BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..


This is my first time baby step writing and involve in my blog (2009) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 41 years young this years!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY HUBBY BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MYSELF BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS ELDER SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS SECOND DOTTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 3RD BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Sabtu, 31 Disember 2011

BFF-New Year-

Happy New Year for ME!!!!


* Say goodbye to year 2010 with lot of tears and welcome a brand new year 2011, with lot of expectations :)

Hey guys..
Im back..
Tinggal satu hari saja lagi kita akan menyambut tahun baru kan.. :D
Hingar bingar akan kedengaran di dalam beberapa jam saja lagi dari sekarang,..diluar sana sini, orang akan merayakan tahun baru dari tahun 2011 ke tahun 2012. Namun tidak bagi aku.. aku tetap diam sambut tahun baru dekat rumah aje,..maybe malam ni aku sudah tidur sekitar jam 11 malam kot memandangkan sekolah dah nak bukak beberapa hari lagi. :D..but its ok at least aku bertahun baru dengan anak2 aku dirumah…tgk bunga api kat rumah jer..;)Berat aku hendak meninggalkan tahun 2011..tapi apakan daya..ini bukan aku punya kuasa..takper apa2 azam tahun 2011 akan di carry forward ke tahun 2012..:)

Fenomena tahun baru memang menarik. Selain mengganti kalendar dari yang lama ke yang baru, Tahun baru merupakan tahun dimana semua aspek mesti dimulakan dari awal lagi..harus ada catitan apa yg perlu ditingkatkan or direnewkan..apa hajat yg tertangguh, harus dilaksanakan.. Seperti pembukuan perusahaan, pelaksanaan programming kerja, perencanaan kewangan,kebajikan anak2 dan lain-lainnya. Sehingga momen tahun baru akan dimanfaatkan untuk menjadi momentum yg lebih baik lagi..ini untuk memperbaiki diri aku sendiri..Insyallah..;)*peringatan untuk diriku..;)

 Apa makna tahun baru? Kenapa banyak orang bahkan sebahagian besar bergembira, bersuka ria dengan datangnya tahun baru? Apa yang membuat mereka begitu bahagianya dengan tibanya penggantian tahun baru? Tidak hanya di Malaysia bahkan di seluruh negara di dunia, semua nya akan meraikannya.

Azam aku kali ini:

 Aku ingin cuba belajar dari kegagalan, kekurangan dan kekeliruan di tahun 2011. Semua yang terjadi pada tahun sebelumnya harus aku jadikan pelajaran dan peringatan kepada diriku sendiri. Agar aku benar-benar  menghayati makna tahun baru ini dan memperbaiki serta menyempurnakan apa yang telah aku lakukan. Jika aku belum memahami apa makna tahun baru, jika apa yang terjadi di tahun 2011 masih terjadi juga di tahun 2012 ini, jika aku masih tetap tak berubah, maka tidak ada gunanya aku meraikannya. So I have to promise with myself...GO DOUBLE!!! keep it up!!!

Masa terus berjalan dengan begitu pantas dan berubah dan tidak ada sesuatu yang tidak berubah kecuali perubahan itu datangnya dari diri kita sendiri.  Am I rite?? Correct me if im wrong..Perubahan itu terjadi dengan sendirinya kerana dimakan usia seperti umur suatu benda yang lama kelamaan terus berubah tanpa harus ada campur tangan manusia. Namun perubahan tingkahlaku manusia memerlukan ikhtiar , usaha  atau nawaitu aku sendiri, termasuk aku kena tahu apa makna tahun baru or aku kena tahu apa azam aku kali ni..aku kini berada dipenghujung tahun 2011 yang telah mencatat pelbagai kisah suka duka, pahit manis dalam diari kehidupan aku. Aku tak akan pernah menyesal untuk melaluinya..kalau aku ikut jalan yang betul..insyallah..tak akan sesat..dunia dan akhirat..tis is my destini..dah memang tertulis diruang mahfus..takdir..so aku kena juga laluinya tanpa perlu ada perasaan mengeluh.. Sedangkan Nabi Muhammad SAW yg MAKSUM pun ada dugaan dari Allah SWT..ini kan kita manusia kerdil biasa..Peralihan hari, bulan dan tahun meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri aku samada memberi perubahan positif dengan bertambahnya bekalan akhirat atau meninggalkan kesan negatif yg ada didalam diriku..kena buang darah kotor di bawah jantungku...manusia mmg tidak terlepas dari melakukan kesalahan, setiap detik  setiap saat..nesti ada..i want to improve it..Insyallah..;)

SMS ucapan tahun baru 2012 banyak aku terima baik di HP mahupun di FB aku...
Sudah menjadi tradisi masyarakat kita seperti halnya saat menjelang hari raya untuk saling berkirim sms ucapan sebagai bentuk perhatian kita terhadap sahabat atau saudara. Begitu pula saat menyambut datangnya tahun baru 2012 nanti, sudah tentu kita akan sibuk mencari sms ucapan tahun baru 2012 di internet..hehehe..;)

YEAR 2011 will start with
Love, Peace,& with end the year in Happiness..Insyallah..:)


Im dedicated tis to all mf bff fren, kazen, family, my lovely kids.;) I happy to have all of u by my side..love u all so damn much!!! mmmuahhh

* HAPPY NEW YEAR
Receive my simple gift of LOVE
Wrapped with SINCERITY
Tied with CARE &
Sealed with BLESSINGS
2 Keep u HAPPY & SAFE all the life long.


* Nights are Dark but Days are Light,
Wish your Life will always be Bright.
So my Dear don’t get Fear
Coz, God Gift us a “BRAND NEW YEAR”.
“HAPPY NEW YEAR”


From BFF with Love
~ Oya Rahman ~

Selasa, 27 Disember 2011

BFF-Friends-

"Never look back...
Never regret...
Never remember
the people you've met.
Never begin...
And never end...
Never say never
when it comes to your friends!"




26th Dec 2011
Monday 2.00pm
Hang out with my lovely birthday gurl marini mahmood..


What I know about friendship is

"Sometimes people come into your life and you know right away that they are meant to be there; they serve some sort of purpose, teach you a lesson, or help you figure out who you are."

"True friends are the people who brighten your smile everytime your with them"

Hye guys, im just wanna share im having a gud time with my BFF fren!!! Ever!!!..My beloved emmi, besday gurl reen n her fren yazid n also my fav fren charming sirah!!!..heheh.. u guys are rock!!!..love u all so damn much!!!..
Dalam kul 2.00pm reen fetch aku kat rumah emmi..then we all shoot g Subang Parade n jumpa yazid kat sana..we all teman reen shopping for her besday gift from someone..hehe..we all tolong pilihkan baju untuk dia..memang ikut jer kan kehendak dia..coz besday gurl kan arini..;)..all her wish come true lor..;)


After cuci mata n shooping... Aku n emmi lapar tahap dewa..so we decide to having our lunch dekat Kenny Rogers..lama gakla kitaorg lepak sambil snap2 picture untuk kenangan manis besday gurl..:)
Then after dat sirah join kitaorang…we go jalan2 kat dalam subang parade..Dah lama gak kitaorang tak g..jln2 cuci mata..;)
Dah boring, kitaorg keluar coz nak hantar emmi balik ,dia keje malam, so hantar dia balik..kesian kat dia kan takut penat..so aku plak rushing nak tengok episode kemuncak tentang dhia..minggu ni adalah minggu last episode ..so aku taknak miss kot!!!


So before end up the besday gurl..kitaorang macam lapar la plak..so we having a tea time at mamak dekat pelita shah alam..:)


Aku sudah semestinya makan roti pisang!!! dah lama tak pekena roti pisang..hmmm nyum2..sedap siuuttt with my fav teh tarik nipis, sirah plak makan roti telur bawang garing..pergghhhh terliur siuttt..;) n besday gurl makan roti kosong plus maggie goring..tapi meal reen kita org share2 sbbnya dia bukannya habis pun…yg sipulan emmi tu tak nak makan plak coz dah kenyang makan tadi..huhu..tapi dia ada gak la, rasa2 makanan kitaorg..;) 


Actually our plan is nak tido dekat Pan Pacific Hotel KL..malam tu cadang2nya kitaorang nak g cucuk bintang di langit tempat kawan sirah..hehe..mmg laa bercadang nak berjimba la malam tu kan..dah siap standby baju dah..huhuhu..plan baik punya…but reen tak tahu mana dia letak voucher tu..miss place la plakkan!!..huhu..then kitaorang cancel la plan kitaorg..sgt2 sedeh..nak buat camner kan dah takder rezeki..maybe kitaorg plan baik punyer tahun depan..n nak g bercuti dalam masa terdekat ni..insyallah kalau ada rezeki…maybe nak g tido hard rock Penang..just rancang jer dulu..kumpul duit..hehe…but today kitaorg dapat keluar sekali lagi…itu pun dah cukup terbaik n bermakna untuk kitaorg..walaupun sederhana but happy sgt2 dapat keluar arini..spend together2 gossip2 bla2..it normal our agenda..;)


Before raikan besday reen kitaorg dah pun spend g karok dekat Red Box Sungai Wang!!...masa tu just reen, sirah, gigie n me jer yg follow…it was last minute planning…emmi tak dapat ikut, coz we all ingat dia keje dat time..dia merajuk gakla dat time..sentap kejap..but it was a temporary punyer sentap…lepas aku datang tido umah dia dua hari..dia dah ok dah..dia mmg suka sentap2 manja gitu..heheh..sayang emmi…mmmuahhhh :)



So to my beloved fren tengku marini tengku mahmood..i wish u a heppy besday to u!! may god bless u always, semoga u dapat jodoh dikalangan orang2 yang baik2  yang tak mainkan perasaan u, yang boleh jaga u, yang sayang kat u seikhlas2nya…oya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk reen!! Insyallah!!!..oya sayang sgt2 dekat reen..semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila2..n sentiasa jujur didalam persahabatan kita ek..;) love u all guys damn much!!!.."You'll always be my best friends, you know too much!!







From BFF with Love
~ Oya Rahman ~

Khamis, 22 Disember 2011

BFF-Booth at FINAS-











FINAS: Pengenalan 
(*ihsan dari finas)
Sejarah Penubuhan

Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan kerajaan pada 26 Julai 1980 untuk merangka cara-cara bagi memajukan perusahaan filem Malaysia. Hasil daripada salah satu cadangannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (atau FINAS), telah ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981 (Akta 244). FINAS mula beroperasi di alamat No. 7 Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur mulai 1 November 1981 dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. FINAS kemudiannya beroperasi di alamat No. 198 Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, pada 19 Disember 1988. Mulai tarikh 27 Disember 2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif

Menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia.
Visi

Peneraju Utama dan Pemangkin Kemajuan Industri Perfileman Malaysia Bertaraf Dunia Berlandaskan Gagasan 1 Malaysia.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan, kemudahan, galakan dan sokongan yang cekap serta berkesan;
  • Membentuk persekitaran yang kondusif, progresif dan berdaya saing;
  • Melahirkan penggiat yang berilmu, kreatif dan berkemahiran;
  • Memupuk budaya menonton filem Malaysia (Cintai Filem Malaysia);
  • Mempromosikan filem Malaysia ke persada dunia; dan
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat destinasi perfileman

GALVANIC SPA BOOTH
Finas
(Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)
Khamis 22/12/2011
9.00 am-5.00 pm

Hey BFF fren!!..Last thursday..aku tido dekat rumah nija di Bukit Antarabangsa Ampang.., coz tomorrow morning ada booth nuskin (Galvanic Spa) dekat Finas Ampang..Booth kat situ kena bayar rm50 satu hari..Booth kitaorg start dalam kul 9.00 pagi till 5.00pm…but we ends up a bit late coz we've got closed one..hehe..thanks to hee ling for her help!!..tujuan nija bukak booth kat finaz hanya untuk mendapatkan contact referral..Dalam bulan May 2011 pun kitaorang pernah buat booth kat finas..last few month, sambutan not bad..coz masa tu ada shooting Raja Lawak kat situ, so a bit bz la..but tis month Dec 2011…so far so good ada gak contact yg kitaorang dapat.. tapi tak sehebat masa bulan may tu ramai gak la artis yg kitaorg jumpa antaranya Dato’ Ac mizal n her lovely wife Datin Emylia rosnaida, Kavitha Kaur, Dato tak ingat lak nama dia (pengarah pontianak harum sundal malam)’ Aishah Atan, Dato Yusuf Haslam, Nabil raja lawak n ramai lagi la..but bulan Dec ni just jumpa Awal Ashaari aje, kebetulan dia tgh makan di kantin, so nija tak berkesempatan untuk ambil gambar ngan dia..
Antara service yang kita orang buat dat day:


1.    Age Loc Galvanic Spa
2.    Hand Spa
3.    Hand Reflexology
4.    Head and shoulder massage
5.    contact for new IBO ( Independent Business Owner)



  

our nuskin product ;)



my closed fren who is active in nuskin..nija..;)




sementara set-up small booth sempat lagi snap pic ;)





snap2 di entrance finas





From BFF with Love
~ Oya Rahman ~

Rabu, 21 Disember 2011

BFF-Balik Kampung-

Bota Kanan, Perak.


13/12/2011 Selasa
Aku bertolak dari Bangsar dalam pukul 9 pagi. . hurayyyyy yeaayyyyy..balik kampung sempena cuti sekolah!!!! Aku memang dah janji nak bawak dorg balik kampung jumpa onyang dorg..especially marissa, rindu sangat dia dekat onyang boy n onyang girl (*panggilan anakku dekat atuk opah ku) Kita orang singgah breakfast di restoran jejantas Sungai Buloh..Mak aku kata ada nasi lemak sedap berharga rm1.20..Not bad la nasi lemak dia..aku balik kampung  bersama anak-anakku n mak aku, sempena cuti sekolah ni..Marissa sebelum cuti sekolah haritu dia dah bising merengek2 nak balik rindukan onyang dia, especially onyang girl dia..Dia cakap “adik rindukan onyang girl, adik geramkan kulit onyang yang lembik tuh…tabiat anakku pantang apabila setiap kali jumpa jer onyang dia, kompom dia akan gentel2 kulit onyang yang kendur tu esp. di bahagian leher..heheh..opah atuk tunggu kepulangan kita orang!!!..rindu nak mandi kat perigi!!! :)

Aku tiba di Perak dalam pukul satu lebih..tapi kitaorang tak pergi ke kampung atuk aku, sebaliknya kita orang singgah ke Lumut terlebih dahulu untuk bawa budak2 mandi laut..Setelah tiba di Lumut, mak aku hendak membeli makanan ringan yg famous, selalu org akan beli apabila singgah di lumut iaitu, sate ikan, sotong gula untuk adik-beradikku..mak aku memborong sakan sebabnya boleh tahan murah gakla, 5 packet besar sotong gula RM10, n tak lupa juga mak aku membeli ikan bilis kat situ..cantik betul ikan bilis kat situ n ada pelbagai jenis ikan bilis kat situ..harga boleh tahan gakla..takla murah sangat..so n so la..after memborong sate2 tadi, kita orang lunch dekat area jeti lumut tu..   
Cuaca ketika tu sungguh panas terik sekali..After lunch kita orang terus g Teluk Batik,..pada mulanya aku memang bgtau kat mak aku, yang kita just jalan2 je kat tepi pantai, memandangkan cuaca sungguh panas ketika tu…just imagine time tu pukul 3 petang, matahari memang tengah terik..awan pun mmg tak ada langsung.. Tapi plan tukar sebab mak aku kata bila marissa nampak saja air laut depan mata, dia dah tak tentu arah..siap buat trick lagi..hehe..
Pada mulanya marissa bgtau kat mak aku dia cuma nak masukkan kan kaki aje..then dia g kat mak aku n tanya” opaaahhhh boleh tak adik duduk kat pasir aje opah, adik janji adik tak mandi…mak aku tgk aje akal dia..then dia datang balik..n dia cakap” opaaaaahhh seluar adik dah basah laaa, opaaah bagi adik mandi jerlaaa…bolehhhhh??”..then bila mak aku bagi aje “green lite”…fuuhhh terus masuk dalam air laut tu tanpa toleh2 belakang...Mak aku bukannya tak kasi…

Cuma matahari tengah terik..kalau tak mmg bagi mandi pun…memang dah janji ngan dorg pun..mak aku kata biar ajelah..sekali sekala pun g laut…habis kulit marissa n adam sunburn..nak djadikan cerita..sebelum tu aku n adam tak nak turun kereta sbbnya panas..aku jenuhla menunggu mak aku dalam kereta lama sangat, aku terus ke tempat mak aku..mula2 adam cakap tak nak mandi, aku pun mmg tak nak bg dorg mandi coz cuaca tengah panas..tapi bila sampai aje kat pantai tu,  dia dok tengok adik dia tengah mandi….uishhh terus tukar fikiran…adam rasa macam nak mandi je ibu!!!..bolehhh laaahhhh ibuuuuu adam nak mandi…kenapa adik boleh?? Adam janji adam mandi kejap je…hmmm nak tak nak aku bagi jerla..dah alang2 mmg kulit dia pun dah mmg sunburn, lepas balik dari mandi kolam air panas di Sungai Kelah, Sungkai Perak minggu lepas..abis kulit aku pun sunburn gak..dah la lepas balik mandi kolam air panas last week..nak recover balik..lambat..huhu..takperla kan..;)


 After 1 hour aku bagi dorang mandi…aku cakap mak aku jom la gerak g kampung, coz aku tak tahan panas sgt2..aku mmg tak minat mandi laut…aku minat mandi air terjun je..hehehe..kulit aku pun dah sunburn lepas g mandi aritu pun tak habis lagi…n recover balik dah lambat..sampai aje di kampung atukku lebih kurang pukul 5.30 ptg..Opah n atukku sangat2 gembira apabila dia jumpa cicitnya…marissa mmg rapat ngan opahku..opahku mmg menjaga anak aku masa aku start dalam pantang. Pada malam tu anak aku adam tiba menanyakan pasal berkhatan tu…



” Onyang kat sini ada tak tempat nak sunat??? Tapiiiii..Adam nak hospital punya, adam tak nak yang tak ada laser n bius..” kalau ada adam nak sunat kat sini boleh tak onyang??...laaaa atukku kata, memangla boleh adam nak sunat sini..besok nnti onyang tanya kat kawan onyang kat hospital kay..




Hari Kedua 
14/12/2011 Rabu,  11 pagi..
aku di kampung memang best..pagi2 lagi aku dah bangun almaklumlah kan atuk aku memang pantang kalau bangun2 lambat nih..”bak kata orang dulu2..”rezeki tak nak masuk”..pagi lagi lepas aja sarapan terus atukku bergegas ke hospital..sebab takut ramai kalau cuti sekolah ni..hospital tu tak jauh pun, dalam 10 minit dah sampai…Tanya punya tanya ada kekosongan dalam pukul 11 pagi… Mak, adam, marissa n atukku pergi ke Hospital Changkat Melintang Perak..Kat situla tempat anakku bersunat..tercapailah hasratnya bersunat dikampung…tapi aku tak ikut sebabnnya aku ngeri n takut nak tgk..takut pada darah…* base on cerita adam lepas dia balik sunat*..Tak sampai beberapa minit doctor pun datang..n adam dipanggil  masuk..Di dalam bilik sunat tu ada beberapa orang didalam bilik tu (doctor n pembantu) ..moyang aku ikut serta masuk ke bilik tu..Mak aku tak nak masuk, coz dia tak berani nak tengok.. Adam bgtau dekat aku, perasaan dia ketika itu sangat gementar dan takut..Mulanya doctor bius adam 2 kali….dia menjerit bagai nak gila, mak aku kata laa…sbb mmg dgr kuat suara dia..mak aku cuak kat luar, bila dengar suara dia…lepas aja bius tu, adam sunat mengambil masa beberapa minit aje..dia tak rasa apa2 pun disebabkan bius tu…tapi dia nampak obviously apa yg doctor buat dekat anu nya..hehe..n after beberapa minit dia keluar..mak aku gelakkan dekat adam, sbbnya lepas aje sunat tu,..wah3 bukan main lagi..dia jalan punya lah laju, macam tak ada bersunat..iya la mana taknya bius still ada lagi kan..mak aku bgtau dekat dia jgn jalan laju2, nnti bentan..Sampai je kat rumah 




atukku..aku mmg rasa cemas gak la tgk muka dia…tak sangka anakku dah jadi anak teruna dah..hehehe..cepat betul masa berlalu..;)
First time aku melihat anunya..ya allah rasa ngilunyaaaa tak terkata..sbbnya nampak anunya berjahit, n still ada darah kat situ..aku plak tak ada pengalaman langsung dalam bab2 bersunat ni..masa time marissa sunat dulu time baby lain..coz baby gurl lain sikit..tu yg aku cuak sikit kan..mujurlah atuk aku ada kan...merasa la aku pengalaman manis ni…tapi selepas a few hours bius tu dah hilang la…barula adam terasa berdenyut2 dekat anu dia..asyikla menjerit aje, bila aku nak lapkan darah yg meleleh tu…Hari pertama sunat…memang baring n memang tak boleh bergerak langsung…n jangan la kita dok pegang or tersentuh or betul2 kan kain dia..kompom menjerit punya…yang dia plak asyik la merengek2 terasa sakit..aku faham la, perasaan dia ketika itu, kerana aku pun pernah rasa benda yg sama ketika selepas melahirkan anak2 ku..so aku faham.. tapi yg aku tak boleh tahan kan bila bab makan..selera aje si adam ni, waima makan nasi putih ngan ikan goreng je, masa time pantang tu..;)




Faktor-faktor yang boleh n tak boleh buat semasa bersunat:

1.     tak boleh minum air terlalu banyak ( yg paling2 penting )
2.    tak boleh banyak bergerak
3.    kaki tak boleh bergoyang-goyang ( takut bentan)
4.    ibu jari tak boleh tersadung
5.    kena banyak rehat
6.    third day dah boleh mandi, basuhkan anunya dengan teh kelat, or dettol
7.    makan kena yang kering2 jgn berkuah sgt
8.     kicap, telur, udang  tak boleh makan



Hari ketiga..
Atukku buat kenduri doa selamat untuk adam..kenduri selepas solat isyak..atukku cuma panggil orang2 surau aja…menu of d kenduri jus a simple menu..* Bihun goring, pulut, rendang daging campur cendawan..perggghhh even simple..rendang yg mak aku buat memang sedap giler..*wajib ada,*BERETIH*..beretih ialah pisang diletakkan di tepi pinggan n kelapa parut di gaul bersama garam, campur bertih..mesti ada untuk orang Perak ketika kenduri doa selamat (sunat)..*buat syarat aje..aku tak sangka yang adam sudah menjadi anak teruna…bangga sungguh…tak lama lagi dah boleh kawin dah..hehe ;) im proud of u adam..love u so so much!!!




From BFF with Love
~ Oya Rahman ~

Selasa, 13 Disember 2011

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI

Aku dan Memori di Pulau Langkawi
Part One

ITTAR
Batch 1997-1999

Lepas aje aku habis SPM, aku telah dihantar di kolej ITTAR Langkawi oleh parents aku..aku ambil jurusan Diploma Pengurusan Perhotelan selama 2 tahun..Oleh kerana ketika itu aku agak nakal-nakal manja, dan dapat keputusan SPM boleh la..cukup-cukup makan..heheh..Parents aku mengambil keputusan untuk hantar aku di Langkawi..Pada mulanya memang aku tak nak sangat2 pergi ke Pulau Langkawi tu..Sebab aku terfikir apa yang ada di pulau sekecil itu..Kompom boring giler kot..jauh disudut hati aku n aku memberontak dengan hatiku sendiri..berbelah bahagi..Tapi nak tak nak aku memang kena pergi belajar dekat sana..Aku ambil jurusan Pengurusan Perhotelan..Ala-ala Master Chef la kononnya..tapi dulu takda master chef kot..hahah..Parents aku ingat bila dia hantar aku di Langkawi , maybe aku tak terpengaruh dengan dunia luar..Tu yang dorang nekad hantar aku di sana..Aku bertolak awal dari rumah aku..Tak silap aku dalam pukul 1 pagi kami dah bergerak dari rumah..Naik pening kepala otak aku, kerana perjalanannya yang agak lama membuatkan aku pening dan loya..Baru lah aku tahu rupanya nak pergi kesana kena naik bot laju dari Kuala Kedah..hehhe..aku tiba di jeti Kedah dalam pukul 6 pagi..then form there kena ambil bot untuk pergi ke jeti Pulau Langkawi..Kitaorang tiba di langkawi lebih kurang pukul 9 pagi..inilah pertama kali aku menjejaki di Pulau Langkawi..(di Dataran Helang ) aku terpegun seketika dengan pemandangan yang masih belum tercemar…hmmm actually not bad la Pulau Langkawi ni..aman, damai, tenang…memang sesuai sekali la utk belajar, bak kata abah aku..itu sebab dia hantar aku belajar di Langkawi..sbbnya dia kata taklah terpengaruh macam kat KL sana..aku belum lagi tau suasana sepenuhnya Pulau Langkawi ni. From there kitaorang naik van ala-ala teksi..time tu mahal gakla tambang dia dalam rm 20..just imagine…laaaa ni tak tahu la berapa tambang dia..kompom la triple mahal kot..sebab dorg tahu kita ni orang luar..coz bahasa n cara pakaian dorg dah tahu kitra ni orang luar..dari dataran helang nak ke padang Mat Sirat tempat aku punya kolej (ITTAR) kalau tak silap aku dalam 30 minute kot..sepanjang perjalanan tu aku tgk mmg cantik view jalan situ, berbukit2 n still byk pokok2 yang menghijau, sungguh nyaman sekali pemandangan disitu..Start from there aku sudah mula jatuh cinta dengan Pulau Langkawi..heheh..itu belum start masuk belajar di ITTAR langkawi..do stay tune kay..byk benda lagi akan aku share nnti..dengan siapa aku bercinta..hehhe






Part two..

Aku sampai ke Langkawi sehari awal pada tarikh yang sepatutnya pendaftaran kemasukan student2 baru ITTAR bagi batch 1997-1999. aku berkesempatan berjalan dengan parents aku dan di temani oleh sedara bapaku n adikku amy..kami berjalan di makam mahsuri,telaga tujuh, beras terbakar, tok senik,  dan macam2 lagi aku tak ingat.. Perasaan aku bercampur baur..gemuruh, excited, gembira menantikan pendaftaran pada keesokan paginya..aku kena sampai disana pukul 9 pagi..setelah selesai kami breakfast di padang matsirat, dari jauh sudah kelihatan kelibat Hotel Singgahsana…degup jantungku bertambah kencang..entah kenapa aku rasa macam nervous aja..heheh..aku takut sebabnya inilah kedua aku berjauhan dengan parents aku..tapi tak sejauh yg dulunya..dulu aku stay asrama di parit buntar..tapi sekarang over d sea..hehe..tu yang rasa sedih nak tinggalkan parents aku..nak2 lagi aku tak tahu menahu selok belok langsung tentang tempat ni kan..serta aku takut tak ada kawan..hehe ..so bila sampai aje di pintu gerbang ITTAR..aku terpegun sejenak la..sebabnya aku tengok suasana di kawasan ITTAR tu memang cantik dan bersih..not bad laa..then aku terus g daftar di pejabat ITTAR Langkawi, di ruang legar di sebelah kiri office tu..orang pertama yang aku terjumpa ketika itu ialah yamin, morita kalau tak silap aku laa…aku daftar dengan ada seorang kakak di situ aku tak berapa nak ingat nama dia..dia lah penjaga student2 perempuan.. masa tu aku dtg nak daftar aku pakai tudung, mak aku suruh aku pakai…padahal dlm perjalanan mmg aku tak pakai pun..mak aku saje je..aku tak nak sebenarnya pakai tudung lagi..aku cakap mana ada org pakai pun tudung kat situ..tak ramai pun..then lepas tu aku bgtau kat mak aku aku nak bukak tudung..then dia bagi..dia tak paksa pun..just imagine gambar kad matrik aku, aku pakai tudung..heheh..aku bukan apa la..aku belum ready lai nak pakai ketika tu..almaklumla darah muda…baru sweet 18..hehe..cheewahh..;)
After aku daftar je, aku ditunjukkan bilik aku…semua budak semester satu diletakkan bilik bahagian bawah sekali..almaklumlah juniour laaa katakan…bilik aku selang satu baris dari toilet..bagus gakla dekat sikit dgn toilet..nnti takyah laa rebut2 nak mandi…aku ingat lagi semester satu roommate aku ialah Linda, hazleen, maya n aku..ketika tu Linda kami panggil dia dalam bilik iaitu mummy n hazleen kitaorg panggil bibie..org pertama dlm bilik tu aku jumpa bibie..roommate aku mmg best n satu kepala..sayang kat korang!!!..linda,hazleen,n maya..maya dalam week kedua , baru dia masuk..dia masuk lambat…then lepas aje aku kemas2 baju n letakkan dkt dalam almari, aku hantar parents aku dekat gate..dorg dah nak balik…masa tu air mata ku mula lah nak berlinang..nak2 pulak aku mmg ratu air mata dlm adik-beradikku..sedih giler kott!! Dah la jauh..huhu..

Lepas aje parents aku balik..aku jalan2 di sekitar kolej aku tu dengan mummy n bibie..kebetulan waktu tu aku terlupa beli sabun basuh baju..terlanjur tu aku pergi membeli dynamo n kudap2 untuk makan supper mlm nnti di kedai yg dekat dengan sebelah singgah sana..aku lupa nama kedai tu…;)

Malam tu aku berkenalan la dengan budak2 perempuan sama batch aku..pergi la tinjau2 dari satu bilik ke satu bilik..tapi port kitaorg adalah bilik siti..Bilik dia tempat kitaorg punyer port untuk lepak…kadang2 malam tu takda keje, kita org buat disco kat bilik siti..bilik siti plak ada radio..aku plak mmg keras dlm bab2 menari..hehe.skrg dah tak keras dah!!!hahaha.siti yg ajar aku camner nak menari..klakar pun ada..keras giler badan aku siiiiuttt..bilik dia tempat kitaorg suka tido n lepak2, even though ada bilik sendiri..bilik dia gak tempat kitaorg cari..kadang2 bilik aku tu menjadi tempat persinggahan untuk salin baju..heheh..kitaorg lepak masak2, pakai cutex..aku mmg gemar plak pakai cutex..gossip2..hmmm mmg ngam la kan..start dari situ mula kita org rapat..
Budak2 perempuan yang paling rapat sekali ketika tu ialah edora, mummy, maya, siti..n kitaorg di gelar oleh seniour2 kumpulan
elite..hehhe..*kononnya laaa...

Sebelum bermula nya course or kelas, all students semester satu, batch aku la kan, kena orientasi dengan lecturer2..Pada waktu Subuh kami sudah dikejutkan dan di wajibkan berada dihadapan jalan asrama budak perempuan untuk berkumpul pada jam 6.30 pagi..masa tu aku terperanjat jugak la..coz ramai gak batch aku ni ek..dalam lingkungan 74, kalau tak silap aku la…perasaan aku ketika tu memang malu..sbbnya pe'el aku dari sekolah memang org nya agak pemalu gila vavi,..seriously!!..nak2 lagi dihadapan lelaki..heheh..kononnya laaa…sekarang tak la malu sgt macam dulu..hahah..dulu muda lagi sweet 18..tak tahu apa2..stil budak hingusan..heheh…
Kitaorang di ketuai oleh encik din, yang mengetuai kitaorang pagi tu..dia la yg memulakan acara senaman ringan..diiringi dengan lecturer2 lain..tak ingat plak nama dorg..minta maaf ..andai aku tak ingat..tapi yg paling close ngan aku ketika tu , tiada lagi kot..maya lambat lagi masuk..n kitaorg rapat after orientation..

Masa orientasi dengan lecturer..mmg banyak kenangan manis yang tak dapat aku lupakan….mmg byk..kitaorg dibawa meredahi lautan, tak silap pantai chenang kot..kitaorg g telaga tujuh..naik bukit, turun bukit..aku masa tu mmg tak rapat sgt ngan budak2 lelaki..coz aku malu giler time tuh..almaklumlah baru semester pertama kan..tapi aku ada gak la usha2 dorg kan..huhu..tapi aku ingat pesan mak aku,.. aku dtg sana hendak belajar…hehe..kononnya laa..
#to be continue..













































































































 


From BFF with Love
~ Oya Rahman ~