BFF - MANUSIA PILIH BULU
OOhhhh!! kak oya rasa weekends ni adalah hari yang sangat hectic bagi golongan mak-mak macam kak oya ni😂😂😂 ada banyak benda nak perlu settlekan kerja-kerja yang bertangguh contohnya lipat-melipat baju,kemas baju,mendobi, menghousekeeping apa yang patut hari weekends, itulah yang kak oya gunakan waktu sehabis baik. Macam kak oya orang yang buat bisnes online ni, waktu weekends la masa kak oya spend time dengan family.😍
Tajuk kak oya harini kak oya pilih adalah "MANUSIA PILIH BULU" bercakap tentang pilih bulu ni kan korang mesti ada rasa pengalaman yang sama macam kak oya rasa, pengalaman dengan orang yang "PILIH BULU" dalam berkawan.
hari ini nak cerita sikitlah luahan hati, kak oya bukanlah nak kecik hati ke apa, cuma this is my 2 cents of opinion. Kak oya cuma perati dari jauh, ramai sebenarnya yang jadikan FB personal sebagai tempat untuk kita buat bisnes online. Sebab,mudah tak pening kepala nak handle banyak benda macam dekat FB Page, group ke kan. Walaupun Kak oya ada juga FB Page tetapi tetap nak juga post di FB Personal. All in olne gituh! Walaupun ada risisko kena block la, kena delete akaun la,sebab si MARK ni memerhati je content kau tu dan sememangnya jealous sangat dengan kau.tu je. huhuhu sabor aje lah kan..
Sejujurnya lah kak oya sejenis manusia yang tak pernah pilih bulu dalam berkawan. Kak oya jenis kawan dengan sesiapa sahaja tak kisah orang tu siapa. Itu memang kak oya dari dulu,kini dan selamanya still sama.
Macam kak oya lah kan tak kira lah orang tu golongan ada-ada ke, famous ke, cantik ke tidak ke, golongan bawahan ke, cleaner ke sesiapa sahajalah you name it, memang kak oya berkawan memang tak suka create musuh sesama manusia. Tapi sejak umur 41 tahun ni lah kak oya perasan la dekat media socmed ni terutamanya lah manusia pilih bulu untuk like posting kau. sedihkan.
Nak-nakkawan-kawan yang kau kenal yang memang dalam friendlist kau. Kak oya plak jenis sesiapa sahaja friendlist yang lalu dekat notification kau tengah scroll-scroll tu memang jari kak oya ringan untuk like tanda kita support tak beli pun tak apa, just like pun kira ok dah.
Tetapi tida di media socmed kak oya amnya rata-rata yang like tu orang luar bukan rakan-rakan sekolah, rakan kolej, saudara dan sebagainya (bukan semua)
macam kak oya jenis memang like tak kira kau siapa, memang jenis ringan jari ni untuk like tau. kita like posting tu bukan niat apa-apa if (kawan lelaki) ni gtanda support. Kak oya peratilah zaman sekarang jika kau somebody famous sikit, akay sikit, bertitle sikit, kawan-kawan akan like posting kau (pilih bulu), if kau setakat suri rumah jual online , errrrrmmmm alahai kau siapa nak aku like, akan skip terus kau punya posting walhal rakan di FB kau ramai.
Reminder of myself jugalah, kak oya nak pesan kalau sesiapa sahaj rakan kita yang buat post niaga, walaupun kita tak rasa nak beli ke apa ke, apa salahnya LIKE post dia sebagai tanda support. Bukan kena keluar duit RM10 pun kan. Itu pun nak berkira-kira.. Kalau semua lah orang ada pemikiran nak sedekah LIKE dekat setiap posting niaga friendlist kita tu.. Insya Allah,post niaga kita pun akan sentiasa TRENDING. ( Bukan semua ).
Ini belum masuk lagi bab kawan-kawan rapat, sedara mara, adik beradik yang langsung ingore tak pernah langsung nak LIKE status niaga kita, walaupun kita post hari-hari lalu dekat wall dia. Dia malu ke ada kawan bisnes online macam kita? Dia malu ke ada sedara buat bisness online macam kita? Dia malu ke ada adik-beradik yang buat bisnes online macam kita? Hina ke orang bisnes online kecik-kecik macam kita ni?
Di pilih bulu ni kalau dirujuk kepada kamus dewan bahasa maksudnya dia lebih kurang pilih kasihlah. Dipilih pula maksudnya orang yang dipilih. Kak oya ucapkan ribuan tahniah buat mereka yang telah berjaya dipilih ni. SYABAS! TAHNIAH! korang memang bertuah.
Dan sangat malanglah buat mereka yang dah buat posting content menarik dan best-best dan pakai cantik-cantik tapi langsung tidak terpilihlah untuk di LIKE. Ibarat mereka ni tidak wujud dalam kalangan mereka. KESIAN kan..
Siapalah kita nak pangkah orang sana, pangkah orang sini. Kita tidak layak pun, sebab semuanya Allah yang pegang. Even kita nak makan apa pun Allah dah tahu.
Maka, kita jangan lah berkira nak LIKE page orang lain. Alahhh LIKE je pun bukan suruh beli pun. Kak oya jenis pantang notication LIKE page dan FB personal orang lain naik tak kira sesiapa pun naik, lajuuuu je kak oya LIKE tau. Nak buat orang happy tak semestinya beli barang dia. Just support dia je pun dah buat hati mereka bermunge-mungeeee rau, sebab tengok LIKE mereka bertambah!
Kita tak pernah pun paksa beli pun. Tak pernah pun nak sembang produk kita jual tu dekat dia setiap kali jumpa sebab kita tak nak dia fikir kita suruh dia beli. Tak ada pun tau. Kedekut sangat nak bagi LIKE. Mungkin harga LIKE dia beratus, beribu atau mungkin berjuta. Hmmmm tak apalah kak oya.. Kak oya??? kalau muncul dekat wall kak oya ,memang bagi LIKE 1x.. Kak oya tak boleh bagi LIKE 2x sebab nanti jadi UNLIKE balik....LOLhahahaaaaaa....
Wahai sahabat dan kenalan kak oya, jadilah pemurah LIKE untuk sahabat-sahabat kita yang sama-sama berNIAGA..
SPREAD THE LOVE!
LOT'S OF LOVE!
TrulyMadlyDeeply
BeFabulousForever
~by Oya Rahman~
Mmg byk org mcm nie....pilih bulu....pada org..."aku peduli apa"....😁😁
BalasPadamkan tahu takpe sigh
Padam