BFF-Man Manual-


Bila cinta berpaling arah

Macam mana ni?? Kamu tergoda dek kecantikan seorang wanita dan hakikatnya kamu pun telah berpunya???

Mana satu pilihan kalbu??

Parah juga ya jikalau “mabuk bercinta”..Cinta dengan seseorang tapi dalam masa yang sama kau dah punya pasangan hidup serasi..hmmm macam mana ya??

 DUGAAN..

Untuk menidakkan perasaanmu yang ingin cuba nasib mulakan hubungan dengan wanita lain, segeralah katakana pada dirimu mungkin ini antara dugaan paling besar dalam diri anda yang perlu anda lalu...

 PENILAIAN

Senaraikan  dan nilai diri sendiri kelebihan dan kekurangan dua wanita yang mencuri hatimu..kenapa harus tinggalkan yang SEDIA ADA walhal dia serba sempurna dalam segala hal.. 
PANDANGAN ORANG LAIN
     Mungkin sukar buatmu menilai pasangan mu dan “orang baru”. Buka     untuk terima pandangan ikhlas orang sekelilingmu. Mereka adalah “mata keduamu” ketika kamu tidak dapat melihat ketika ini…

BERSYUKUR
Berlajarlah bersyukur dengan apa yang anda dapat didepan mata,dan nilai la kebaikan pasangan anda tanpa terburu-buru untuk mudah sangat terpikat kepada wanita lain..mungkin wanita yg anda terpikat adalah lagi worst daripada pasangan anda sekarang..so berhati-hati ya..


RESTU KELUARGA
Mungkin keluarga dah serasi dengan pasanganmu sekarang.Bagaimana pula dengan teman baru itu?? Banyak perkara perlu kamu fikirkan yang bakal merubah keadaan


BANDING

Jangan membandingkan wanita yang anda lihat cantik dengan pasangan anda sekarang..Anda mungkin tidak tahu, bahawa tidak semestinya yang indah itu berakhir dengan kebahagiaan..So nilai la dari segi hati seseorang itu..tidak guna berupa cantik tetapi perangai..hmmm kamu yang asyik makan hati!!!..

ORANG TAMAK SELALU RUGI

Apa?? Mahu kedua-duanya??Jangan terlampau ikut sangat perasaan dan pentingkan diri sendiri sehinggakan melukakan perasaan pihak lain..Nanti yang dipandang berkejaran yang dikendong berciciran… 
RENUNG-RENUNGKANLAH..
So disini BFF ingin berpesan kepada insan yang bernama LELAKI, hargailah pasangan anda dan terima lah pasangan anda seadanya, sebagaimana, GF kamu boleh terima kamu seadanya..Selalunyala BFF perhatikan golongan wanita selalunya akan terimalah seadanya pasangan masing2 sbg contoh:
Terima paras rupa lelaki
Terima fizikal
Tidak ada complaint
Terima peribadi lelaki
Terima kekurangan pasangan

Anda kaum adam. BFF mintalah hargai kay pasangan anda, jangan menyesal kelak dikemudian hari kerana orang yang anda sayangi tiada di depan mata..barulah teringat2 memori2 indah bersama pasangan anda..Sudah terlambat kay…

from BFF with Love
~Oya Rahman~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

BFF - DEAR DIARY ( Part Three )

BFF-Sweet Memories- ITTAR LANGKAWI