BFF - Kawan Makan Kawan ( Pengalaman Sendiri )

Assalamualaikum hi kepada semua pembaca bloggers aku.Just pretend ada orang singgah dekat blog aku ni
Kalau berdasarkan tajuk Utama BFF sudah pasti ia boleh mencerita serba sedikit tentang apa yang aku nak tulis pada hari ini..Memang benda ni agak lama aku nak kongsi kan sedikit pengalaman aku sendiri yang mengalaminya, memang nampak macam drama di TV, tapi ini adalah hakikat yang sebenar-benarnya yang terjadi kepada diri aku sendiri.


“ Jangan pernah tipu pada orang yang letak kepercayaan dia pada kau ..dan Jangan pernah percaya pada orang yang sering menipu kau”..

“ Jangan Bina perhubungan berlandaskan penipuan, kerana ia akan menyakitkan individu yang di tipu #fakta



 Kawan makan kawan??? Pernah tak jumpa spesis orang yang sanggup makan kawannya...Spesis KANIBAL bukan?? Ya la orang kanibal yang dekat Afrika tak pun orang asli, diorang makan manusia kan.. MENAKUTKAN..
Dalam Bahasa Inggeris kita panggil “Backstabber!!”..Mintak dijauhkan dengan manusia spesis sebegini.. Sangat baik dan berpura-pura untuk mendapatkan sesuatu.

Dalam zaman sekarang memang melambak ok..so guys hati-hati bila berkawan.Adakah istilah kawan makan kawan ini macam ikan makan ikan??? Tentunya tidak kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat seorang kawan terhadap kawan yang lain, especially kawan rapat yang boleh dikatakan tido sebantal, makan sepinggan. Kenapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri?? Tepuk dada tanya selera..



Hmmmmm…
Mesti benda ni, biasa jadi dekat diri kita kan??

This is normal.. Kadang-kadang tu we trust our friend 100020% but end up kita kena back stab.. So sad kalau benda ni terjadi..Kita pun tak tahu niat seseorang berkawan dengan kita, ikhlas ke tidak terletak  kepada hati masing-masing. Kita bukannya tukang tilik yang boleh baca hati orang. Kalau la we have that power, I think kita mesti tapis orang-orang yang hendak berkawan dengan kita kan..

Salah satu faktor utama ialah perasaan cemburu ataupun irihati.

Kalau berkaitan cinta dan perasaan biasanya berebut kekasih, buah hati kawan. Kalau dikalangan wanita biasa berebut teman lelaki kawan yang handsome, kacak bergaya dan kaya. Malah sanggup memfitnah kawan sendiri semata-mata nak dapatkan cinta teman lelaki kawan sendiri, begitu juga dengan kaum lelaki yang berebut wanita yang cantik bergaya dan berduit.

Faktor lain Suka buat pinjaman dan berhutang. Faktor ini mesti pernah terjadi dekat korang bukan?? Kawan-kawan suka buat pinjaman ataupun kita menjadi GERENTO terhadap kawan-kawan kita which is bagi pinjam nama kita untuk kepentingan kawan-kawan kita..which is bila fikir2 balik. BODOH, BANGANG kita bagi pinjam nama or duit kita kepada kawan-kawan yg jahat yang tidak mengenang budi ni untuk kepentingan or sesak diorang!! Contoh pinjaman untuk beli kereta, beli rumah, nak buat modal perniagaan, nak kawin, nak belajar and bermacam-macam alasan untuk kita meminjam.

Kalau tak layak atau nama kena blacklist untuk buat pinjaman dekat bank, buat pinjaman dekat along, kawan2, sedara mara. Bila dah pinjam dan SEDAR DIRI yang diri tu BERHUTANG or GUNA NAMA ORANG, takpe juga, ini ada yang dahla berHUTANG, lepas tu TAK SEDAR DIRI yang dia menggunakan NAMA ORANG tersebut untuk jadi GERENTO dia untuk langsai hutang yang dia ada, ada yang berhutang lepas tu tak sedar diri dan tak nak bayar balik pun ada. Memang perangai serupa LAHANAT!! Ini salah satu contoh aku dapat orang yang pinjam duit kawan dia, tetapi tak nak bayar, lepas tu berbahasa sangat2 KESAT dengan kawan yang pernah bagi dia pinjam duit. Hanya kerana hutang sanggup seorang kawan lelaki memaki hamun kawannya dengan kata-kata yang sangat kesat!!





Namun di dalam perbualan message di atas .."memang aku tak pernah plan nak bayar pun

Betapa sakitnya hati membaca ayat seperti itu. Adalah malang sekali memiliki kawan seperti ini. Lebih-lebih lagi kawan yang kita anggap macam adik beradik kita.
Ini Ayat yang dikeluarkan oleh kawan aku tu 

“wei aku bukan pinjam duit ko pun”, aku pinjam duit bank!!”

so apa perasaan korang bila kawan anda mengeluarkan ayat sebegitu???  Tidak sedarkan diri sebelum ni memujuk merayu bagai untuk tolong dia?? Pergi bank sana sini??? Nama yang DIA gunakan tu nama siapa???? Kalau tak guna nama budak bodoh lurus bendul ni tolong DIA lunaskan hutang-hutang DIA yang melambak tu??? Dengan hutang along nya???? Nak life style macam org kaya..KONONNYA.. Ya allah sumpah menyesal aku tolong DIA!! Parents dan adik beradik aku memang mengamuk dengan DIA ni!!. Sebab DIA mempergunakan aku yang tidak pernah ada loan sebelum ni.

AKU pun ada pengalaman seperti di atas dan ayat dia atas adalah salah satu ayat yang dikeluarkan oleh kawan aku. nanti aku share kan cara dia berkomunikasi dengan aku..Sangat2 menyakitkan hati dengan Bahasa yang sangat2 KESAT!!! It HURT me a lot!! Memang aku tidak akan lupa apa yang dia buat dekat aku!! Senang bagi orang untuk cakap come on isha MOVE ON!! Hello tak kena batang hidung sendiri boleh la senang cakap kan. Suruh jadi insan PEMAAF. Minta maaf Aku bukan MALAIKAT or NABI nak maafkan orang begitu sahaja. It takes time..seriously.. tidak akan lupa perbuatan dia, wording dia yang sangat2 kesat!! Masa susah bukan main pujuk rayu bagai, cakap kaula kawan dunia akhirat!!..tolonglaaa!!





Walhal dikala berdepan dengan kesusahan, bukan main manis mulut berbicara meminta pertolongan dari kawan sendiri. Pelbagai janji manis ditaburkan untuk meyakinkan si kawan.

INI JANJI-JANJI MANIS DARI KAWAN AKU SETELAH DAPAT PINJAMAN
(AKU JADI GERENTO)

nanti kita bila kita dapat duit loan tu nnti, kita bagila upah sikit dari hasil duit loan tu nanti tau”.

(bila gaduh, duit upah tu , SIBITCHY ni boleh plak mintak balik????) jenis kawan apakah ini??
SIBITCHY ni mengeluarkan ayat seperti dibawah semasa kami bergaduh mulut dekat office:

Aku: “menyesal aku tolong ko ….”

SIBITCHY:  weiii..ko jangan nak perasan ..hello aku bukan pinjam duit ko pun..aku pinjam duit bank..bukan aku tak bayar pun bulan2kan..”
Aku:  aku senyap malas nak layan ..( dalam hati ya allah ko manusia tak kenang dek untung, kalau aku tak jadi gerento ko..loan tu tak lulus kan..aku bagi NAMA aku untuk LOAN ko kan!!..manusia tak kenang budi!! Kawan jenis apa ni?? Memang aku takde duit sebanyak tu..tapi disebabkan gaji aku yang kecik ni la sedikit sebanyak menolong DIA lunaskan sedikit hutang RUMAH DIA kan??? Dapat dalam RM6000.00. DIA boleh keluarkan ayat macam tu??? Manusia jenis apa DIA ni??? Ikut DIA pergi macam-macam bank. Last-last AEON Credit yang dapat. So apa yang aku pernah tolong DIA BERBALOI?? Memang benar DIA every month bayar, but perangai DIA and bahasa DIA memang tak patut!! N sangat2 mean!!

Dulu bukan main memujuk merayu bagai untuk tolong DIA..dah dapat duit tu..hmmmm #@^**%% gaji DIA banyak tapi tak pernah yang cukup..PERNAH TAK TANYA DEKAT DIRI SENDIRI KENAPA?? Sebab DIA banyak buat orang!!

“masa loan tu dah lulus..wah bukan main cakap dengan lemah lembut ayat manis keluar dari mulut SIDIA ni..”Terima kasih banyak awak..terharu kita..awaklah kawan kita dunia akhirat’!! ..masa berbaik dulu sedap la telinga mendengar..bila terkenangkan balik dengan kata-kata kesat yang makan dalam ni..HHHHuekkk ptuihhhh kahak hijau rasa nak ludah kat muka dia!!!.. series..orang tak kena batang hidung sendiri boleh la cakap macam-macam..

Perception orang terhadap aku, negative..but its ok..orang memang tak nampak true colors dia..but GOD knows her very well!!

Senang orang berkata-kata..maybe dorang tu MALAIKAT..

But for me..its too much!! Sebelum2 ni pun dia pernah berbahasa kesat..but still bertahan dengan mulut “JELABAS” dia..

 'NO WONDER DIA TAK ADA BFF’ in her life!! 

PENERANGAN BAHASA2 KESAT!!


SOALAN: APAKAH YANG PALING TAJAM DEKAT DUNIA INI?? 

