BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..


This is my first time baby step writing and involve in my blog (2009) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 41 years young this years!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY HUBBY BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MYSELF BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS ELDER SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS SECOND DOTTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 3RD BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Khamis, 30 Jun 2011

BFF-Love D Way u Are-

BFF berkata--> EVERYBODY IS BEAUTIFUL...

Tak kirala fizikal anda berbentuk pear, A shape,plump, chubby, obesiti, kurus, Atas besar bawah kecik, breast besar buttock kecik, breast kecik buttock plak besar..hmmm bermacam-macam ragam dan fe'el manusia yang tidak pernah  puas dengan diri mereka sendiri termasuklah juga diri saya...*sigh*.. Isu ini seringkali dikaitkan dengan wanita, perempuan isteri dan kaum hawa (gelaran)..Actually pada saya EVERYBODY IS BEAUTIFUL..BERSYUKUR dengan anugerah dan pemberian DIA..am i rite?? Correct me if im wrong kay..
Berasa tidak beruntung kepada bentuk fizikal kita , adalah tidak harus difikirkan sangat kerana perasaan ini akan menjadi seperti duri dalam daging..Kita harus jujur dengan diri kita sendiri, bahawa tidak ada satu apa pun yang sempurna di muka bumi ni..NOBODY PERFECT!! Jika ada diantara kita dilahirkan dengan kulit putih bersih, hidung mancung, bibir mekar dan menarik its a bonusla kan, tapi kita still lagi tidak puas hati pula dengan rambut kita yang kering dan tidak lebat, atau gigi kita yang sedikit panjang atau jari jemari kita yang pendek..
Begitulah adanya manusia selalu ada rasa kekurangan dalam dirinya, mungkinkah dari teguran atau gelaran rakan sejak dari kecil.?? Memang benar kerana teguran atau gelaran rakan sejak dari kecil lagi, seperti si gemuk, si kurus, si ketot, si gendut or si leher panjang membuatkan seseorang itu teringat-ingat akan gelaran yang diberikan dan kita akan berasa bahawa gelaran itu sebagai tembok pemisah antara dia dan kejayaanya.
Jika kita mengalami hal-hal yang demikian , yang boleh menyekatkan kejayaan kita, cubalah mengubah segalanya dengan kesungguhan, bukan dengan cara pembedahan plastik, tetapi dengan cara melupakan soal kekurangan anda. Janganlah jadikan kekurangan kita sebagai titian untuk melemahkan terus semangat kita. Gunakanlah kelebihan pada diri kita untuk menutup kekurangan fizikal kita..LEARN TO LOVE URSELF..Tonjolkanlah apa yang ada pada diri kita melalui ruang yang tersedia ada. Jangan kita asyik terlalu memikirkan kekurangan diri sehingga kita akan melemahkan semangat kita sendiri..

Sikap kita, cara kita mengeluarkan kata-kata, senyuman, body language kita, ketabahan dan kesabaran kita boleh menjadi alat untuk menarik perhatian orang-orang keliling anda..Allah Maha Adil..Setiap kejadian ada keistimewaan masing-masing.Beralih dari hal-hal yang negatif dalam diri kita kepada hal-hal yang positif..so Mindset kita kena sentiasa postif mode..

Jika kita sanggup menghargai diri kita, maka orang lain turut menghargai kita. So Mulai sekarang onwards , kita berlajar menghargai diri kita sendiri kay, jangan tunggu orang lain menghargai diri kita, jika peluang itu tidak tiba, kita akan menyesal seumur hidup..PERCAYALAH!!!..

"coz ur amazing jus d way u are'!! bak kata Bruno Mars!! love dat song!!..
BeFabulousOYAForever kay!!!

Disini saya tinggalkan lagu untuk u oll semua kay!! Song by Joey Mcintyre Stay the same..ENJOY!!

from BFF with Love
~Oya Rahman~

Rabu, 29 Jun 2011

BFF-Sikap-


CINTAILAH DIRI ANDA SEBELUM MENYINTAI DIRI ORANG LAIN


Topik yang sangat menarik BFF paparkan untuk para pembaca blog saya dan untuk diri saya juga..Bagi saya, tidak akan wujud di dunia ini, kerana cintanya kepada insan, kerana cinta Adam dan Hawa jugalah maka insan didunia ini berkembang biak..Tidak kenal maka tidak cinta!!hmmm itula pepatah yang seringkali kita guna kepada orang yang sedang dilamun cinta.., begitu  juga bila kita tidak berkenalan dengan seseorang maka kita tidak boleh menjamin persahabatan..Dari persahabatanlah timbulnya keakraban dan kasih sayang terutamanya jika yang kita kenal tu jantina yang berlainan jenis dengan diri kita, maka persahabatan tadi akan boleh menimbulkan perasaan CINTA..

Kadang-kadang kita terleka kerana cinta buta , cinta tidak kenal siapa diri kita sebenarnya maka kita begitu mudah untuk jatuh cinta..Cinta memang membawa seribu erti bagi mereka yang mengalaminya, kadang-kadang kerana cinta kita sanggup berbuat apa sahaja.Memang benar ada kata-kata tersurat yang mengatakan cinta itu adalah pengorbanan. Cinta  itu memang menuntut pengorbanan yang begitu besar. Tetapi kadang-kadang kita tidak sedar kerana cinta membuatkan seseorang itu lupa diri. Oleh itu kita harus meneliti diri sendiri sebelum menaruh rasa cinta kepada seseorang.

Disini saya ingin berkongsi satu kisah menarik dengan u all tentang isu "sikap"  yang boleh kita jadikan panduan untuk diri kita sendiri..

Kassim seorang pekerja kilang, telah jatuh hati kepada Maria anak seorang tauke minyak. Hubungan mereka telah berlangsung selama setahun. Maria begitu tertarik dengan sikap Kassim yang begitu lemah-lembut dan penyanyang. Walaupun telah mendapat tentangan dari ibu bapa, Maria tetap berdegil juga, dia masih tetap menyintai Kassim dan sering bertemu dengan Kassim.

Demi cinta Maria terhadap Kassim, dia sanggup berbuat apa sahaj. Larangan dan teguran dari ibu bapanya tidak pernah dihiraukan. Apa yang menyedihkan, Maria sanggup meyara hidup Kassim yang sentiasa kekurangan wang.

Cinta mereka semakin membara, mereka meyatakan hasrat untuk berkahwin, tetapi malangnya kehendak mereka telah ditentang keras oleh ibubapa Maria.Maria yang bersikap degil itu tetap dengan pendiriannya. Kerana menurutkan perasaan Maria rela mengikut kehendak Kassim untuk berkahwin lari. Mereka terus membentuk hidup baru, tanpa memikirkan masalah-masalah yang meninpa mereka.

Satu demi satu masalah timbul, dari masalah menyewa rumah hingga perbelanjaan bulanan yang selalu tidak mencukupi. Kerana masalah rumah tangga yang kian meruncing, maka timbullah perasaan ketidakpuasan hati Maria dan perasaan kesal mula bercambah dihatinya yang masih tidak tahan dengan cabaran hidup.

Mereka sering bertengkar kerana masalah ekonomi yang kian menekan. Maria mula terasa impiannya tidak seindah kenyataan, lantas dia mula terkenang akan ayah dan ibunya yang telah ditinggalkan demi menurutkan rasa cintanya yang tidak bertepi.

Seribu kali kesal pun mungkin sudah tidak ada gunanya lagi. Dia terus meniti hidup dengan penuh kekesalan dan rasa bersalah terhadap orang tuanya.Keadaan semakin meruncing bila kilang tempat kassim kerja telah tutup. Masalah mereka bertambah besar sehingga menimbulkan kekecohan lebih besar lagi. Kerana tidak tahan Maria kembali kerumah ibu dan ayahnya. Dia bernasib baik kerana ibu dan ayahnya masih sudi menerimanya.

Kisah diatas menunjukkan betapa besarnya akibat kerana menurutkan perasaan tanpa pertimbangan yang waras. Memang kadangkala apabila telah terjadi sesuatu kesilapan itu baru timbul rasa insaf dalam diri seseorang. Oleh itu mengenal diri dan menyintai diri sendiri terlebih dahulu adalah lebih penting daripada menyintai orang membuta tuli tanpa usul periksa lagi..

Dalam masalah ini setiap individu harus meneliti dirinya sebelum menerima cinta kasih seseorang, (jangan main tangkap muat aje ye), jika kita ada rasa bahawa apa yang kita lakukan itu benar mengapa ada orang yang tentang?? Dari sikap orang sekeliling kita akan mengerti apa yang kita lakukan itu tidak seharusnya terjadi. Kadang-kadang kerana dek runtunan perasaan kitalah, kita tidak pernah memikirkan siapa diri kita sebenarnya, maka kita terjerumus ke lembah cinta kasih yang tidak berpijak dibumi nyata..Oleh itu kita harus meneliti beberapa masalah, sebelum kita menjerumuskan diri ke lembah masalah yang lebih besar..Saya nasihatkan disini, sebelum kita hendak berkawan dengan seseorang dan niatnya akan berakhiri hingga ke jinjang pelamin, kita haruslah berfikir sebaiknya dan always get ready dari semua aspek seperti rohani,minda, fizikal, mental, duit.., sebabnya perkara ni its not game n gamble n berserah sahaja, kita nak berkawin bukannya sebulan dua tetapi kalau boleh biarlah sampai ke akhir hayat seperti orang dulu2...,especially kaum lelaki, kerana mereka perlu bersiap sedia dan get ready untuk menjadi seorang suami yang betul-betul berkualiti.Kerana peranan suami adalah sangat besar, ia merupakan umpama Nakhoda sesebuah kapal, bagaimana dia nak mencorakkan dan mengemudi kapal itu dengan jayanya dengan mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan melanda. 


from BFF with Love
~Oya Rahman~

BFF-Puasa-

Memandangkan bulan Puasa yakni bulan ramadahan akan muncul tidak lama lagi, disini saya jus nak sharing dengan u all tentang fadhilat2 besar di bulan ramadhan..saya memang tertunggu-tunggu kedatangan bulan ramadhan bulan yang mulia..Saya as a mother la paling sibuk sekali apabila tibanya bulan yang mulia ini, almaklumlah kena sentiasa fikir menu2 yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak saya...Bulan ramadhan la dapat mengajar saya menjadi lebih sabar..tapi bukan bermakna bulan2 lain saya tak sabar, tetapi bulan ramadhan ni adalah satu bulan yang istimewa kerana boleh membentuk akhlak dan sahsiah menjadi lebih baik..Insyallah.. 

 Definisi Puasa (Ramadhan 1427)

                  
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
                        Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

KELEBIHAN RAMADHAN 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
_______________________________

from BFF with Love
~Oya Rahman~
ثلاث، جوني 2008، 2011
2.00 ا.م

ايش..ايش..ايش...

سجق دوا منجق کبلاکڠن اين ا فيايل دوون ݢيلير..تق تاهو نق چاکڤ ماچم منار..هاڽ دي سهاج يڠ تاهو ايسي هاتي ساي...
ااااررررررررغههههه راس نق جريت سکوالکوات هاتي...

هاري ني ساي راس سديه ساڠت2، فروست!!! ليکي کرازي..بوت دوننو نق چاکڤ دڠن سياڤا..
د سيني اداله تمڤت ساي ملوهکن ايسي هاتي ساي سلاما اين ساي ڤندم...
تيدق ڤرلو لا ساي توليس دسيني، مڠاڤ اين دتال سبب اڤ ساي فروست ن سديه..
کناڤلا دنيا اين سوڠݢوه تيدق عاديل...کناڤ ڤرلو اد اورڠ يڠ تيدق ڤرنه هرݢاي ڤاسڠن يڠ اد دهادڤن مريک..تولوڠ لا فهم!!!..

يا الله تولوڠلا بريکن اکو کقواتن، اونتوق مڠهادڤي اڤ سهاج دوݢان دان اوجين اوليه مو..سسوڠݢوهڽ همبامو انسان يڠ کردل لاݢي لمه، منريما دڠن هاتي يڠ رضا..

کادڠ2 مأنسي ني ميمڠ تياد هاتي دان ڤراسان لڠسوڠ..سلفيسه..
ي؟..ي؟؟...يييييي؟؟؟؟؟؟... ساي ترفيکير جوݢ ده مالس نق جاݢ هاتي دان ڤراسان اورڠ لاين...بيتتر جاݢ هاتي دان ڤراسان سنديري....ساکيت هاتي تق هڠات...ا تينق ا بيتتر ليکي تيس فوريۏر کوت الون...جوس تينق مميسلفکيدس!!دتس الل!!!نيل..زيرو..فريدوم..تق ڤايه ڤنيڠ2..


from BFF with Love
~Oya Rahman~

Selasa, 28 Jun 2011

BFF-Hurt-

HURT

i thought u'd be d first guy to prove to me that not all guys are d same...
But really wat u have proven to me is dat they are really all d same..
Love can make u happy..
But often time makes u hurt...
But love is only special when u give it to who its worth..
Relationship are like glass...
Sometimes its better to leave them broken..
Then try to hurt yourself putting it back together..
There are tings dat we..
Dont want to happen BUT..
have to accept tings we dont want to know BUT have to learn...
and people we cant leave without BUT
have to let go..
Dun ever give up
if u still want to try..
Dont ever wipe ur tears..
If u still want to cry..
Dont ever settle for an answer..
If u still want to know...
and dont ever say ..
u dont love him..
if u can let him go...
u said u didnt want..
to see me get hurt...
so does dat mean u closed...
your eyes when i cried..
Often times we say goodbye..
to the person we love..
without wanting to..
though dat doesnt..
mean dat we've..
stopped loving them or..
we've stopped to care..
sometimes goodbye is a painful way
to say i love u..
because i never really..
had u at all..
i didn't tink it would hurt..
tis much to lose u..
the greatest distance on earth is not north and south,...
it is when i am right in front of u and you do not know dat i love u...
someday you'll cry for me, like i cried for u..
someday you'll miss me, like i missed u..
someday you'll need me, like i needed u..
someday you'll love me, but i wont love u..
moving on is simple...
is wat u leave behind
dat make its so difficult...
how do u heal a broken heart??
i have no idea where to start..
because everiting i do..
reminds me of u..
letting go isnt about giving up..
is about accepting dat there are tings dat cannot be ..
there are tings in life..
dat we never want to let go..
OF PEOPLE WE NEVER WANT TO LEAVE BEHIND..
but keep in mind..
dat letting go..
is not d end of the world..
its just a begining of new life..
getting over a painful experience..
is much like a crossing monkey bars..
u have to let go..
and some point in order to move forward..
dont hold too long..
to what's never meant..
sometimes we need to set tings free...
before it hurts us badly..
sometimes, not all we wanted is given to us like d ideal person to be with..
it may not turn out the way we expected..
but at the end..
you''ll see dat wat u have is better than wat u want..
dont try to understand everiting dat is happening..
sometimes it is not meant to be understood..
but rather to be accepted..
as there always said "EVERITING HAPPEN FOR A REASON"..
do u know wats hard about being strong??
is that...

NOBODY CARES TO ASK IF YOU ARE HURT!!!..
staying with someone even if u know u cant be together for a lot of reason is like staying under the rain..
it feels good, but you know its gonna make u sick!!!..
its not by doubting a person..
dat makes tings hurt u..BUT..
to find out ur doubt was true..
you dont have to rush for sometings..REMEMBER
if someting is really meant for u
even if somebody owns its now..
SOMEDAY, YOU'LL OWN DAT TOO..
what is hard in being alone is not sadness of fear..
but is the fact that a billions of people in the world..
no one dares to be with u..
the reason why it is hard to be happy is because..
we find it hard to let go og the tings dat makes us sad..
if love fail, set urself free..
let ur heart spread its wings and fly again..
remeber, u may find love and lose it but when it dies..
you never have to die wit it...
EVERYBODY DESERVES A TRUE LOVE...
you just have to wait, until the moment arrives..

 

from BFF with Love
~Oya Rahman~

BFF-Diary-

BFF DIARY
PART ONE..

Selasa, June 2008, 2011
2.00 a.m

aisha..aisha..aisha...

Sejak dua menjak kebelakangan ini i feel down giler..tak tahu nak cakap macam maner..Hanya DIA sahaja yang tahu isi hati saya...
aaaarrrrrrrrghhhhhh rasa nak jerit sekuat-kuat hati...

Hari ni saya rasa sedih sangat2, frust!!! like crazy..but dunno nak cakap dengan siapa..
di sini adalah tempat saya meluahkan isi hati saya selama ini saya pendam...
Tidak perlu la saya tulis disini, mengapa in detail sebab apa saya frust n sedih.. 
Kenapala dunia ini sungguh tidak adil...kenapa perlu ada orang yang tidak pernah hargai pasangan yang ada dihadapan mereka..Tolong la faham!!!..

Ya allah tolongla berikan aku kekuatan, untuk menghadapi apa sahaja dugaan dan ujian oleh mu..sesungguhnya hambamu insan yang kerdil lagi lemah, menerima dengan hati yang redha..

kadang2 manusia ni memang tiada hati dan perasaan langsung..SELFISH..
y?..y??...yyyyyy??????... saya terfikir juga dah malas nak jaga hati dan perasaan orang lain...Better jaga hati dan perasaan sendiri....sakit hati tak hengat...i tink i better like tis forever kot alone...jus tink memyselfkids!!dats all!!!NIL..ZERO..FREEDOM..tak payah pening2..

from BFF with Love
~Oya Rahman~

Isnin, 27 Jun 2011

BFF-Man Manual-


Bila cinta berpaling arah

Macam mana ni?? Kamu tergoda dek kecantikan seorang wanita dan hakikatnya kamu pun telah berpunya???

Mana satu pilihan kalbu??

Parah juga ya jikalau “mabuk bercinta”..Cinta dengan seseorang tapi dalam masa yang sama kau dah punya pasangan hidup serasi..hmmm macam mana ya??

 DUGAAN..

Untuk menidakkan perasaanmu yang ingin cuba nasib mulakan hubungan dengan wanita lain, segeralah katakana pada dirimu mungkin ini antara dugaan paling besar dalam diri anda yang perlu anda lalu...

 PENILAIAN

Senaraikan  dan nilai diri sendiri kelebihan dan kekurangan dua wanita yang mencuri hatimu..kenapa harus tinggalkan yang SEDIA ADA walhal dia serba sempurna dalam segala hal.. 
PANDANGAN ORANG LAIN
     Mungkin sukar buatmu menilai pasangan mu dan “orang baru”. Buka     untuk terima pandangan ikhlas orang sekelilingmu. Mereka adalah “mata keduamu” ketika kamu tidak dapat melihat ketika ini…

BERSYUKUR
Berlajarlah bersyukur dengan apa yang anda dapat didepan mata,dan nilai la kebaikan pasangan anda tanpa terburu-buru untuk mudah sangat terpikat kepada wanita lain..mungkin wanita yg anda terpikat adalah lagi worst daripada pasangan anda sekarang..so berhati-hati ya..


RESTU KELUARGA
Mungkin keluarga dah serasi dengan pasanganmu sekarang.Bagaimana pula dengan teman baru itu?? Banyak perkara perlu kamu fikirkan yang bakal merubah keadaan


BANDING

Jangan membandingkan wanita yang anda lihat cantik dengan pasangan anda sekarang..Anda mungkin tidak tahu, bahawa tidak semestinya yang indah itu berakhir dengan kebahagiaan..So nilai la dari segi hati seseorang itu..tidak guna berupa cantik tetapi perangai..hmmm kamu yang asyik makan hati!!!..

ORANG TAMAK SELALU RUGI

Apa?? Mahu kedua-duanya??Jangan terlampau ikut sangat perasaan dan pentingkan diri sendiri sehinggakan melukakan perasaan pihak lain..Nanti yang dipandang berkejaran yang dikendong berciciran… 
RENUNG-RENUNGKANLAH..
So disini BFF ingin berpesan kepada insan yang bernama LELAKI, hargailah pasangan anda dan terima lah pasangan anda seadanya, sebagaimana, GF kamu boleh terima kamu seadanya..Selalunyala BFF perhatikan golongan wanita selalunya akan terimalah seadanya pasangan masing2 sbg contoh:
Terima paras rupa lelaki
Terima fizikal
Tidak ada complaint
Terima peribadi lelaki
Terima kekurangan pasangan

Anda kaum adam. BFF mintalah hargai kay pasangan anda, jangan menyesal kelak dikemudian hari kerana orang yang anda sayangi tiada di depan mata..barulah teringat2 memori2 indah bersama pasangan anda..Sudah terlambat kay…

from BFF with Love
~Oya Rahman~

Khamis, 23 Jun 2011

BFF-Cool Art-

=One happy family=

from BFF with Love
~Oya Rahman~

BFF-Kamar Suami Isteri-TIPS

Saya jus nak sharing tips ini dengan blog fren saya yang dipetik dalam majalah muslimah keluaran OGOS 2007..saya tertarik dengan petikan dan tips-tips yg diberi..Tips ini juga saya jadikan panduan untuk diri saya juga..

Siti bukan nama sebenar, perasaan bahawa perhubungan dengan suaminya semakin hari semakin renggang..Kemesraan yang cuba ditonjolkan, terasa semakin janggal.Dia tahu semuanya hanya satu lakonan, saat yang paling menyeronokkan baginya ketika suami bertugas luar daerah, terasa dunia ini dia yang punya. Dia tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan penyayang.. Namun ketika bersama suami, dia merasa jiwanya tertekan. Hidupnay seperti robot, yang perjalanannya telah diprogramkan, malah dalam jiwanya kini, semakin berat untuk menamatkan perkahwinan yang telah masuk ke angka 16 itu..

Memendam perasaan!! Itulah masalah yang dihadapi oleh siti sehingga sampai ke peringkat, dia nekad, untuk meminta cerai daripada suami. Walhal dia sedar, suaminya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab, tetapi kalau bahagia mana ada isteri sanggup jika suaminya out-station..

 Masalah yang dihadapi oleh Siti ini bukanlah satu masalah
terpencil ia banyak berlaku dalam sesebuah perkahwinan. Kita dapat lihat pasangan suami isteri yang dikatakan
“loving couple”, tetapi tiba-tiba sahaja bercerai. Ada orang memilih untuk memendamkan perasaan tidak mahu menimbulakn suasana tegangdalam perhubungan suami isteri. Ini kerana pasagnan mereka bukan jenis yang mudah menerima pendapat orang, mudah berkecil hati atau seseoramg yang negative thinking..

Tetapi ada juga orang yang memiliki sifat semulajadi tidak pandai berterus terang. Mereka ini selalunya seorang yang gemar berkhayal, menyendiri dan pendiam.



Luahkan Perasaan Jangan PENDAM..

15 Tips Meluahkan Isi HATI..


1 Pilih waktu sesuai. Banyak pasangan, terutamanya pihak isteri yang gagal mengawal perasaan. Contonhya, sebaik saja suami sampai di rumah, dia terus bertanya atau menghamburkan kemarahannya. Atau lebih buruk lagi, terus saja menghubungi suami di pejabat. Tindakan begini bukan boleh membantu meyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan.

2 Sejukkan perasaan sendiri dahulu. Jika pasangan seorang yang mudah melenting, anda perlulah menyejukkan dahulu perasaan anda dahulu sebelum membuka kata. Ini kerana jika perasaan anda sendiri tidak mampu dikawal, bagaimana anda hendak mengawal dirinya.

3 Kawal nada suara dan patah perkataan. Kata-kata hendaklah dalam bentuk bertanya atau pernyataan, bukannya tuduhan.

4 Sebelum bersuara, urut pasangan secara manja dan romantis. Sambil itu, luahkan apa yang terbuku di hati sebaiknya dengan menggunakan kata-kata yang juga manja.

5  Bagus tapi.. Katakan pada si dia; “idea awak tu, memang bagus. Tapi saya rasa, idea saya ini pun baik juga. Apa kata kali ini, kita gunakan idea saya dulu. Kalau gagal, kita ambil idea awak sebagai plan B.

6 Cuba psiko dia dengan cara merajuk. Apabila dia bertanya mengapa anda merajuk, inilah masa untuk anda meluahkan isi hati. Kemudian katakana kepadanya, anda terasa diri anda seperti robot kerana selama ini terpaksa mengikut kata anda saja. Walaupun ini “taktik lama”, tetapi anda patut mencubanya.

7Jadi lebih optimistic.Jika anda sendiri ysng lrbih suka memendam perasaan, bermakna anda sebenarnya seorang yang ego. Anda tidak suka jika idea atau kata-kata anda tidak diterima.Di sebabkan itu, lebih baik anda memendamkan perasaan daripada kata-kata anda itu kelak tidak diterima. Dalam hal ini, andalah yang patut verubah agar lebih optimistik

8 Jangan berserah sahaja. Jangan sesekali meyerah kepada takdir dan mengharap agar pasangan faham apa yang anda rasakan. Ingat, walaupun bertahun-tahun tidur sebantal, tetapi mimpi berbeza!!!

9 Jelas dan terang. Mungkin cara penyampaian anda yang tidak menarik, menyebabkan si dia tidak pernah mempedulikan tentang perasaan anda. Bercakaplah dengan jelas dan terang, bukannya meleret-leret.

10 Ambil wuduk. Bagi yang sukar untuk meluahkan isi hati, langkah pertama yang diperlakukan ialah dengan mengambil wuduk. Tarik nafas panjang-panjang, perkataan pertama yang perlu diucapkan ialah “saya ingin mengatakan sesuatu..Tolonglah dengar.kalau awak marah, saya minta maaf, tapi..inilah suara hati saya”..

11 Cari orang tengah. Anak atau keluarga terdekat  boleh dijadikan orang tengah.Tetapi pastikan, mereka adalah orang paling rapat atau di hormati oleh pasangan.

12Tulislah!! Pelbagai cara telah anda lakukan, tetapi anda masih tidak mampu untuk melakukannya..Hubungi melalui telefon atau tulis pada sekeping kertas..



BFF-Tips untuk Wanita- LELAKI



BFFINILAHLELAKI

Berkata  tentang lelaki memang tidak berpenghujung..
Ada sahaja subjek menarik yang menjadi kupasan dan cakapan hangat umum terutama sekali WANITA..Ooopss..bercakap dan bicara memang seronok sekali bukan?? Seperti satu ketagihan apatah lagi jika kenalan baru seorang jejaka bujang banyak yang anda ingin tahu tentangnya, peribadinya dan apa sahaja subjek menarik tentang sidia..;)

Entah mana silapnya, tuturkata yang terucap tiba-tiba mengeruhkan suasana..Senyum ceria pudar meluntur, bicara hangat merancak dingin membeku..Suasana menjadi pegun dan kaku..(silent mood)..Selesai bertemu anda menjadi keliru..terdiam sendiri mencari jawapan dalam termanggu..Dalam hati berteka-teki..Apakah bicara dan tutur kata menyakitkan hati???..hmmm?? sehingga ghairah bicara sunyi dan mati…

Mungkin keghairahan anda berbual tanpa sedar memadamkan kobar dan nyalanya perasaan sijejaka untuk terus gembira disamping anda..Elakkan situasi serupa berulang kembali kerana BFF!! Berikan 10 perkara yang menjadi kesalahan paling besar tatkala bertemu dan berbual dengan jejaka anda!!!


Kepada semua teman-teman gadis pembaca BFF, jadikan tips ini sebahagian petua dan maklumat berguna dalam kita memelihara perhubungan bersama jejaka anda kay...



Jangan ceritakan tentang lelaki lain yang meminati anda dalam diam, apatah lagi jika lelaki tersebut adalam teman lama anda lebih-lebih lagi teman si dia..

Turut membenci ibunya. Cukup sekadar menyimpan perasaan itu didalam hati anda. Meski si dia yang membuka keburukan tentang ibunya sendiri, jangan sesekali menokok nambah, mengiyakan atau memberi sebarang reaksi seolah-olah anda berpihak kepadanya dan turut setuju dengan tingkah lakunya..

Jangan sesekali menceritakan kisah kecurangan yang pernah anda lakukan tanpa pengetahuannya. Perihal ini akan meruntuhkan kepercayaan kepada diri anda. Jangan sesekali mengungkit atau memanjangkan perihal kecurangan kepada anda. Nescaya si dia akan kembali mengulanginya semula..

Selaras dengan peningkatan usia, “keperkasaan” si dia tentu akan mengalami kemerosotan. Jangan sesekali membuat perbandingan kualiti dirinya di masa lalu atau lebih teruk lagi anda mula mempersoalkan prestasinya tidak lagi sekencang jejaka lebih muda belia..

Kisah sahabat atau teman-teman anda mencurangi pasangan antara perkara yang menjadi kesilapan yang besar untuk dibincangkan dengan lelaki. Tahukah anda bahawa anda bakal mencontohi perilaku tersebut lantas mula meragui kesetiaan anda?? Jangan salahkan si dia jika mula mengongkong atas dasar memelihara ikatan anda dengan si dia..

Jangan sesekali mematahkan semangatnya dalam bidang kerjaya. Jika si dia mula memperkatankan masalahnya dengan majikan, anda harus berpihak kepada si dia. Berikan sokongan moral dan cuba membantu dalam mencari jalan mencampuri urusan dan permasalahan tersebut dengan bersungguh. Cukuplah sekadar mendengar dan meluahkan pendapat.

Berpisah atau bercerai adalah perkataan yang paling anda harus hindari biarpun anda benar-benar saying mahukan si dia terus kekal bersama anda, buangkan dua perkataan berbisa ini daripada kamus hidup anda..

Jangan sesekali mencetuskan cabaran ego si dia dengan topic pendapatan anda yang lebih mewah berbanding si dia. Elakkan juga tercetusnya pertengkaran lantaran sikap tidak puas hati anda atas kekurangan kemampuan pasangan.

Keghairahan hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan teman lama atau teman baru yang Berjaya membuka pintu hati anda kepada subjek kehidupan yang baru. Jangan sesekali menceritakan perihal ini kepada pasangan anda. Berikan saja perkara itu berlaku dan nikmatinya denga syarat tidak melampaui batas atau tatasusila. Paling penting, anda merosakkan hubungan dengan pasangan hanya kerana mengejar keseronokan bersifat sementara.

Elakkan berkaitan dengan sikap dan perilaku lelaki sambil melonjakkan kualiti peribadi terbaik wanita dengan si dia. Perbincangan ini bukan saja membuatkan si dia merasa terhina, malah egonya juga tercabar dan tidak mustahil boleh mencetuskan kemarahan.



from BFF with Love
~Oya Rahman~

Rabu, 22 Jun 2011

BFF-Love-

I Love U, Saya Sayang Awak, Saranghaeyo, 
Wo Ai Nee…
(itulah perkataan acapkali kita dengar dari pasangan masing2 dengan apa jua bahasa yg digunakan tetapi maknanya kalau dtranslatekan tetap sama)

- CHENTA -
Cinta..cinta..cinta..
 

Cinta itu
Belum lagi cinta
Selagi belum
DI LAFAZKAN..

Apa yang saya tahu mengenai CINTA.. 
Cinta adalah universal.., kerana itulah saya pilih tema mengenai cinta didalam blog saya..Khususnya ditujukan untuk anda yang pernah mengalami rasa kecewa hingga menyebabkan sampai ke tahap FOBIA dan TAKUT untuk mencuba..

Cinta ada dimana-mana diruang dunia ini. Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira  dan sedih.          

Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya..

Bagi saya CINTA adalah suatu perasaan yang lengkap..Tanpa cinta manusia akan menjadi buta hatinya. Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau mungkin juga berkali-kali.. Terpulang;ah bagaimana kita menikmatinya dan mencorakkannya..yang paling penting sekali kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai..



Hmmm.....

Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi. Dalam konteks falsafah cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Cinta adalah satu perkataan yang mengandungi makna perasaan yang rumit. Semua orang boleh mengalaminya tanpa ada perasaan dipaksa-paksa..Perkataan cinta senang dilafazkan oleh setiap orang tetapi  keikhlasan hati adalah sukar ditafsirkan.. Sifat cinta dalam pengertian sekarang mungkin berbeza daripada  zaman dulu... Ungkapan cinta mungkin digunakan untuk meluahkan perasaan seperti berikut:
  • Perasaan terhadap keluarga
  • Perasaan terhadap kawan-kawan
  • Perasaan yang romantik atau juga disebut asmara
  • Perasaan yang hanya merupakan kemahuan, keinginan hawa nafsu atau cinta
  • Perasaan sesama atau juga disebut kasih sayang
  • Perasaan  terhadap dirinya sendiri
  • Perasaan terhadap negaranya
  • Perasaan terhadap bangsa 

Definisi CINTA Dalam Al Qur’an

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama iaitu menyukai, senang, menyayangi.


Imam Ibnu Qayyim mengatakan, "Tidak
ada batasan cinta yang lebih jelas
daripada kata cinta itu sendiri;
membatasinya justru hanya akan menambah
kabur dan kering maknanya. Maka ba-
tasan dan penjelasan cinta tersebut
tidak bisa dilukiskan hakikatnya
secara jelas, kecuali dengan kata
cinta itu sendiri.

Kebanyakan orang hanya memberikan penjelasan dalam hal sebab-musabab, konsekuensi, tanda-tanda, penguat-penguat dan buah dari cinta serta hukum-hukumnya. Maka batasan dan gambaran cinta yang mereka berikan berputar pada enam hal di atas walaupun masing-masing berbeda dalam pendefinisiannya, tergantung kepada pengetahuan,kedudukan, keadaan dan penguasaannya terhadap masalah ini.
(Madarijus-Salikin 3/11)




Beberapa definisi cinta:  

- Kecenderungan seluruh hati yang terus-menerus (kepada yang dicintai). 
- Kesediaan hati menerima segala keinginan orang yang dicintainya. 
- Kecenderungan sepenuh hati untuk lebih mengutamakan dia daripada diri dan   harta sendiri, seia sekata dengannya baik dengan sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, kemudian merasa bahawa cinta tersebut masih kurang. 
- Mengembaranya hati kerana mencari yang dicintai sementara lisan senantiasa menyebut-nyebut namanya. 
- Menyibukkan diri untuk mengenang yang dicintainya dan menghinakan diri kepadanya.

Di sini saya jus nak share satu story bertajuk "FOBIA CINTA" yg diambil dalam majalah keluaran EH! pada bulan Dis 2008 cover depan Farah A4..Harap2 u all semua dapat jadikan cerita ini sebagai satu pengalaman baru..
Saya tertarik dengan hasil penulisan ini, tu sebab saya nak share dengan pembaca blog saya..Bagi saya cerita dibawah ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan diri saya sendiri..Kadang-Kadang CINTA ini merumitkan..Saya rasa saya redha jikalau saya tidak ditemukan dengan cinta sejati....Kadang-kadang saya pun rasa fobia pada cinta..BARANGKALI????



 FOBIA CINTA





(*source taken from eh magazine)

Kita mulakan dengan satu soalan dengan jawapan yang berakhir dengan patah perkataan yang sedikit kasar dan tidak sedap didengari..
Mengapa aku fobia dengan cinta???
Cinta dengan sifat universalnya yang suci dan natural dengan mengambil si pelakunya bersifat keterbukaan terhadap pasangan, termasuklah tolak ansur, faham-memahami, percaya-mempercayai, dan yang paling penting sayang-menyayangi..Tidak ada norma-norma cemburu, cepat naik angin dan cepat panas baran-, kalau ada pun mungkin pada kadar neutral pH 7.0, sekadar drama kecil untuk mengeratkan lagi keintiman..

Cinta wujud pada paksi yang pelbagai. Ada yang percaya pada cinta pandang pertama. Ada yang percaya kerukunan yang akan berkembang selepas penyatuan dua jiwa. Juga ada yang percaya pada serendipiti melalui panahan cupid selepas melalui episod-episod normal yang secara kebetulan atau secara tiba-tiba membuahkan bibit-bibit perasaan dan lantas menghasilkan episod-episod baru yang abnormal. Sepanjang hidup aku, aku cuma merasa nikmat cinta hanya sekali..Maksud aku, cinta dengan satu individu asing dalam hidup aku-yang aku jumpa dan aku pilih dalam ramai-ramai kelompok manusia yang lain.
Label dan panggilan sebagai orang yang tamak dan haloba, kerana ini ialah satu kenyataan bahawa kisah cinta aku lahir daripada tiga dimensi yang sama yang aku sebutkan diatas.
Cinta pandang pertama, cinta serendipiti dan cinta yang perlahan-lahan berkembang padu hingga ke harini..Tiga elemen tersebut yang menghasilkan kisah cinta aku.Cuma bezanya, cinta pertama ini sangat tragis pengakhirannya..
Tragis kerana-daripada tahun 1988 hingga 2008, 10 tahun lamanya, Bermula dengan awal perkenalan, dan diikuti dengan siri-siri pertemuan sulit di Kompleks Sogo dan Taman Tasik Titiwangsa, dan kemudian diikuti dengan beberapa aksi cemas termasuk melarikan diri begitu sahaja sewaktu dalam percutian sebab merajuk disertai dengan aksi kejar-mengejar dan kemudian berbaik kembali dan lama kelamaan rasa cinta itu hambar dan tawar dan jalan terbaik ialah menjadi sepasang teman biasa..NOKTAH!!..
Sepuluh tahun untuk satu tempoh yang lama namun tidak membuahkan apa-apa hasil..Satu pelaburan yang sia-sia dan merugikan kalau mengikut bahasa korporat.
sejak dari itu aku agak fobia dengan cinta!!
Kerana aku takut pengakhirannya akan menjadi sama seperti kisah cinta pertama itu. Tidak terhasil apa-apa.Nil! zero!..
Bila aku sudah bertemu cinta, aku takut, aku rasa gila tapi aku rasa teruja juga..Serta sedikit rasa adrenalin yang memuncak. Yang selalu tergambar dalam imej-imej lima saat dikepalaku bahawa aku benar-benar sudah memilikinya.Yakin benar bahawa dia yang satu.. Yang akan kekal dalam hidup aku..sampai ke liang lahad mudah-mudahan..Hanya dia..DIA,.. DIA.. dan DIA. Yang perlu ditelefon selang lima minit, yang perlu diberitahu apa yang aku lakukan sehari-harian..Yang perlu diberitahu yang aku sudah atau belum makan, aku sedang sakit kepala, dan aku telah kentut barangkali juga..hehe
Mungkin sesetengah orang, itu adalah momen-momen indah..Momen-momen yang mesti dikecap dan dirasai sekurang-kurangnya ketika usia masih muda.Momen-momen yang boleh dikenang dengan asyik bila dah tua.Itupun, jika pengakhirannya berakhir dengan baik dan sempurna..
Tapi bagaimanapun jika pengakhirannya tidak seindah yang kamu draftkan?? yang kamu impi dan kamu fantasikan??
saat itu kamu rasa sakit hati..Marah..Bengang..Sia-sia, atau melalui pendekatan yang lebih diam dan intorvert...Bermurung...Tidak Bermaya... Sunyi... Gelap... Dan berakhir dengan tragedi yang lebih menyayat hati mungkin. Telan sepapan panadol?? Terjun bangunan 10 tingkat??
Jadi, aku mengambil satu pendekatan yang terbaik..Buat masa sekarang ini. Berhenti mengharap.. Ikut ritma dan rentak.. Penghalusi lagi jalinan dan ikatan sama ada ia bergerak secara biasa atau istimewa..Jika ia menampakkan ciri-ciri yang berlainan, perlahan-lahan kamu bajai dengan nilai-nilai yang menuju ke arah matlamat. Kenal hati-budi. dan yang penting, kawal perasaan..
Kawan-kawan aku kata, aku begitu selektif. Entah. Benar juga barangkali. aku bergerak secara perlahan. tidak menampakkan apa yang harus dinampakkan. Aku tidak gigih mencari. Tipu jika aku kata, hati aku tidak terdetik atau tercalit sedikit perasaan suka untuk dimiliki dan memiliki..Benar... Aku juga manusia biasa..Namun, aku cuba untuk mengawal perasaan itu..bagi aku, ia tidak perlu dikejar dan digali.. Sebabnya, dia akan datang sendiri, secara semulajadi..
Mungkin juga aku sudah idak percaya pada cinta..
Bagi aku cinta itu hanya sepatah perkataan..Tidak ada apa-apa makna.. Cinta itu hanya satu kelangsungan adat dan naluri.. Yang langsung tidak melibatkan cause  effect.. Yang tidak memerlukan metafor-metafor dan simbolik-simbolik indah..Yang tidak melibatkan analogi-analogi kalau aku menjadi malam, kau harus menjadi bintangku..ENTAHLAH LABU..
Sampai masa, aku akan rasa give-up..Aku meyerah bulat-bulat pada takdir.. Aku menjadi manuisa yang tidak punyai perasaan..Lantas berselubung di balik kain gebar merah jambu memikirkan jalan-jalan akhir yang dirasakan terbaik sebagai penyelesaian..Kemudian aku akan menyumpah seranah dan terus bingkas bangun mengambil koleksi-koleksi CD kompilasi lagu-lagu syahdu bertemakan cinta yang mebuai-buai indah penuh melankoli..
Selepas itu, aku akan pasang kuat-kuat dan menjerit sekuat hati.."Bodohnya perasaan ini"..
dan kemudian, aku akan diam..tarik nafas..renung dinding..Sebab dinding bilik aku, aku sudah tulis siap-siap bait-bait ayat aku kembali ke paras normal..Buat hati aku tenang.. 
"LOVE IS NOT ALWAYS A GREAT THING..LOVE IS NOT ALWAYS TWO BECOME ONE" 
Itu ayat magis aku.. Yang buat aku kembali semula menjadi manusia..
Mengapakah cinta tidak mempunyai formula e bersamaan dengan mc kuasa dua?? bodoh punya Einstein!!.. TAMAT


P/S:
Khusus untuk adik-beradik tersayang, mak abah tersayang, juga my precious kids Marissa dan Adam..Buat teman-teman yang sering memberi semangat dan untuk teman istimewa saya yang lama saya tk ketemu..Terima kasih kerana kasih sayang dan cinta anda semua kay..appreciate sangat2...


saya tinggalkan anda dengan lagu ini...ENJOY..

from BFF with Love
~Oya Rahman~