BFF

Assalamualaikum warga blogger!!..


This is my first time baby step writing and involve in my blog (2009) called

“BEFABULOUSFOREVER”…

I love FASHION..

I love KIMORA Business..

I love BEAUTY and HEALTH Conscious..

I love WRITING..

I love ADVENTURE life..

And…

I love MEET new People!!

for me They are so FABULOUS!!!..

Full figured women can be FABULOUS and feel good about doing anything and everything to look FABULOUS and stay that way FOREVER..

Arrrrrghhhh!!!... im going 41 years young this years!! But never mind age truly is just a number. So mind set always

“BEFABULOUSFOREVER”..

BFF - ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY HUBBY BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MYSELF BIRTHDAY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS ELDER SON

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS SECOND DOTTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 3RD BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

BFF - MY PRECIOUS 4TH BABY

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Ahad, 27 November 2011

BFF-Harga Diri-

“Beyond a wholesome discipline. Be gentle with yourself. you are a child of the universe no less than the trees and a star. you have right to be here.”

Sayang pada diri sendiri 
 
Dalam keterbukaan hati aku dan  
aku tahu bahawa terdapat sebuah bilik di sana untuk diriku..
aku merawat diri aku sendiri dalam kasih sayang tanpa syarat..
aku sanggup untuk melihat keagungan aku sendiri, tanpa orang lain tahu..
aku amat bernilai dan penyayang..
Cinta aku adalah tanpa had..
aku tidak lagi menghakimi atau mengkritik diri aku sendiri...
aku bebas untuk mencintai siapa aku..
aku suka menjadi diri aku...
Salah satu bonus tentang menyayangi diri aku sendiri bahawa aku dapat merasakan yang satu tindakbalas yang baik keluar dari dalam diri aku..
aku percaya kepandaian yang aku ada didalam diri aku...
aku cukup baik..
aku suka dengan diri aku  sekarang...
aku mempunyai sikap unik peribadi aku sendiri..
hanya aku sendiri yamng tahu..
aku cantik.
aku melihat keindahan di dalam diri aku sendiri..
aku  berhak mempunyai hidup yang baik seperti orang lain..
aku disambungkan kepada semua kehidupan..
aku telah belajar mengasihi dan menerima diri aku sendiri sekarang..
aku mempunyai potensi yang tidak terhad..
Ia adalah selamat untuk aku melihat sedalam – dalamnya mengenai diri aku...
Jauh disudut itu jika aku merenung dan melihat lebih jauh ke dalam diri aku,
Semakin aku mengenal diri aku sendiri.Rupanya, aku akan mendapati bahawa betapa sangat indahnya khazanah  yang orang lain tidak tahu,  jauh di dalam diri aku..
Cintai dan kasih sayang diri aku sendiri dan berfikir positif, pemikiran matang, gembira adalah cara terpantas untuk mewujudkan kehidupan yang indah..
aku menerima semua bahagian diri aku sendiri...
aku sayang dengan ciptaan dan pemberian dari Nya..Sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada..(anggota Fizikal)
aku lihat ke dalam cermin dan berkata: “aku cinta dan menerima dengan tepat apa yang aku ada”.. 
aku sangat sempurna dengan apa yang aku ada..
Jadilah diri sendiri..”Terdapat sesuatu yang aku boleh lakukannya sendiri. "BETTER THAN ANY OTHER" Dengar dan ikut kata hati aku sendiri dan berani untuk melaksanakannya..Dan apabila aku menjadi diri aku sendiri, aku akan mendapat jawapan nya sendiri..aku akan tahu siapa aku sebenar dan apa yang aku inginkan di dalam kehidupan.Orang lain tidak akan boleh merubah sikap aku sendiri melainkan aku sendiri yang mengubahnya. Kejadian tidak akan berulang. Ia akan ada keajaiban yang aku tidak akan tahu, dan ia akan menjadi hak milik aku selamanya..

Love Life
Enjoy Life
Honor Life
And give thanks

Setiap org dalam hidup ini ada cerita yg tersendiri. Setiap kesilapan harus dimaafkan. Sentiasa memberi peluang kepada orang lain dan diri sendiri untuk memperbaiki diri. Jgn hanya nmpk kesilapan org lain tetapi tidak sedar kesilapan diri. Sentiasa cermin diri sendiri. Bukan semua org nampak pengorbanan yg kita lakukan. Dan jangan berharap setiap pengorbanan itu akan dihargai. Kerana kadangkala kita juga tak nampak pengorbanan yang orang lain lakukan buat kita. Sedarlah tidak semua yg kita impikan akan jadi milik kita. Redhalah dgn ketentuan takdir buat kita. Bukan senang menjadi insan yg baik dan disenangi. Tetapi sekurang2nya jadilah yg terbaik buat insan yg paling dekat dgn kita. Belajarlah erti sabar dan syukur. Itu mungkin akan menjadikan hidup ini lebih indah.
Moral Of the story, mulai dari hari ini, saat ini, tika ini, berlajarlah sayangi diri sendiri, hormatilah diri sendiri, barulah semua orang akan sayang n hormat kita..Peringatan untuk diri sendiri..
#siribercakapdenganhati#
From BFF with love
~ Oya Rahman ~

Sabtu, 26 November 2011

BFF-Tahun Hijrah-

MUHARAM
27 November 2011 bersamaan 1 Muharam 1433 Hijrah

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Syariat Islam menyatakan bahawa sistem kalendar Islam adalah berdasarkan kalendar Hijriyah. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang termaktub dalam surat at-Taubah ayat 36 yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. Firman Allah tersebut dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Bakrah yang bermaksud : Waktu telah kembali kepada keadaannya semula pada saat Allah s.w.t. menciptakan langit dan bumi. (Satu) tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. (Riwayat Bukhari). Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijriyah. Oleh itu, penggunaan Takwim Hijriyah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula sejak tahun ke 17 Hijriyah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini, diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang bermula pada tanggal 2 Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba pada tanggal 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Jika dihitungkan kembali, maka 1 Muharam bagi tahun pertama Hijriyah atau tarikh 1 Muharam 0001 didapati jatuh pada 16 Julai 622 Masihi iaitu pada hari Jumaat berdasarkan kiraan rukyah. Wajar disingkap untuk pengetahuan ramai bahawa sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab tidak mempunyai satu sistem kalendar yang tersendiri. Sebaliknya tahun-tahun bagi takwim mereka berasaskan sesuatu peristiwa penting yang berlaku seperti Tahun Gajah, Tahun Banjir di Mekah, Tahun Pembinaan Semula Kaabah dan sebagainya. Namun demikian, dari segi nama bulan dalam tahun Hijriyah, dunia Arab sudah mengenal nama-nama bulan seperti Muharam, Syawal, Safar dan sebagainya. Dengan kedatangan Islam, beberapa bulan telah dinyatakan di dalam kitab suci al-Quran sebagai bulan yang lebih mulia. Sistem perkiraan Takwim Hijriyah ini berdasarkan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Sementara itu, permulaan hari dalam Islam pula dikira dari masa terbenamnya matahari pada hari tersebut. Sistem Kalendar Islam yang mengandungi 12 bulan ini merupakan ketentuan Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya di atas. Dalam pada itu, sistem kalendar yang menambah bulan sehingga menjadi 13 bulan seperti yang berlaku pada kalendar kaum lain, diharamkan oleh Allah s.w.t., sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Sesungguhnya mengundurkan atau menambah bulan adalah tambahan dalam kekufuran. (At-Taubah ; 37) Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga menentukan bahawa umat Islam harus mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun, bukan berdasarkan peredaran matahari. Ini jelas daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa setiap bulan mengandungi sama ada 29 atau 30 hari. Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga bersabda bahawa umat Islam wajib memulakan ibadah puasa Ramadan apabila anak bulan kelihatan. Oleh kerana itu juga Umar al-Khattab mengasaskan kalendar Hijrah berdasarkan pergerakan bulan, bukan matahari. Jika diimbas kembali peristiwa hijrah Nabi s.a.w., ternyata bahawa hijrah yang dilakukan baginda amat besar ertinya di dalam sejarah perkembangan dakwah Islamiah. Ini kerana bertitik tolak dari tarikh tersebut, dakwah Islam mula menempuh zaman baru dan mula mencapai kejayaan yang gemilang. Jika sebelum hijrah, umat Islam merupakan golongan yang ditindas dan diseksa oleh kaum musyrikin di Mekah, akan tetapi selepas berhijrah ke Madinah, kaum Muslimin mempunyai kedudukan yang kuat dengan terbentuknya sebuah negara Islam yang menjadi asas kekuatan dan perkembangan Islam seterusnya. Oleh yang demikian, peristiwa hijrah perlu dikenang oleh umat Islam setiap tahun untuk menjadi pengajaran dan peringatan tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya menegakkan Islam. Mudah-mudahan dengan kenangan itu dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa kemuliaan Islam dan kewujudan negara Islam bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya ia perlu melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan tenaga dan jiwa raga. Sesungguhnya pengorbanan tinggi yang dimiliki dan diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. dan umat Islam pada zaman baginda merupakan bukti kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah s.w.t. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini. Di samping itu juga, perlulah diketahui bahawa pengertian hijrah bukan sahaja terbatas kepada pengertian perpindahan dari satu tempat atau negeri ke tempat yang lain, tetapi ia meliputi makna maknawi iaitu berpindah daripada sifat atau perbuatan yang kurang baik atau tidak baik kepada yang baik. Pengajaran daripada hijrah Nabi s.a.w di antaranya ialah kita perlu melakukan pengorbanan untuk membawa perubahan. Ini kerana tiada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan dalam kehidupan manusia. Ia meliputi perubahan daripada perkara yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Oleh yang demikian, setiap Muslim perlu memiliki semangat dan cita-cita untuk berubah dan berjaya dalam segenap lapangan kehidupan. Hijrah juga tidak akan terlaksana sepenuhnya tanpa gandingan iman dan jihad, tidak kira sama ada hijrah pada pengertian sebenar iaitu berpindah tempat ataupun hijrah hati dan jiwa daripada keburukan kepada kebaikan. Jika diperhatikan, al-Quran sendiri banyak menggandingkan antara kalimah hijrah dengan iman dan jihad. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 218 yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah maha Pengampun lagi maha mengasihani. Berdasarkan ayat di atas, jelas kepada kita bahawa dalam setiap perjuangan, terdapat tiga unsur yang berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain iaitu iman, hijrah dan jihad. Tanpa keimanan yang teguh dan kecintaan seseorang hamba kepada Allah s.w.t. serta semangat jihad untuk berjuang dan berkorban apa sahaja, pasti hijrah tidak dapat dilakukan sebagaimana yang dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. Namun demikian, kita masih berpeluang melakukan hijrah secara peribadi iaitu hijrah hati dengan melangkah ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan serta kemungkaran. Hijrah daripada individu yang tidak bermutu kepada individu yang bermutu dari segi akidah, syariat dan akhlak. Kesedaran terhadap kepentingan sejarah Tahun Baru Hijrah dalam Islam harus dipupuk di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Ini kerana ia dapat dijadikan penggerak ke arah kecemerlangan. Dengan kesedaran tentang latar belakang sambutan tahun baru dalam Islam, umat Islam khususnya di negara ini dapat menjadikannya sebagai wadah untuk membina keazaman baru bagi menggiatkan usaha membina peribadi dan pencapaian yang cemerlang. Oleh yang demikian, sambutan terhadap Tahun Baru Hijrah harus diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat kita agar penyelewengan akidah dan kepincangan sosial dapat diperbetulkan dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi akan dapat didaulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya, sekiranya Islam itu hanyalah berkisar tentang ibadah sembahyang dan puasa, maka hijrah tidak akan berlaku kerana kedua-duanya dapat dilakukan di dalam rumah masing-masing. Akan tetapi, oleh kerana agama Islam itu melibatkan pembetulan dan pengislahan, penyusunan semula masyarakat, sehingga ke peringkat mengerah bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan, maka wajarlah umat Islam menjadikan hijrah sebagai titik renungan agar Islam hari ini bertaraf sebagaimana yang pernah ditunjuk dan diajar oleh nabi kita melalui peristiwa hijrah tersebut. Justeru itu, sambutan Tahun Baru Hijrah seharusnya disambut dengan lebih meriah dan bermakna, khususnya di kalangan umat Islam. 





Doa Awal Tahun


Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


From BFF with Love
~ Oya Rahman~

Rabu, 16 November 2011

BFF-Behaviour-

Do I having regret with the kids???

That was the question i asked myself the other night. The day that I totally lost it on my kids (sometimes when they stubborn)!! Wednesday... In short, the answer is NO!!NO!!NO!! Absolutely not.  It has NEVER crossed my mind! Things have been so rough here lately. With one boys in school, and my daughter once in d blue moon send her to nursery, afternoons, specifically homework time (7.00-8.30 pm), have been unbearable. No one ever wants to do their homework. Adam's homework (in third grade) takes him over three hours a night to do. He has to do it in his room because the rest of the house is so hectic and chaotic sometimes but not everyday la, and I honestly don't know what he is doing in there. Sometimes both of them a bit lazy want to solat n mengaji..until I have to yelled their names..hehe. I have to sporadically check in on him, when I remember to.  At the end of the night, his answers are sometimes wrong, and they need to be erased and redone. Well he needs someone to basically DO his homework at the age of nine,(SOMETIMES)!!! as he is not great at Math  and English, and also my part sometimes in  “Seni Lukis”.He dunno n lazy want to tink far..n yet I have to finish his drawing..He expert in cartoon pic..like a angrybirds..  And then there's my homework..It takes a long hour to watch them..When I teach them sometimes they like to listen to me but sometimes they don’t!!..(stubborn sometimes)..
  Marissa needs me to sit next to her and spell words out as she writes sentences (which she does not enjoy), she’s sometimes a bit lazy compare to Adam and she needs to read to me. 

Then I got an idea with my kids behavior.  I made up a chart for my kids that consisted of BEHAVIOR, CHORES, HOMEWORK, and EXTRA CREDIT.  We have a system!  We had a family meeting tonight following dinner, and after, I wrote up a contract.  They will sign this tomorrow.  There is a light at the end of the tunnel.  I will no longer reward my children, unless it is earned.  Everything will be earned and/or taken away.  I will not be treated with disrespect and tortured.  Homework fights are over.  One of the things  I have to do for therapy homework is to write a list of what i consider to be a good parent.  Should be a piece of cake rite??hmmm??
I have a few underlying issues in parenting role.  One is way too lenient and does not correct our children like it should
, can spoiled the kids..  I am the disciplinarian.  We must have an enough time with our kids.  THAT drives me nuts!  My entire life is centered around my children.    Bedtime stories are read 2 out of  7 nights a week, always have been.  Dinner is eaten at the table together EVERY night; (*first marriage*) all 4 of us.  At home every afternoon when they get home from school, and we still find time to interact and play with them.  Yet, he feels we do not spend enough "time" with them.  That is something he needs to work out within himself, and I hope he can knock that out during one of  future therapy visits.  I think we spend TOO much time with them. LOL!!  WE need more alone time! We are doing the best we can with the kids, but every now and then, we all need a little help.  I guess that is sometimes hard to accept, like admitting you are not doing that great of a job, when performing the most important job you will ever have in your life.  I'm glad I have nija by my side. She understands me a lot!!  There is such a long road ahead...

PS-I don't write this for you to judge me.  I write this to remember the hard times, so the good times will feel that much better.  I am not the only parent that has lost it on their children, and I hope this helps someone else maybe going through the same thing. Whatever it is i love my kids so so so 1000 much..no matter wats..

(feel that this is a gift and message invaluable from god)

when I think back that I have been through all the childhood, so they still in learning process, we have to give them explore it..But we have to monitor them,from a distance so they not complacent with the situation today
 
so moral of d story is Love what u've got!!! n appreciate them a lot n give them a lot of joy of love..*reminder for myself too!!*
HUGS AND KISSES FOR ADAM N SHORAYA...IBU HEART U ALL SO MUCH!!


from BFF with Love
~Oya Rahman~

BFF-Women Issue-

BFF-I'm a Survivor!!!!

BFF di sini ingin berkongsi dengan semua wanita di luar sana n semua wanita di blog saya tentang isu wanita “Barah Pyudara” iaitu Kanser payudara yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Wanita kena perihatin dan sayangilah diri anda..kerana ramai wanita kini semakin sibuk dengan kerjaya, anak-anak, rumahtangga sehingga tiada masa dan terlupa untuk menjaga diri sendiri.Didalam hidup yang serba moden ini sudah bermacam-macam penyakit yg sering menghantui kaum wanita khususnya..

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

 

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.   
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. 

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

 Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.
Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita  seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.
Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.
Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.
 


Kaedah Rawatan
Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.
Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.

 
P/s: So apa tunggu lagi jangan leka N  jangan malu-malu untuk bertanya rakan-rakan, jika anda mempunyai masalah tersebut segera berjumpa dengan doktor pakar sebelum terlambat.

."SAYANGILAH DIRI ANDA"
INGATLAH KEPADA ORANG TERSAYANG:..

BFF PRIHATIN!!!!


from BFF with Love
~Oya Rahman~

Sabtu, 12 November 2011

BFF-Fakta Tentang Vitamin C Dan Collagen-*must read*

Fakta tentang vitamin c

vitamin c – antioksidan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Suntikan vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1)vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. Kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4)vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

Manafaat vitamin c

1)membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)menghalang skurvi. (skurvi=penyakit yg disebabkan kekurangan vitamin c dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4)memguatkan dinding salur darah.

5)menolong pembentukan tisu gentian.

6)membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

6)mengurangkan kedut pada kulit

7)membaiki parut pada kulit.

8)mencegah penurunan payudara dan buttock

9)menjadikan kulit lebih cerah

10)menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

11)menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

12)membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

13)melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit. 




-FAKTA TENTANG KEKURANGAN COLLAGEN


Adakan anda mengalami masaalah kulit kelihatan lebih tua sebelum waktunya?

tanda-tanda penuaan sebelum waktunya adalah seperti kulit kusam, tak bermaya, tiada seri, kedutan diwajah, pigmentasi serta kulit mula kendur apabila usia anda meningkat. Ianya terjadi apabila tubuh badan kekurangan collagen.

collagen amat penting dalam tubuh kita untuk pembentukan tubuh manusia, collagen membentuk kulit,otot, tendon, kuku, rambut dan juga tulang. Penghasilan collagen berkurangan terutamanya selepas usia anda 25 tahun keatas.

dengan suntikan vitamin c + collagen- dapat mengatasi masaalah seperti yg dinyatakan diatas.


from BFF with Love
~Oya Rahman~

Jumaat, 11 November 2011

BFF-Kebaikan Vitamin C-

vitamin C

BUAH-BUAHAN dan sayur-sayuran mengandungi beri bu-ribu fitokimia yang cenderung untuk saling bertindak dalam pelbagai cara bagi mencegah penyakit di samping meningkatkan kesihatan.
  


Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sa tu-satunya cara terbaik untuk memanfaatkan tindakan kom pleks ini.

Hasil pelbagai kajian epidemiologi dan percubaan klinikal turut membuktikan pemakanan yang kaya dengan buah-bua han dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko pe nyakit kronik.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga sumber yang kaya dengan bahan antioksida. Bahan antioksida adalah bahan atau nutrien dalam makanan yang boleh mencegah atau me lambatkan kerosakan pengoksidaan kepada tubuh.

Oksigen nutrien paling penting yang diperlukan setiap sel untuk melepaskan tenaga dalam makanan yang menjalankan semua proses badan. Dalam tindak balas biokimia biasa, oksigen boleh menjadi tidak stabil dan mampu ‘mengok sidakan molekul bersebelahan’, yang menyebabkan kero sakan sel.

Dikenali sebagai radikal pengoksidaan bebas, sisa tubuh ini perlu dilumpuhkan untuk mengurangkan kerosakan ter babit.

Ahli sains percaya bahan antioksida membantu mencegah dan meredakan tekanan akibat aktiviti radikal bebas.

Bahan antioksida yang utama adalah vitamin A, C dan E serta beta karotena dan flavonoid di samping mineral bahan antioksida seperti zink dan selenium. Ini terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta pelbagai jenis kacang dan bijian.

Kajian meluas menunjukkan pemakanan yang kaya dengan bahan antioksida seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, memberikan perlindungan yang ketara terhadap penyakit berkaitan dengan usia.

 
 
Vitamin C adalah satu nutrien penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, justeru kita perlu makan makanan yang mengandungi vitamin terbabit.

Disebabkan tubuh menguraikan vitamin C dengan cepat dan jumlah yang disimpan agak sedikit, vitamin C perlu diambil secara tetap, seelok-eloknya setiap hari.

Buah-buahan yang padat dengan vitamin C adalah buah anggur hitam, jambu batu, betik, lemon, tembikai, oren dan beri.

Karotenoid dan vitamin A memainkan peranan penting antaranya membabitkan penglihatan, daya ketahanan, ke sihatan kulit dan aktiviti bahan antioksida.

Selain sifat antioksidanya, pengambilan makanan yang kaya dengan flavonoid dalam jumlah yang besar dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular.

Ia lazimnya didapati dalam beri ungu, merah dan biru, anggur merah dan ungu serta epal.

Zink dan selenium pula adalah bahan antioksida yang terkandung dalam kacang seperti badam, kacang tanah serta bijian seperti biji labu dan biji bunga matahari dan makanan laut.

Sejak akhir-akhir ini, superfruit digunakan oleh industri makanan untuk merujuk kepada buah-buahan yang lebih kaya nutrien terutama kandungan vitamin C dan anti oksida.

Antaranya adalah buah anggur hitam, beri biru, manggis, noni, buah delima dan kranberi yang didefinisikan sebagai superfruit.

Anggur hitam atau blackcurrant bukanlah sejenis anggur, tetapi lebih dekat kepada jenis beri seperti beri biru dan strawberi.

Saiznya juga jauh lebih kecil daripada anggur biasa tetapi anggur hitam diakui antara sumber vitamin C semula jadi yang tinggi.



from BFF with Love
~Oya Rahman~

Rabu, 9 November 2011

BFF-FavQuotes-

Quotes that inspire me..

No women can control her destiny
If she doesn’t give to herself
As much as she give off herself

When u practice gratefulness
There is a sense of respect towards others..

Love grows by giving
The only love we give away is the only love we keep
The only way to retain love is to give it away

For me every hours is a grace
And I feel gratitude in my heart each time
I can meet someone
And at his or her smile..

In this world
It is not what we take up
But we give up
That makes us rich

Kindness in words creates Confidence
Kindness is thinking Profoundness
Kindness in giving creates Love

For it is in Giving
That we receive

It is not what we give
But what we share,
For the gift without the giver is bare..

An ugly personality
Can destroy a pretty face

Living is a form of not being sure, not knowing what next or how...We guess. We may be wrong, but we take leap after leap in the dark."

Success is a journey, not a destination. The doing is often more important than the outcome”

"Being a good husband is like being a good stand-up comic—you need ten years before you can even call yourself a beginner."

from BFF with Love
~Oya Rahman~


Jumaat, 4 November 2011

BFF-"Serumah Dengan Mertua... Bahagia Atau Derita?"

Saya tertarik dengan topik ini setelah saya menonton rancangan favourite saya iaitu WHI...

Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya semua feedback komen-komen yang saya ambil di WHI fb..Majoriti semuanya memang tidak setuju sama sekali tinggal bersama mertua..

Bagi pendapat saya, saya rasa kita perlu duduk asing kerana nanti akan banyak mendatangkan masalah, even perkara yang remeh temeh pun akan menjadi isu...its not easy kerana saya pun mempunyai pengalaman selama 8thn tinggal bersama-sama mertua..sudah tentu ada suka dan duka ketika bersama mertua..Kadang-Kadang masalah bukan datang dari mertua tetapi datang dari pengaruh-pengaruh luar..

Mak abah saya pernah berpesan sebelum berkahwin..."biar duduk rumah pondok sekalipun, jangan tinggal serumah" dengan mertua...bukan apa, dah ada peribahasa "Jauh bau bunga, dekat bau tahi"..tapi rasanya lebih selesa tinggal berasingan supaya ada lebih kebebasan dan privasi bersama suami..nak buat apa2 pun sangat2 bebas..dan kita berhak menghias rumah kita dengan mengikut citarasa kita sendiri..dan apa-apa masalah dalam kain or luar kain hanya kita suami isteri sahaja yg tahu..ibaratnya kalau kita makan nasi dengan garam pun tak siapa akan tahu…

Duduk serumah dengan mertua banyak yang harus kita pelajari apa yg mertua kita suka dan apa yang dia tak suka.. Kena sentiasa pretend n jaga hati mertua, kebebasan tak akan ada apabila tinggal serumah dengan mertua..Kadang-kadang tidak duduk sebumbung pun boleh timbulkan masalah tambah lagi yang stay together-together la plak kan..Nak-nak jika didalam rumah mertua tu ada pulak menantu dan adik beradik yang lain, sudah tentu masalah akan kompom terjadi.. Didalam hal ini peranan Sang SUAMI adalah paling penting sekali memainkan perananya sebagai suami..sebabnya dia ibarat PBB semua pihak mengadu kepada dia, so dia kenalah bijak, adil dan waras dalam sesuatu tindakan..

Sang suami harus bijak, harus menjaga kedua-dua belah pihak.. Tapi jikalau yang hendak stay kat rumah mertua tu jenis berTANGGUNGJAWAB,especially “Si suami, memang tak ada hal la kan...Tetapi jikalau dapat mertua terpaksa menyara anak-anak dan cucu-cucu mereka...weiiiii giler banyak cantekkk muka ko dek non!!!...Anak ko sendiri bersenang lenang...wang belanja dapur pun berat giler ko nak keluar $$$$...weeeeiiiii ko ape kes??? Malah Anak sendiri tidak ada perasaan langsung untuk jadi manusia yang bertanggungjawab..apa kes?? siapa yang harus dipersalahkan?? Parents nya la tak pandai didik anak lelaki tu wei buat malu ko bela anak lelaki ko, bagi kan kahwin tapi tak bertanggungjawab! pemalas tahap dewa dewi, ko rasa??? ko as parents dah merosakkan masa depan anak orang tau! Ko menjawab lah dekat akhirat nanti ya! 

It’s the people !! yang TROUBLE..Tiada otak gamaknya..Ish tak faham kerana Mertua pula tidak mahu berenggang dengan anak sendiri walaupun pada hakikatnya menyedari bahawa si anak telah pun berumah tangga..sanggup menyara anak lelaki yang tidak bekerja! APO???!!!!..Kasihan betul dengan mertua yang sebegini kerana ini akan mengajar anak itu sendiri “NAIK LEMAK”..seperti anak burung yang tunggu mak nya datang untuk menyuapkan nya makanan..WALLAHUALAM..

Dibawah Ini Adalah Pelbagai Pendapat Saya Ambil Didalam Petikan WHI Untuk Saya Kongsikan Kepada  Rakan-Rakan Blog Saya..
  • positif ade negatif pun ada....tapi di antara bahagia dan derita... banyak kes rumah tangga menderita... ini akibat kita hanya lah menumpang rumah mertua... terkongkong untuk berbuat sesuatu perkara.... banyak benda tersekat dek kerana banyak mata memandang... dari sudut positif... hanya save bajet....
  • Bagi saya...yang baik nya duduk berasingan...rumah sendiri..suka duka pahit manis hanya kita yang melalui...penderitaan hanya kita yang tanggung..biar berjauhan..bibit perasaan rindu terhadap mentua..baru dapat rasa kebahagiaan .
  • ada yang SENGSARA JIWA DAN BATIN dan BAHAGIA. Lebih baik selepas kahwin eloklah sekiranya pasangan suami isteri tinggal berasingan. Bila cuti barulah balik rumah mak kita sendiri dan mertua.
  • ikut pada mertua la..kalau mertua jenis ok dan  tak suka campur masalah anak-anak tak apela...ni kalau jenis semak suka nak amik tau ape yang anak menantu buat n suka kontrol anak menantu memang akan derita la pada isteri...
  • Pada saya, seelok2 nya, di elakkan duduk serumah. . Bukannya apa, apabila duduk serumah, bleh timbul masalah yg kita x sangka. . .lagi satu, kita sbgai menantu x de privasy utk diri kita sendiri. . .begitu jg dgn menghiasi rumah. . Kita x bleh buat sprti rumah kita sendiri. . .x bebas menentukan apa yg kita mahukan. . .tetapi, x salah sekiranya kita mahu tggl dgn mertua , . .cuma perlu bersiap sedia terhadap pelbagai masalah yg akan kita hadapi. .
  • Ade baik ad buruk nye tgal 1 umh bsama m'rtua,,,mula2 mmg baik sume nye indah belaka pijak semut x mati,,klu mak mertua jnis OK la,,,Ok la,,bg sy ,,sy lbih selesa dduk berasingan ,,,suka duka pht manis sy dan suami hanya sy & suami sy je yg tahuuuu,,x dek spe yg nk campor tmbh tolak,,dlm hal umh tga,,,..hrp maklum,,,mak mertua & mak sendiri sikap nye berbeza2 x sme mak sndiri,,,mak sndiri lbih tahu ape yg kte nak ape yg kite x ske,,,,
  • 6 bulan pertama perkahwinan saya rasa sgt bahagia,tp semuanya berubah apabila kakak ipar saya yg baru bercerai pulang tinggal sebumbung dgn kami, maka jadi 17 org semuanya. sejak itu sejarah hitam dalam kehidupan rumah tangga saya mula terjadi. saya sering di perli, di caci dan di sisihkan. semua urusan rumah saya uruskan dan suami juga menyebelahi keluarganya. sampai saya tidak lagi rasa seperti isteri tetapi kuli.
  • Duduk dgn mak mertua takde masalah...tapi ipar duai yg membuat masalah...tapi apa yg terbaik kita hendaklah duduk sendiri..itu Lebih baik...dekat bau BUSUK.....jauh bau WNAGI...nasihat utk yg baru berumahtangga baik duduk asing..walaupun rumah kita sekangkang kera!!!!!wallhualam
  • duduk berasingan lebih baik..kalau dapat keluarga mertua yang ok tak apa,dapat yang keluarga ipar duai yang suka fitnah memfitnah..cerai berai la jawabnya,nasib baik la saya dapat suami yang memahami dan tinggal berasingan dengan keluarga saya atau keluarga mertua..biar susah pun tak apa asalkan tinggal berasingan..lebih elok dan privacy
  • saya duduk dengan mertua sejak hari pertama menjadi seorang ieteri kepada suami saya..skrg dah 11 thn duk dgn mertua......so far setakat nie..bersyukur sgt sebab dia melayan saya seperti anaknya sendiri...kadang2 tu kakak ipar cemburu melihat keserasian kami berdua...yang penting duduk dengan mertua ni kena ada sifat bertolak ansur  dari kedua pihak.
  • alhamdulillah....sudah 4 tahun duduk dengan mertua, tak ada masalah..mertua pun layan saya dengan baik..duduk dengan mertua ni bagus gak.kita boleh belajar banyak benda dengan diorang.sebab diorang lebih banyak pengalaman dari kita..tapi satu hari nanti saya nak jugak duduk sendiri,supaya boleh belajar hidup berdikari
  • sudut positif baik duduk sendiri la....kalau berdentum dentam pon kita settle sendiri...sebab kadang masa orang simpati datang la simpati..sekali ada duai duai yang belakang mengipas mengutuk plak...mati kena pulak dengan mak mertua yang bak mendengar sebelah pihak..apa-apa pun saya rasa baik berdikari
  • mmg duk ngan mntua ada pahit manisnya,macam-macam nk kena jg...mentua saya baik macam mana ada org k'3 yg suka buat hal sehingga mentua pun termaakn hasutan....memang derita dan sengsara..
  • well...it depends on the situation....nak kata wajar pun tak....nak kata tak wajar pun tak.....sebab...ada yang tinggal dan memang akan create problem....tetapi....ada yang tinggal and everyting goes juz really well....actually....its not d situation....its d people itself....
  • Ada pro dan kontra,tapi nasihat saya lebih baik kita suami isteri duduk asing,sebab kita akan menempuh segala-gala ujian apabila kahwin ni.
  • mak mentua dok sorang-sorang...boleh dipertimbang,jikalau duduk ramai-ramai cuba elakkan sebab memang banyak kontra dari pro.
  • pompuan xleh share dapur :) ... Baik macam mana pun mertua memang kena duduk asing biar sebelah rumah pun.. Sebabnya nanti benda kecik tersilap pun jadi memang kompom akan jadi isu :)

So Moral of the story of the day…is..
"AVOID AT ALL COST"!!!

from BFF with Love
~Oya Rahman~