JAWAPAN: Mata Pedang?? absolutely salah!!  Jawapan sebetulnya adalah  MULUT!!!

sebab satu perkataan yang negatif  yang keluar dari mulut engkau boleh menikam beribu-ribu kalidekat hati orang WAIMA  dengan perkataan "BODOH" sekalipun, tapi sekarang bodoh tu dah menjadi macam kata kerja. Apatah lagi "BABI", "PUKIMAK", "SIAL", "PANTAT".. Aku akan huraikan satu-satu..

BABI..

Sejenis binatang berkaki pendek dan berhidung besar. Babi adalah binatang haram dimakan  malah dipegang oleh umat islam bukan?? Kira macam babi ni hina lah dari pandangan orang..Then engkau panggil dia "BABI"??? Engkau rasa apa dia rasa????!!

PUKIMAK / PANTAT..

Pukimak is bawah perempuan..kalau engkau nak tau la..ke engkau tak tahu??? tak malu sebut sendiri punya..terjerit2??.. 

SIAL.. 

ermmm rasanya korang boleh google..maknanya teruk bukan?? kau rasa kau nak duduk diam?? bila perkataan2 begini dilemparkan oleh kawan korang sendiri??? so korang fikir2kan la!!!
 

Dalam umur aku 38 tahun this year, this is my first time ever gaduh dengan manusia yang ‘KANIBAL, MULUT JAHAT, MANUSIA YANG TAK SEDAR DIRI, MANUSIA HIPOKRIT


dan seangkatan dengannya”.. Remember ya..”what goes around comes around” K.A.R.M.A.!!

Ini bukan istilah dendam or whatever, but ni soal manusia yang tak sedar dek untung..hutang DIA keliling dunia..aku dah tolong DIA..tapi DIA balas dengan tahi dengan bahasa2 kesat yang tak sedar diri!!!berlagak macam anak orang KAYA..nak ikut gaya orang..tak mampu buat cara tak mampu tak perlu nak act macam bagus2 walhal hutang keliling pinggan..tak UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI.. betul2 tak faham orang lifestyle macam ni..sanggup berhutang pinjam sana sini and then tak hargai orang yang pernah tolong DIA, waima aku tolong tak seberapa sangat, but aku tolong DIA bagi pinjam nama AKU as a GERENTO untuk DIA lepaskan sesak DIA bukan?? Boleh plak DIA sound aku dengan perkataan maki hamun yang sangat2 kesat.

HURT ME DAMN MUCH!! Aku masih tergiang-ngiang until now aku memang tak akan lupa setiap perkataan yang keluar yang DIA tulis hantar dekat message dan email!!

Benda ni terjadi berlanjutan disebabkan kes tak ajak dia keluar makan?? Rasa macam kelakar bukan?? Perangai macam kindergarden. Ada saksi ketika kejadian lepas makan tu dia tetiba meroyan dekat kawan aku and whatsaap kawan aku tu..and ungkit macam2..bila kawan aku tu tanya soalan yang aku pun pernah tolong dia jugak lagila guna nama aku?? Tu yang buat dia lagi meroyan..physco kan.. DIA sapa time lunch nak panggil DIA makan. Ingat Princess ke?? since that case tahun 2014 tu yang dia meroyan ungkit macam-macam sampai terjadinya pergaduhan kami yang sangat teruk di office aku pada tahun 2015 hinggakan suami aku datang berjumpa facing dengan dia.. pengalaman ni memang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila.

I dun care what people say about myself..tak kena senangla cakap..’setiap perkataan kesat yang dikeluarkan oleh seseorang boleh meninggalkan kesan sampai ke tulang hitam” so isha lepas ni beringat berhati-hati dalam memilih kawan!! #reminderformyself.

Tidak dinafikan orang melayu memang suka berbelanja melebihi pendapatan. Kadang-kadang kita tahu yang gaji dan pendapatan tak berapa nak besar, tapi disebabkan tarikan dan factor sekeliling seperti jiran, ahli keluarga, rakan sepejabat dan rakan-rakan lama mempunyai kehidupan yang lebih mewah, ada kereta besar, rumah besar, TV besar, sofa mewah, stroller baby Mac Laren, maka kita pun cuba bermewah juga kerana tak mahu ketinggalan, Nampak lekeh dan dipandang rendah oleh orang sekeliling.

Sebab nak hidup mewah tapi pendapatan tidak seberapa, sanggup berhutang keliling pinggang, dengan along peminjam wang untuk kelihatan mewah. Dengan itu maka berbalik kepada point satu buat pinjaman dengan mana2 bank or peminjam berlesen. So bila pendapatan habis untuk bayar loan sahaja,  maka berbalik kepada point 2, tiada wang untuk dibuat simpanan. Sebelum nak berbelanja, 

"UKUR DULU BAJU DI BADAN SENDIRI"



Pesan BFF kepada rakan bloggers berhati-hati dalam memilih kawan, silap pilih kawan ini lah jadinya. Rambut sama hitam hati lain-lain. So TEPUK DADA TANYA SELERA. Avoid at all cost!!
Always stay Fabulous Forever yea!!

BFFwithlove
Truly Madly Deeply
BeFabulousForever
~By Oya Rahman~
 
 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI