atas, ada juga wanita yang dengan sengaja menjual rambutnya, dengan cara memotongnya sendiri atau mengumpulkan rambut-rambutnya yang telah gugur ke dalam tempat penyimpanan rambut.

Iran
Bagi wanita di Iran, kecantikan adalah memiliki hidung mancung yang mungil. Para wanita di Iran sangat suka dengan hidung mungil nan indah, kerana para wanita di Iran biasanya memakai pakaian yang menutupi tubuhnya dari hujung rambut hingga kaki, kecuali wajah. Tapi persoalannya ”Adakah semua orang memiliki hidung cantik & mungil?” jawabnya ”Tidak”.
Sesungguhnya kebanyakan wanita di Iran memiliki hidung yang besar, dan oleh kerana itu, mereka rela melakukan segala cara untuk memperbaiki hidung mereka. Biasanya mereka melakukan pembedahan untuk mempercantikkan hidung mereka, dan kerana itu, negara Iran menjadi negara dengan jumlah pembedahan hidung terbanyak di dunia. Ternyata selain untuk kecantikan, pembedahan mereka juga menentukan status atau kedudukan, dan biasanya mereka memakai plaster di hidung mereka sebagai tanda bahwa hidung mereka telah dibedah. Apa yang kelakarnya, banyak wanita di Iran yang memakai plester hidung walaupun mereka tidak melakukan pembedahan


Brazil
Brazil adalah negara pengamal pil diet terbesar di dunia, kerana para wanita di Brazil ingin mempunyai tubuh yang langsing. Selain memakan pill diet, para wanita brazil juga suka bersenam & melakukan pembedahan. Seperti juga wanita-wanita di Iran yang suka melakukan pembedahan hidung, wanita-wanita di Brazil juga sering melakukan pembedahan plastik. Pembedahan plastik di Brazil adalah pembedahan plastik terbanyak di dunia, sehinggakan banyak majalah di Brazil yang khusus membahaskan tentang pembedahan plastik. Pembedahan dan kecantikan memang sangat penting di Brazil dan yang peliknya, anda boleh melakukan pembedahan di Brazil dengan berhutang, Jadi anda tidak akan terkejut orang miskin juga bisa operasi di Brazil. Para wanita Brazil menghabiskan 3/4 gajinya hanya untuk perawatan kecantikan
Rahsia Kecantikan di Indonesia adalah langsing. Di Indonesia terdapat metod melangsingkan badan pasca hamil dengan memakai stagen. Stagen dililitkan di tubuh, untuk menekan perut dan pinggang yang besar setelah hamil. Memakai stagen membuat si pemakai sedikit merasa sakit, karena tekanan yang diberikan stagen cukup keras.

BFF Petua Kecantikan Semulajadi

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji tomato masak, lecek halus, kemudian pupurkan diseluruh muka. Biarkan ia mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 2/3 kali.

Menegangkan kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan dimuka dan menjadikan kulit kita segar.

Menyerikan wajah

Wanita yanng inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah nengamalkan amalan disetiap pagi Iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan disapukan air ke muka.Insyallah akan berserilah wajah anda

Rambut Cantik Menawan
Rambut dan wanita memang sukar dipisahkan. Sebab itu jugalah ramai yang menyatakan rambut itu umpama mahkota bagi seorang wanita. Ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit dan masa semata-mata untuk membelai dan memanjakan rambut mereka.
Jika kita seorang wanita adakah kita sanggup membiarkan rambut rosak dan tidak terurus? Pasti kita akan beras amat kecewa jika ia benar-benar terjadi bukan? Rambut amat penting bagi seseorang wanita kerana ia mampu mempengaruhi penampilan seseorang.
Menurut Olivia Lee, Pengurus Produk kecantikan L’oreal Paris, setiap individu mempunyai rambut yang berlainan jenis. Antaranya, rambut kering, berminyak, kusut dan mengerbang. Setiap wanita haruslah mengenali jenis rambut yang mereka miliki.
Secara asasnya, untuk mendapatkan rambut sihat seperti yang kebanyakan wanita idamkan, pengambilan makanan tambahan adalah amat disarankan oleh kebanyakkan pakar. Dengan kata lain, rambut juga memerlukan makanan untuk tumbuh dengan sihat. Untuk mendapatkan rambut sihat ia memerlukan:
Air
1/4 berat setiap helaian rambut mengandungi air. Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut anda. Selain dapat mengelak dari berlaku ‘dehidration’, meminum air secukupnya akan membuatkan rambut anda menjadi lembut dan berkilau.
Vitamin dan Mineral
Sumber vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, C, dan zat besi amat baik untuk rambut. Vitamin A akan menjaga kulit rambut. Vitamin B dan C berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan pertumbuhan rambut. Zat besi pula akan membawa oksigen yang secukupnya untuk rambut.
Protein
Protein akan membuatkan rambut  tumbuh dengan lebih cepat dan lebat. Selain itu, ia akan menjadikan rambut lebih kuat. Protein boleh didapati dari pelbagai sumber. Tetapi protein yang baik adalah dari sumber kacang soya yang organik. Pengambilan protein yang cukup dapat mengelakkan hujung rambut

BeFabulousForever
~By Oya rahman~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI