BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..

This is my first time baby step writing and involve in my blog (2011) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 32 years young this month!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BFF - MY PRECIOUS SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - My PRECIOUS DOTTER

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 9 Disember 2011

BFF-Jom Wayang-


Menonton Wayang - Twilight Saga : Breaking Dawn (PART 1) AWESOME !!


Cerita Twilight Saga Breaking Dawn Part 1 ala-ala cerita pontianak romantik tu..aku tak tahu lah nak bagi berapa bintang cerita tu..rasa-rasa dalam 5 bintang..so far so good..best jugak..AWESOME
ini merupakan lanjutan dari sekual sebelumnya, Eclipse dimana diceritakan rancangan perkahwinan Bella dan Edward. Percintaan mereka yang sangat mendalam sehingga Bella rela berkahwin dengan Edward yang juga pontianak. 
Menceritakan secara terperinci mengenai perkahwinan dan detik berbulan madu di sebuah pulau kecil bernama Isle Esme di persisiran Brazil. Dua minggu bersama Bella menyedari ada kelainan dalam dirinya. Dia mengandung. Dan yang menghairankan, kehamilan itu tidak seperti biasa. 
Dari sudut lain, Jacob yang kecewa dengan tindakan Bella akhirnya akur tetapi dia masih memberi perhatian yang mendalam terhadap Bella. Perkara ini tidak disenangi oleh kawan-kawan serigalanya dan menginginkan Jacob melupakan Bella. Apa yang berlaku pada Bella dan kandungannya............

Selasa  06.12.2011 jam 4.30 petang, Nampaknya aku antara kelompok orang yang paling lambat menyaksikan filem sekual ini. Oleh kerana lewat petang dan musim cuti sekolah, ada gak segelintir couple2 remaja yang sekali menonton. Tetapi tak seramai  semasa awal cerita ini keluar..Aku sengaja menonton cerita ini lambat kerana tahu kompom pada awalnya akan penuh panggung punya bagi sesiapa yg memang fanatic dan mengikuti cerita nya dari awal lagi. Aku adalah salah seorang peminat setia cerita twilight ni. Aku pergi dengan rakan baik aku yamin n emmi..Kita orang tengok muvee ni dekat The Curve Damansara..Seperti yang dijangka pasangan ini berkahwin juga akhirnya.. Jacob walaupun kecewa tetapi akur dengan keputusan Bella. Nampak macho betul mamat nie... Ya allah sangat-sangat teruja melihat jacob yang amat hemsem n macho giler tahap dewa... 
hahaha..and of course Edward pn sama gak hemsem..tapi tak leh lawan jacob punya hemsem..nak pengsan dlm panggung tgk 2 lelaki kacak tu..awww ~ HAHAHA..
Sesuatu yang tidak disangka juga, Edward dan Jacob berkawan. Setengah jam berlalu dengan cerita yang santai (dalam hati fikir apa pulak masalah diorang kali nie), aku dah mula bosan, Tetapi setelah scene Bella muntah, barulah filem ini memainkan peranan dan menganggu emosi penonton. Bagi aku cerita ini sangat2 menarik dan ada diselitkan perkara2 kelakar juga. sangat2 santai tetapi sangat mendalam.aku suka dan teruja melihat shoot2 pemandangan dlm muvee ni, lagi-lagi tmpt Bella dan Edward honeymoon..cantik gila.. Tapi watak Kristern Stewart, Robert Pattinson dan Taylor Lautner memang berkesan..part Bella nak bersalin tu cemas sikit. Tapi yang buat aku seronok masa part Jacobs keluar rumah pastu duk tanggal baju depan pintu..Aku tergamam sekejap, bukan sebab Jacobs tapi habis semua perempuan dalam wayang duk menjerit..kecuali aku, emmi n yamin, duk ketawa..ingat kan nak terjun kolam depan rumah, rupanya nak bertukar jadi wolf..lari masuk hutan, merajuk Bella dah nak kahwin..masa ayah Jacobs keluar rumah takda pulak orang nak jerit...T_T

Nampaknya ada scene dimana Bella berbogel (jangan harap nak dapat tengok)..... dan scene sayang menyayang, rasanya filem ini tidak sesuai dijadikan PG13 kut. Banyak scene yang dipotong hingga menganggu perjalanan di akhir cerita. FRUSTRATED betul..Tapi akur dengan undang-undang perfileman di Malaysia..Kalau diletakkan dalam kategori 18 mungkin lebih baik.
Bagus jugak cerita ni..boleh belajar sesuatu..sebab ada nilai-nilai kasih sayang dalam persahabatan dan kekeluargaan walaupun berlainan asal usul..just ambil yang positif..So, sesiapa yang suka kan cerita yang touching and loving boleh lah menonton cerita Breaking Dawn ni..memang sesuai..selamat menonton..(^_^) 
kerana ianya berbaloi.



Oh pengsan..tiba-tiba rasa nak kawin jgk...so sweet!!!..ahahaha :P

Rasa cemas adegan bella  dah dekat nak deliver
Bella kurus gila time tu..takut aku tgk

Aku dgr ramai org kata jalan cerita slow la tapi bg aku tak ada la slow mana pun..bagi aku Breaking Dawn AWESOME !tak sabar nak tunggu Part 2..woot woot ~ :D

** mungkin Breaking Dawn Part 2 akan lagi best kot sebab anak Bella dah keluar..harap-harap begitu lah.


Adegan-adegan romantic semasa on d way honeymoon




Wedding session..so touching, bella terasa nervous n dia sungguh cantik..wedding dress dia wallah superb lawa..!!! I like!!!


From BFF with Love
~ Oya Rahman ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan